Pada suatu malam hari ,
Aku keluar dari rumahku ,
Dan duduk di buaian ,
Yang ada di luar rumah.Aku mendongakkan kepalaku ,
Ke atas langit yang gelap ,
Mencari bintang - bintang ,
Untuk merehatkan minda.Tapi malangnya ,
Tiada bintang yang kelihatan.Sangat sayu hatiku ,
Yang keluar dari habitat ,
Mengharapkan bintang kelihatan.Ternyata dalam beberapa minit kemudian ,
Hujan membasahi bumi ,
Bunyi rintik - rintik hujan menyapa di telingaku.Dan aku hanya tersenyum ,
Menghayati setiap titisan hujan ,
Yang turun ke bumi.
YOU ARE READING
Puisiku
PoetryMendengar dan membaca puisi dengan menghayati setiap luahan penulis. Mungkin ada sebahagian puisi berkaitan dengan dengan diri ini , perkara yang di lalui dan berjaya melalui sehingga kini. Bersyukur kepada Ilahi , kerana bertahan sehingga hari ini.