ZIKIR

2 1 0
                                    

🌹Zikir Hari Ahad🌹:

يَا حَيٌّ يَا قَيُّومٌ

Maksud : Ya Allah, Tuhan Maha Hidup lagi berdiri dengan sendiri.

Fadhilatnya : Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita.

🌹Zikir Hari Isnin🌹:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاٱللَّهِ ٱلعَلِيِّ ٱلعَظِيمِ

Maksud : Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Fadhilatnya : Allah memberi ganjaran pahala seperti Bukit Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepada-Nya.

🌹 Zikir Hari Selasa🌹:

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ۞

Maksudnya : Ya Allah, rahmatilah ke atas hamba-Mu, Rasul-Mu dan Nabi-Mu yang benar dan kesejahteraan ke atas ahli keluarganya serta para sahabat baginda.

Fadhilatnya : Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

🌹 Zikir Hari Rabu🌹:

أَسْتَغْفِرُ ٱللَّهَ ٱلعَظِيم الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إلَيْكَ

Maksud : Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Kuasa.

Fadhilatnya : Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah mengampunkan hamba-Nya.

🌹Zikir Hari Khamis🌹:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ ٱللَّهِ ٱلعَظِيمِ

Maksudnya : Maha Suci Allah dengan kepujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Fadhilatnya : Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di lautan atau pasir di Bumi Allah.

🌹Zikir hari Jumaat🌹:

يَا ٱللّٰهُ
Maksud : Ya Allah.

Fadhilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

🌹Zikir hari Sabtu🌹 :

لَا إلٰهَ إِلَّا ٱللَّه

Maksud : Tiada tuhan melainkan Allah.

Fadhilatnya : Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya.

༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆༆

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Kata Rasulullah SAW pada 'Abdullah bin Qois,
"Wahai 'Abdullah bin Qois, katakanlah La Haula WaLa Quwwata illa Billah kerana ia merupakan SIMPANAN PAHALA berharga di syurga"

Drp Ibnu Abid Dunya yang mengucapkan sebuah hadis yg sanadnya sampai pada Rasulullah SAW bahawa,
"Barangsiapa setiap harinya mengucapkan la haula wala quwwata illa billahil-'aliyil-'adziem, sebanyak 100 x maka org tsb tak akan terkena kefakiran selamanya."

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang mengucapkan 'La Haula WaLa Quwwata illa Billah'. Maka hal itu sebagai penawar baginya dari 99 penyakit & yang termudah adalah rasa bimbang"
Pencegah bahaya & bahaya yg paling rendah adalah bahaya kemiskinan."

Makhul Rahimahullah berkata,
"Barangsiapa yg mengucapkan 'La Haula WaLa Quwwata illa Billah'. Maka akan lenyap dari dirinya 70 pintu petaka, yang paling rendah adalah bencana kemiskinan."

Imam Nawawi menyebutkan berbagai tafsiran di atas dlm Syarh Shahih Muslim & beliau katakan, semua tafsiran tsb hampir sama maknanya.

~ Syarh Sahih Muslim 17: 26 / 27

Alhamdulillah ♥️

PERKONGSIAN ILMUWhere stories live. Discover now