SUKA

1 1 0
                                    

Apa yang ramai perempuan suka?

Pakai pakaian ketat-ketat. Biar orang memandang memuji kurus lansingnya tubuh itu. Biar orang cemburu melihat kecantikan lekuk tubuh itu.

Apa yang ALLAH suka dan Nabi suka?

Wahai perempuan, berpakaianlah dengan pakaian yang longgar. Usah berpakaian seperti bertelanjang.

Perempuan yang beriman, yang taat akan ALLAH dan Rasullullah akan menuruti perintah-NYA ALLAH.

Biarlah orang kata dia macam makcik-makcik kerana pakai baju besar dan longgar. Yang penting baginya adalah suka-NYA ALLAH, bukan sukanya manusia.

Apa yang ramai perempuan suka?

Pakai tudung singkat, belit-belit tudung mengikut trend fesyen.

Apa yang ALLAH suka dan Nabi suka?

Labuhkan tudungmu dan tutupilah dadamu.

Perempuan yang taat ALLAH dan Rasullullah, dia pasti melabuhkan tudungnya menutupi dadanya. Tak mengapalah dia dikata bertudung seperti nenek tua, asalkan itulah yang ALLAH suka dan Nabi suka.

Apa yang ramai perempuan suka?

Mekap muka tebal-tebal dan spray minyak wangi banyak-banyak sebelum keluar rumah.

Apa yang ALLAH suka dan Nabi suka?

Wahai perempuan, usahlah kamu bertabarruj seperti wanita-wanita jahiliyah. Usah kamu menjadi seperti wanita penzina disebabkan wangi-wangianmu menaikkan syahwat lelaki ajnabi yang kamu lintasi.

Perempuan yang takut dan taat akan ALLAH, perempuan itu pasti bercantik-cantik di dalam rumahnya sahaja di hadapan suaminya dan berwangi-wangian di dalam rumahnya. Bila dia keluar dari rumah, tidak akan dia menarik perhatian bukan mahram melalui pemakaiannya, solekannya dan wangi-wangiannya.

Apa yang ramai perempuan suka?

Bermulut laser, mengumpat dan bergosip pasal orang.

Apa yang ALLAH suka dan Nabi suka?

Jaga lisanmu. Bercakaplah dengan perkataan yang baik-baik atau diam.

Perempuan yang taat akan ALLAH dan Rasullullah, dia pasti menjaga lisannya dari menyakiti orang lain. Dia bercakap yang baik-baik yang mendatangkan pahala untuknya.

Jika kita ingin disukai oleh ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, buatlah apa yang ALLAH suka dan Nabi suka.

Apa yang ALLAH tak suka, jangan kita buat walaupun kita suka. Rahmat dan reda ALLAH ada pada suka-NYA ALLAH terhadap kita. Kita nak ALLAH suka kita maka turutilah kesukaan ALLAH. Jauhilah perbuatan-perbuatan yang ALLAH tidak suka.

Wallahua'lam. Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@doktortarbiah

PERKONGSIAN ILMUWhere stories live. Discover now