IBU BAPA

0 0 0
                                    

PALING HINA ORANG YANG BERMUSUH DENGAN IBU BAPA SENDIRI

Wahai anak, jika kau belum mampu untuk membahagiakan ibu bapamu tetapi ingat! jangan pula kau melukai hati mereka, cukuplah taatmu kepada mereka, kerana itulah harapan ibu bapamu.

Jika ALLAH masih memberi kau rezeki dapat menatap dan mendengar suara mereka, hargailah kedua-duanya sehingga ke akhir hayat.

Ibu bapa akan memaafkan walau sejuta kesalahan anaknya, tapi seorang anak akan pergi meninggalkan ibu bapa dengan satu kesalahan.

Sehina-hina orang yang bermusuh, adalah lebih hina orang yang bermusuh dengan ibu bapa sendiri. Sebagai anak tidak harus mengambil hati atas kata-kata ibu bapa, mereka hanya mahu yang terbaik untuk kamu.

Ketika kamu merasa lelah melayani karenah ibu bapamu yang sudah tua, ingatlah betapa susahnya mereka melayan karenahmu sewaktu kau masih kecil, mendidik dan membesarkanmu hingga dewasa.Tidak mungkin kamu mampu membalas jasa mereka.

Sekiranya ada dalam kalangan kita pernah berasa kecil hati ditegur, ingatlah itu bukan bermakna mereka tidak suka atau mahu membebankan hidup kita. Nabi Muhammad bersabda, apabila mendengar kata-kata ibu bapamu jawablah, "Aku dengar dan aku taat. Jangan berkata ‘ah’ dan jangan membentak mereka dan katakanlah kata-kata yang baik."

Keredaan ALLAH bergantung kepada keredaan ibu bapa. Oleh itu jangan sesekali membuat ibu bapamu terluka. Jika itu terjadi, maka tiada lagi keberkatan hidup buat anak itu serta menutup petunjuk ALLAH kepadanya.

@doktortarbiah

PERKONGSIAN ILMUWhere stories live. Discover now