Bab 5

46 15 19
                                    

" walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya"

Aku melihat wajah telefon apabila alarm berbunyi. Bunyi alarm memang pelik tapi memang membantu. Selama aku guna alarm tu bukan saja aku jadi alim tapi si Zawanah sekali menjadi alim. Hahhaa.

APA!. Pukul 8.00 pagi. Aku bebel seketika. Pelik dan rasa geram.

"ni semua salah kau Aisyah, asal kau bodoh sangat pergi set alarm pukul 8"

Aku berdialog bersendirian. Geram. Waktu ni jugalah awning tak kemas. Arh lantak. Yang penting aku sampai rumah mummy on time pukul 2 petang atau pukul 3 petang paling lewat pukul 5.00 petang. Harap sangat tak jam.

Jangan malam sudah. aku takut tengah memandu tengah malam. Risau - risau di temani oleh encik pocong.

"Asslamualaikum Mummy!"

Suara aku bergema seluruh rumah, tapi tiada satu yang menjawab. Pintu rumah terus aku tolak.

Aku terjah masuk ke ruang tamu, namun kosong. Sepi suasana ruang tamu.

Aku terus ke kebun. Yer disitu tempat lepak mummy dan baba.

"Awal anak dara awak balik".

Belum sempat tangan mummy ku sambut. Pisang goreng aku kunyah lebih dahulu. Penat satu rumah aku pusing cari tubuh mummy.

“Cantik anak mummy”

Aku hanya mengendahkan. Malas untuk respon. Penat yang seketika tadi belum terhapus.

“Mestilah cantik, Akak kan nak kahwin, orang kata kalau anak dara yang nak kahwin mesti berseri-seri wajah ” ujar Arif dengan mulutnya yang penuh gula.

Dah mula dah dengan topik kahwin. Aku jijik. Masih geli dengan perkataan tu. Aku masih mahukan zaman remaja. Walaupun sudah berumur tapi aku tak pernah mencintai sesiapa melainkan keluargaky sendiri.

Mulutku muncung tanda amarah.

“Akak tak nak kahwin” tegasku.

“Mana boleh buat macam tu, Akak  dah umur 24 tahun, tahun depan 25 tahun. Takkan mahu hidup bujang sampai ke tua” Bebel mummy.

Baba  hanya diam. Seperti biasa apa yang dikatakan oleh mummy disetujui. Aku hanya hembus keluh dengan berat. Rasa berat dada untuk menjawab soalan.

Mahu tolak. Nanti jadi anak derhaka. Mahu terima, empunya badan tak dapat terima. Hanya mulut berkata ya tapi hati..

“Biarlah akak tua sampai tua, kalau mummy nak kahwin suruh angah kahwin ”

Jari telunjuk aku arahkan pada Arif yang tengah makan. Sengaja membalas dendam. Salam seri hehe.

Terbantut niat si Arif untuk makan.

“Perjanjian tetap perjanjian. Lagi pula keluarga Encik Rahim dengan puan Ramlah sahabat mummy dan baba”

“Tengku Hafzan bagus orangnya, baik, pandai, ada kerja tetap memang sesuai dibuat suami"

“Tunang dulu boleh sebab Akak tak sedia. Mummy tahukan kahwin tak boleh dipaksa. Lagipun ni bukan drama melayu, ni soal hidup akak.. akak tak nak hidup dengan orang yang akak tak cinta dan macan mana dengan pelajaran akan?.” 

Baba hanya mengangguk. Tanda setuju. Mummy pula putus kata. Tiada sebarang idea untuk membahas.

Memang Hafzan ada harta, tapi itu harta dia bukan milik aku untuk rampas. Walau telah berkahwin syurganya tetap bawah kaki ibunya.

**

Pintu diketuk oleh Puan Normah. Tapi tiada respon. Melihat kelibat anaknya yang muram diatas katil dia berasa simpati.

“Akak, mummy nak tanya sesuatu boleh?”

Aku hanya angguk. Tiada respons dari mulut. Entah kenapa hatiku rasa berat untuk menjawab. Otak masih gusar dengan Tengku Hafzan.

“Bukan dulu Tengku Hafzan dengan akak ada perasaan cinta? Tak ingat dulu akak pernah janji untuk menjalinkan hubungan sehidup semati”

Keluhan demi keluhan aku hembus. Rasa lapang sedikit di ruang dada sebelum aku menjawab.

“waktu tu cinta monyet. Sekarang sudah berakal lain"

Mummy hanya diam. Jawapanku mungkin kasar tapi itulah kenyataanya. Tapi nada suaraku tetap sama tidak meninggi tidak perlahan.

“Maafkan mummy, selamat malam”

Ucapan mummy membuatkan aku rasa serba-salah. Aku hanya diam. Susah untuk memberi kata putus. Mummy masih tidak faham. Masih mahukan aku dan Tengku Hafzan disatukan demi persahabatan antara mummy dengan keluarga mereka.

Kira syukur aku nak tunang kalau tidak jauh sekali. Aku benci berpakaian baju kurung. Nampak innocent . 

'Jaga hati mummy atau jaga perasaan sendiri' soal aku dalam hati.

Assalamualaikum maaf ganggu jika berminat untuk membeli karipap Frozen boleh cari orang lain sebab author  tak jual

Assalamualaikum okay ni serius hahaha (  to readers thanks baca dan jangan lupa share dan vote🤍 ) .

I'm Waiting  For You ForeverWhere stories live. Discover now