Bab 4

63 22 19
                                    

“Yeayyy!!”

Zawanah bersorak riang. Haih mentang lah aku belanja habis dia order. Nasib je aku sayang kalau tidak lama aku lelong dia hahahah .

“Kau tengok mamat tu. Handsome gila mesti anak orang kaya kan??”

Aku hanya jeling. Malas nak sekondeng mamat yang dikatakan handsome tu . Dari aku jeling mamat,  lagi bagus kalau  aku termenung fikirkan ayat untuk menghancurkan rancangan mummy.

Makin berfikir makin bertambah rasa gelisah.

“Kalau ikutkan baju mamat tu pakai, nampak macam sixpack.”

Sampai tahap macam tu Zawanah obses dengan lelaki yang berbadan sixpack.

Apa yang bestnya berbadan sixpack? Nampak pelik aku rasa. Berkotak tepi kiri dan kanan. Cuma nampak gentleman sikit itu saja.

“Kalau badan macam tu memang aku sanggup bermadu"

Aku tergelak sipu dengan kata-kata Siti Hawa. Sampai tahap macam tu anak dara obses dengan lelaki berbadan sixpack.

“Dia milik aku, kau jangan nak rampas”

Aku sekadar senyum melihat telatah kawan aku. Tapi kalau ikutkan lelaki itu nampak beriman dan senyuman dia manis. Serta mempunyai tubuh badan yang segak.

“Dia tengok kau lah Syah”

Aku menjeling. Yer memang benar kata Zawanah dia melihat kearah aku. Apa yang pelik dia melihat dan terus tersenyum. Entah apa yang menariknya.

Aku cuma perempuan yang kasar tiada apa yang menarik. Hanya sedikit perangai pelik yang obses dengan minuman caramel latte.

“Entah- entah dia suka kau Syah, kalau betul dia suka kau, aku nak jadi madu kau ye"

Belum apa- apa dia sudah cop tempat. Hahahaha. Sanggup bermadu demi lelaki yang berbadan segak. 

“Aku nak jadi madu kau yang kedua”

“Ewah-ewah semua cop tempat nak jadi madu aku, kalau korang kahwin dulu. Aku jadi madu korang ye.”

Siti Hawa tersembur sedikit air mungkin tersedak. Zawanah pula senyum manis menahan gelak. Kalau di dorm mesti terbahak.

Aku mula bersuara setelah lama berdiam. Aku diam bukan sekadar diam tapi diam aku memikirkan jalan untuk keluar dari rancangan mummy. Kalau boleh mahu saje aku balik pulang ke kampung.

Lantak lah kelas apa yang aku miss. Cuma takut dengan Encik Rahim lecturer yang mengajar mata pelajaran arkitektur. Risau dia mengamuk.

Pernah juga dahulu dia mengamuk hampir setengah student dari kelasnya mendapat pointer rendah akibat dari datang lambat.

Makin gusar fikiranku. Ingin pulang lambat takut rancangan Mummy makin bertamba bagus. Pasti apa yang mahu dicapai berjaya.

Kalau nak miss kelas encik Rahim mampus aku dapat pointer rendah. Mahu aku kena repeat kertas. Itu okay lagi repeat papers kalau kena bebel dengan encik Rahim mahu bernanah telinga.

Mana taknya, sebut saja nama encik Rahim semua students gerun. Nama encik Rahim macam bawa aura malaikat maut. Hahaha.

Kalau berbual dalam telefon, risau Zawanah mendengar. Risau juga orang lain mendengar. Suara aku cakap saja dah cukup kuat. Itu belum menjerit.

“Auch”.

Aku tersedar dari lamunan. Aku memerhati dari jauh. Dia mendongak. Semakin mendongak. Jantung aku berdegup kencang. Sabar Aisyah  jangan mudah cair. Aku mula tenangkan hati.

Melihat baju mamat yang kotor dengan air caramel latte kesukaan aku. Muka aku menjadi merah. Mahal gila aku beli tumpah cam tu je ??.

Haih sian kau caramel latte semoga roh kau dicucuri rahmat. Aku sayang kau. Tapi bukan rezeki aku untuk menghirup kau.

"Hei buta ke ? Mata mana mata?? " dengan berani aku tengking dia. Dari anak matanya hanya tenang sahaja. Tak guna punya jantan.

" Lah ingat nak tolong sapu kan baru sweeet ni tak marah pulak ". Steady je dia jawab cam tu. Eh mamat ni nanti sia sia je hidup. Zawanah tergelak kecil. Aku sabar dengan kau zawanah, bukan nak support aku. Haih.

"Nah duit. Lain kali jangan letak tepi ye Adik manis. Nasib air awak yang jatuh. Kalau awak jatuh susah nanti".

Bergelegak telinga aku. Tapi..
Pipi aku mula kembang hehe.. Kertas bernote 50 aku ambik lalu simpan. Nasib bagi duit reda juga lah hati aku. Tapi dia panggil aku adik manis beb. Kau ada?? Tak ada? Lemah !!

Geram tetap geram. Tapi malu juga bila dia panggil aku dengan panggilan adik manis. Depan Zawanah dan Hawa pula tu mahu menangis tepi bucu katil.

Diorang yang obses terhadap lelaki tu. Tapi aku pula yang mendapat panggilan sweet tu. Hehe.

“Aku rasa kau bertuah lah Syah. Banyak- banyak laluan. Dia lalu tepi meja kau gak. Lepas tu dia panggil kau adik manis, siap bagi duit hahaha”

Aku mengendahkan kata-kata Siti Hawa. Kadang kadang kata-kata Siti Hawa tak berguna hahahaha.

“Yang penting aku nak jadi madu kau ye hehe”

“Okey geng macam ni malam Isnin mamat tu milik Syah. Malam selasa mamat tu milik Wanah. Dan malam Rabu dia jadi milik aku hehe.”

“ ni baru di katakan sharing is caring hehe” ujar Zawanah.

“banyak kau punya sharing . Ya Allah ya Tuhanku kau kembalikanlah kedua sahabatku ke normal. Mereka telah gila disebabkan seorang lelaki. Kau ampunilah dosa kedua sahabatku”

Terus terbahak-bahak Zawanah dan Siti Hawa gelak .  Habis semua mata-mata manusia tertumpu pada kami.

                             *****

“Blackpink in your area”.

Kepalaku pening dengan Zawanah yang asyik menyanyi lagu entah pape. Dah 1 jam dia nyanyi.

Kalau suara sedap tak per aku tak kesah. Ini suara haih Firaun kalau dengar boleh menangis, bukan sebab terharu tapi telinga berdarah dengar. Hahaha..

“Woi berhenti woi. Udah udah lah blackpink, aku pening ni”

“Esok tak ada class kita enjoy luhhh”

Arh lantak dialah. Yang penting semua barang dah siap packing hanya tunggu esok pagi terus bergerak dari kota Bahru ke Taiping.

Haih kerinduan dengan suasana kampung dan juga masakan Mummy memanggil-manggil aku. Ikan siakap tiga rasa. Fuh sekali rasa bukan je sekali suap tapi berkali-kali.

Tapi apa yang paling penting aku mahu hancurkan rancang mummy yang mahu satukan aku dengan Tengku Hafzan itu lagi penting dari ikan siakap tiga rasa.

“Kau rasakan Syah, kalau aku jadi member blackpink yang kelima sesuai tak? sebab aku kan comel, mesti ramaikan peminat aku hehe”

“Kau memang layak Wanah, tapi please jangan nyanyi simpan suara kau untuk peminat kau nanti, takut nanti tak sedap suara serak”

Dengan confident dia mengangguk kepala tanda setuju dengan apa yang aku cakap.

“Betul kata kau Syah aku kena simpan suara aku dekat fans aku."

Aku pedulikan Zawanah. Lagipun rumah mak ayah Zawanah di Pasir Mas. Bila masa dia boleh balik. Dan bila masa juga dia boleh makan masakan air tangan mak sendiri. Sebab itulah dia tak kesah bab packing. Haih beruntung dia, dapat universiti satu negeri.

“ aku rasa kena tukar nama lah. Park jeong wah ke lalawah? Ermm mana lagi okay eh Syah?”

“Aku rasa kelawar lagi sesuai”

“erm kau aku serius ni ”

Aku abaikan dia. Aku hanya perlu setkan alarm takut-takut terlupa untuk bergerak. Kalau lambat bergerak pasti jam nanti. Tambah pula esok hari minggu confirm jam.

                         🥀🥀🥀

Assalamualaikum dan hai semua readers thanks baca dan jangan lupa vote dan share banyak-banyak pada kawan yer✨

I'm Waiting  For You ForeverWhere stories live. Discover now