TEASER 1

234 16 3
                                    

“Diana? Ammar?” Suara Alayna yang resah kedengaran.

Gelabah Diana cuba bangkit namun dia terjatuh semula ke atas tubuh Ammar. Lelaki itu mengaduh sedikit apabila dadanya dihempap kuat dengan tubuh Diana.

“Sorry, aku tak sengaja.”

“Oh, sweetheart, I tak kisah tapi beritahu la bila nak jatuh tu supaya I ready nak sambut you.”

Wink wink!

Diana mengerutkan wajah. “Eee! Dasar jantan miang!” Sempat Diana menghadiahkan pukulan kuat pada dada bidang Ammar sebelum dia bangun dari terus baring di atas tubuh Ammar.

“Diana.” Alayna memandang kakaknya dan Ammar bergilir-gilir bersama senyuman misteri. Diana sedar akan senyuman Alayna itu.

“Kau jangan nak fikir perkara bukan-bukan, Alayna.”

“Tak, tak. Errr... kau okey?”

Diana jeling adiknya sekilas. Soalan jenis apa itu?

“Aku terlebihhhh okey!” jawab Ammar. Eh, orang lain pula yang menjawab. Alayna menyengih.

“Sudah la. Aku nak naik ke bilik dulu.”

“Eh, Diana!”

“Kau nak apa lagi?”

“See you later.”

Diana menggulingkan bebola matanya ke atas. “Never! Aku tak akan jumpa kau lagi. This is our last meeting!”

“Tapi, I akan pastikan kita akan kerap jumpa lepas ini, sweetheart!”

Malas mahu layan Ammar. “In your dream!” Terus Diana berjalan hentak kaki hingga masuk ke dalam rumah. Panas hatinya melihat Ammar tersengih-sengih macam kerang busuk.

---

Pre-Order dibuka!
Kombo Revenge: RM30/set
Drizella: RM10/each

- Aisywa

DRIZELLATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang