BLURB

339 20 0
                                    


❦︎❦︎❦︎

DRIZELLA

DIANA ARABELLA - Kehidupannya bertunjangkan dendam dan kebencian. Dia benci melihat adik-adiknya bahagia dengan putera idaman masing-masing. Baginya, hidup ini adalah satu kegelapan yang tiada sinar kebahagiaan terpancar. Kerana dia terlalu benci, dia sanggup meruntuhkan rumahtangga adik-adiknya.

“Apa lagi yang kau tak puas hati dengan kitaorang, Diana?!” – Alayna Natalia
“Selagi kau dan Elle hidup bahagia, selagi itu aku akan hancurkan setiap senyuman korang.” – Diana Arabella

Tiada seorang lelaki sanggup mendekati Diana Arabella, kerana aura kekejaman dan dinginnya membuatkan orang ramai menundukkan pandangan. Namun, hanya seorang saja lelaki yang berani bertentang mata dengan sepasang mata kebencian Diana Arabella.

TENGKU AMMAR ISYRAF – Serupa dengan namanya, wajahnya cukup menawan tetapi tak cukup menarik perhatian Diana Arabella. Tetapi satu sahaja kekurangannya...

“Kalau kau berangan nak bermain cinta bodoh tu dengan aku, kau salah orang!” – Diana Arabella

Tengku Ammar Isyraf berasa tercabar apabila godaannya ditolak serta meta oleh Diana Arabella. Tiada mana-mana perempuan menolaknya sebelum ini. Manakan tidaknya, dia memegang gelaran ‘playboy’ bertahun-tahun.

“Aku akan pastikan perempuan kejam tu akan merayu cinta dengan aku. Ini Ammar la, apa yang aku nak... aku akan dapatkan!” – Tengku Ammar Isyraf.

Fikiran Tengku Ammar Isyraf meleset. Diana Arabella seorang perempuan yang unik dan gila! Langsung tidak tergoda dengan senyuman seksinya. Malah, apa yang dia dapat ialah tamparan padu Diana Arabella.

“Aku benci lelaki. Bagi aku, cinta itu sampah dan lelaki ialah tong sampah!” – Diana Arabella

Tengku Ammar Isyraf ingin hapuskan kebencian Diana Arabella dan membuat gadis itu terbuai dayu. Tapi... mampukah dia mencairkan hati Diana Arabella yang sekeras ais batu Antartika itu?

❦︎❦︎❦︎

Ready for teasers?
Tempah e-book dengan admin.


- Aisywa -

DRIZELLAWhere stories live. Discover now