1

1K 33 4
                                    

Rumah Afiya Amani sungguh meriah dengan majlis doa selamat untuk kepulangan Encik Ammar dan Puan Asmah yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah membuat umrah.

Sebaik sahaja selesai majlis,para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang begitu menyelerakan.Ada pulut kuning,rendang ayam serta daging,nasi arab,kambing golek dan beberapa jenis pencuci mulut.

Afiya Amani bersama adik beradiknya menuju ke bawah khemah untuk menjamu selera sebaik sahaja para tetamu mula beransur pulang.Disaat mencari meja mana yang mereka bertiga hendak duduki,dapat mereka lihat umi dan walid mereka sedang rancak berbual dengan Umar Affan yang dikenali sebagai seorang ustaz di sekolah mereka.

"Ustaz Umar pun datang?" kata si bongsu,Anisa Amani yang kelihatan agak teruja melihat ustaz muda itu.

"Jom lah duduk.Nisa nak makan berdiri ke?" ujar Afiya Amani.

"Ye lah.Tak menyabar betul lah angah ni.Ingat dia seorang je ke yang lapar?Adik pun lapar juga tau."

"Tu pun nak jadi isu lah korang berdua ni.Jom.Kita duduk situ.." kata Asha Amani pula,kakak sulung.

Mereka mula duduk dan menjamu selera.

~~~

Pagi itu,sesi persekolah bermula.Afiya Amani dan Anisa Amani sudah terlambat ke sekolah.Tepat jam 7.45,mereka tiba.Malu yang teramat sangat kerana pagi itu Umar Affan yang menjaga pagar bersama biro datang lewat.

Anisa Amani lagilah.Walaupun dia baru tingkatan 3,sebagai seorang pengawas sememangnya tidak melakukan perkara sebegitu.Dia sepatutnya lebih berdisiplin.Namun,nasi sudahpun menjadi bubur.Dia harus redha.

Mereka berdua mula bergerak ke kelas masing-masing sebaik sahaja menulis nama di buku rekod untuk pelajar datang lewat.

Afiya Amani meneruskan langkahnya memandangkan kelasnya berada di tingkat atas sekali.Tanpa sedar, Umar Affan yang segak dengan berkemeja berwarna hitam turut bergerak bersama dari tadi.

Afiya Amani mula tersedar akan kehadiran ustaz itu.Bertambah malu jadinya.Dia mula tersengih seperti kerang busuk.Dia memperlahankan langkahnya agar ustaz itu jalan terlebih dahulu.

Umar Affan hanya berlagak selamba.Dia meneruskan langkahnya ke surau memandangkan surau juga terletak di tingkat paling atas.

Afiya Amani sempat memerhati gerak geri ustaz muda itu.Sebelum masuk ke surau,ustaz itu mengambil wuduk.Cair hatinya!Dia masih tersenyum sendirian.

Sebaik sahaja tiba di kelasnya 4 Cekal,semua mata memerhatinya.Tidak ketinggalan dua sahabat baiknya iaitu Ayuni dan Khairunissa.

"Kau pergi mana,Afiya Amani?Ya Allah!Lambatnya.Nasib baik tau cikgu tak masuk lagi." Ayuni mula membebel.

"Hehehehehh,peace." balas Afiya Amani.

"Peace kepala kau!Kau ni." kata Khairunissa pula.

"Tak payahlah marah aku.Aku bukan sengaja.Lagipun,ni first time aku datang lambat.Sebelum ni,awal je aku datang.Aku tidur lambat semalam.Korang pun tahu kan majlis semalam tu.Kalau ikutkan hati,tak nak aku pergi sekolah hari ni.Penat weh."

"Haah,memanglah first time nanti kau jadikan amalan." ujar Ayuni yang masih belum berpuas hati.

~~~

Sebaik sahaja waktu rehat habis,Umar Affan tiba di kelas 4 Cekal.Dia mula membuka buku teks Pendidikan Agama Islam bagi mencari topik yang ingin diajarnya.

Beberapa minit kemudian,pelajar kelas itu mula masuk.

Afiya Amani mula membuka beg sekolahnya bagi mengeluarkan buku teks subjek ustaz muda itu.Dia mengambil dan meletakkan di atas meja.

Dia memandang tindak tanduk ustaz itu.Kemudian matanya dialihkan ke papan putih.

"Bangun." ujar si ketua kelas,Hadi.

Semua pelajar bangun dan Hadi mula memberi salam.Umar Affan mula turut berdiri.Dia menjawab salam dan mula berjalan sekitar meja kemudian berhenti tepat di meja Afiya Amani.

Dia menyuruh pelajarnya membaca doa belajar.Selesai sahaja bacaan doa, dia bergerak ke hadapan kelas.

"Baiklah,topik kita hari ni tentang haji dan umrah."

Dia mula menerangkan serba sedikit  tentang topik itu.Selebihnya dia memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk membuat pembentangan pada esok hari.

Happy reading❤

SAYANGKU ENCIK USTAZWhere stories live. Discover now