5

565 27 16
                                    

Afiya Amani masih dibelenggu dengan perasaan terkejut.Jika dia terima,dia akan jadi isteri seorang ustaz?Di usia 16 tahun?Biar betul?

Beberapa kali dia menggelengkan kepalanya.Mengarut!

"Woi,kau okay tak?" tegur Asha Amani yang mendekati adiknya yang berada di ruang tamu.

Afiya Amani memandang ke arah kakak sulungnya.

"Fikir apa?Fikir ustaz eh?" sengaja Asha Amani mengusik adiknya.

"Apa Along ni?Angah tengah fikir apa yang Cik Na tanya Angah hari tu.Persoalannya sekarang ni kenapa Cik Na pilih Angah?Kenapa tak Along je?"

Asha Amani hanya ketawa mendengar keluhan adiknya itu.Memandang dia masih bujang dan tidak berpunya lagi,sudah tentulah adiknya itu merungut.

"Kira Angah beruntung tau.Bakal mak mertua suka Angah."

"Tapi Angah sekolah lagi.Macam mana Angah nak hadap ustaz waktu kat sekolah nanti?Lagi satu,ustaz tu takkan lah tak de orang nak kot?Hensem macam tu pun kena mak ayah carikan ke?Argh,stresnya!"

"Sabarlah.Amboi,dalam tak suka tu,sempat eh puji?"

Afiya Amani memberikan pandangan tajam kepada kakaknya.Suka sangat mengusik dirinya!

"Bukan puji.Memang kenyataan kan?Kalau Along dengan ustaz kan lebih sesuai.Angah ni masih budak mentah,Along.Kalau Angah jadi dengan ustaz tu,boleh ke Angah bahagikan masa antara belajar dengan uruskan rumahtangga.Tak sesuai lah,Along.Macam mana ni?"

Afiya Amani masih buntu.Walaupun sudah dua hari berlalu, namun dia masih belum ada jawapan.

"Angah solat istikharah.Minta petunjuk dari Allah.Insya-Allah,semuanya akan dipermudahkan." cadang Asha Amani.

~~~

Keesokkan hari,sewaktu rehat,Afiya Amani keluar lambat sedikit dari bangunan blok akademik kerana singgah sebentar ke tandas.Ayuni dan Khairunissa sudah pun berada di koperasi.

Dalam perjalanan ke koperasi,dia dan Umar Affan berselisih.Afiya Amani memberikan salam sebagai tanda hormat dan meneruskan langkahnya namun langkahnya terhenti disaat ustaz itu memanggilnya.

"Afiya."

Dia memandang ustaz muda itu.Dia sempat memerhati sekeliling.Mujurlah kawasan yang menuju ke koperasi itu lenggang.

"Err..ada apa,ustaz?"

"Saya nak cakap pasal tempoh hari.Saya tak nak paksa awak lagipun ni soal masa depan awak.Kalau awak tak nak,saya okay je.Jangan buat semua ni sebab family kita.Perjalanan awak masih jauh,Afiya."

Afiya Amani mendengar dengan penuh teliti apa yang disampaikan oleh ustaz muda itu.Kemudian dia membalas.

"Erm..macam mana kalau saya cakap saya terima?"

Entah daripada mana dia dapat kekuatan untuk berkata sebegitu sedangkan dia masih belum mempunyai jawapan yang tepat.Argh,bantai jelah!

"Awak serius ke,Afiya?Soal ni tak boleh dibuat main.Fikir betul-betul.Saya tak nak awak menyesal."

Umar Affan masih tidak percaya dengan kata-kata anak muridnya itu.Biar betul muridnya itu sudi menjadi isterinya?

Belum sempat Afiya Amani membuka mulut,Ayuni dan Khairunissa menegur.

"Assalamualaikum,ustaz.." ujar mereka serentak.

"Okaylah,awak semua.Saya gerak dulu." laju sahaja Umar Affan meminta diri dan melangkah ke bilik guru.

Sesudah itu,mereka bertiga menuju ke arah pondok.Sememangnya itu tempat yang selalu mereka tuju untuk makan sewaktu rehat.

~~~

Umar Affan menanda buku latihan anak muridnya di surau sebaik sahaja menunaikan fardu zohor.Pada masa yang sama,dia terfikir-fikir akan kata-kata Afiya Amani tadi.

"Erm..macam mana kalau saya cakap saya terima?"

Sungguh dia terkejut mendengar itu.Takkan semudah itu Afiya Amani boleh bersetuju?

"Berangan!" sergah Hariz Danial yang juga merupakan ustaz di sekolah itu.

Mereka berdua sememangnya rapat semenjak belajar di UPSI.Kebetulan,praktikal pun sama sekolah dan menjadi guru tetap pun masih bersama.

"Tak de lah." kata Umar Affan.

"Hurm..ye lah tu."

"Betul.Aku cuma tengah fikir something je."

"Share lah.Dengan aku pun nak berahsia.Kata sahabat dunia akhirat.Ceritalah."

Umar Affan menutup buku latuhan yang berada di hadapannya.Pen merah juga di tutup dan diletakkan ke tepi.Wajah sahabatnya dipandang.

"Ibu aku suruh kahwin."

Sebaik sahaja mendengar jawapan Umar Affan,Hariz Danial terus ketawa.Mujurlah sewaktu itu,surau guru kelihatan agak kosong memandangkan waktu itu waktu pelajar dan guru sesi pagi beransur pulang.

"Aku buat lawak ke?"

Hariz Danial berhenti ketawa.Dia berdehem seketika.

"Tu je masalah kau?Aduh,Mar.Kahwin jelah.Lagipun umur macam kita memang dah patut jadi suami orang.Kau takkan nak jadi bujang terlajak sampai bila-bila kot?"

"Iz,kau ingat kahwin ni macam apa?Benda ni serius.Tanggungjawab dia berat tau.Kau cakap orang pandai.Kau tu bila nak kahwin?Kau tak nak jadi bujang terlajak kan?" sempat Umar Affan memerli sahabatnya itu.

"Ye,aku faham.Kejap,kau cakap pasal kahwin ni,mak ayah kau dah cari calon isteri untuk kau ke?"

Umar Affan hanya mengangguk.

"Hah?Dengan siapa?"

"Afiya Amani."

Mata Hariz Danial semakin membulat.Terkejut mendengar jawapan itu.Seriuslah?Dengan anak murid sendiri?







SAYANGKU ENCIK USTAZWhere stories live. Discover now