Anisa Amani menuju ke dapur.Dia melihat umi kesayangan sedang bertungkus-lumus memasak pelbagai juadah untuk tengahari itu.
"Banyaknya umi masak.Ada tetamu nak datang ke?"
Puan Asmah memandang anak bongsunya yang menegur.
"Haah.Kejap lagi kita ada tetamu.Nisa tolong umi,boleh?Tolong buat air.Buatlah air sirap ke air anggur ke.Umi nak settlekan makanan kejap.Angah mana,Nisa?"
Puan Asmah seakan tercari-cari kelibat anak keduanya.
"Ada kat bilik tu.Selubung dalam selimut.Period pain katanya.Biasalah,umi." balas Anisa Amani.
"Nisa tolong tengokkan lauk ni kejap.Umi nak naik atas.Nak tengok Angah."
Anisa Amani mengangguk.
~~~
Afiya Amani cuba menahan sakit yang dialami.Dia sememangnya sewaktu datang bulan jadi begitu.Senggugut teruk.
Dia sengaja berselubung di dalam selimut.Namun,bukan boleh tidur pun.Sakit itu asyik menyerang sahaja.Kadang-kadang boleh buat dia menangis.Rasa mahu menjerit pun ada.
Bunyi ketukan pintu menyentakkan dirinya.Dia mula mengeluarkan muka daripada terus diselubungi dengan selimut.Terjengul wajah uminya.
"Angah okay tak ni?" soal Puan Asmah.
Dia hanya tersengih dengan soalan uminya.
"Kita ada tetamu kejap lagi.Keluarga Cik Na datang nak makan tengahari kat sini."
Dia hanya mendengar.Dia tidak terkejut kerana tahu hubungan keluarganya dengan keluarga ustaz itu sangat rapat.
~~~
Mereka semua berkumpul di meja makan.Afiya Amani dan Umar Affan duduk berhadapan.Afiya Amani cuba sedaya upaya menahan riak wajahnya.Sungguh,dia sewaktu period memang lemah satu badan.
Dia yang khusyuk melayan rasa sakit mula tersedar apabila adiknya mencuit pehanya.Ketika itu,Umar Affan sedang memimpin bacaan doa makan.Itu pun sudah di ayat penghujung.
Dia jadi malu pula jika ada yang lain perasan.
Mereka mula menjamu selera namun tidak bagi Afiya Amani.Dia meneguk air sirap kemudian dia menguis-nguis nasi.Sungguh tidak berselera.
Puan Hasnah yang perasan mula menegur.
"Fiya?Fiya kenapa?Nampak macam tak lalu je makan?"
Afiya Amani memandang Puan Hasnah.Serba salah pula dirasanya.Dia tersenyum kelat.
Puan Asmah mula berbisik kepada Puan Hasnah memandangkan mereka sebelah-menyebelah.
Puan Hasnah mengangguk faham.
Umar Affan dari tadi perasan yang anak muridnya itu seakan serba tidak kena.Mukanya pun agak pucat.Dia tertanya-tanya,sakitkah budak itu?Namun,dia cuba beriak selamba.
Beberapa minit kemudian,mereka selesai menjamu selera.Seperti biasa,kaum hawa akan mengemas meja dan mencuci apa yang patut di dapur.
"Kamu duduk jelah,Fiya.Ada pula yang pengsan kat sini nanti." kata Puan Hasnah.
"Cik Na,sorry.Fiya memang tak pandai nak kawal riak wajah Fiya kalau time macam ni." ujar Afiya Amani serba salah.
"Tak pe.Cik Na faham."
~~~
Mereka rancak berbual di ruang tamu.Puan Hasnah memulakan misinya.Dia yang kebetulan duduk bersebelahan dengan Afiya Amani di sofa mula bersuara.
"Fiya." ujarnya.
Semua mata tertumpu kepada Puan Hasnah.Encik Ahmad sudah dapat mengagak apa yang hendak isterinya itu katakan.
"Fiya ada boyfriend?"
Mahu sahaja Afiya Amani tersedak ketika itu.Soalan apa tu?Dahinya sudah mula berkerut.Teragak-agak dia memberikan jawapan.
Umar Affan sudah mula jadi serba tidak kena.Nampak ibunya serius akan perbincangan mereka tempoh hari.
"Err..tak de."
Puan Hasnah tersenyum lega.
"Fiya nak jadi menantu Cik Na?Kahwin dengan ustaz?"
"Hah?" laju sahaja mulutnya berkata sebegitu.
Dia memandang ustaznya yang beriak tenang itu.Kemudian pandangan dialihkan.
Hampir sahaja dia mahu pengsan juga di situ.Sungguh dia terkejut dengan kata-kata yang baru sahaja didengarnya.Terasa hilang terus sakitnya.
"Cik Na tak minta jawapan sekarang.Fiya fikir dulu.Nanti dah ada jawapan,Fiya bagitahu ye?" kata Puan Hasnah lagi.
Dia tahu anak muda itu masih lagi terkejut.Awal-awal lagi dia telah memberitahu soal itu kepada Puan Asmah dan Encik Ammar.Mereka bersepakat yang mereka tidak memaksa kedua-dua anak mereka jika kedua-duanya tidak mahu.
"Rasanya dah azan tu.Jom lah kita berjemaah.Umar jadi imam ye?" ujar Encik Ammar mahu meredakan suasana.
YOU ARE READING
SAYANGKU ENCIK USTAZ
Short StoryPerkenalan yang sangat erat antara kedua-dua buah keluarga membawa sebuah ikatan yang begitu serius iaitu perkahwinan kepada anak-anak mereka.Namun,seorang ustaz dan seorang pelajar tingkatan 4 itu tidaklah begitu rapat.Cuma bagi si pelajar itu,sika...