"Afiya tu kahwin sebab dah mengandung ye?Ish,budak zaman sekarang memang tak reti jaga batas betul tapi dengar kata suami dia tu ustaz.Betul lah,ustaz zaman sekarang pun tak boleh percaya sangat." ujar Mak Lang.
Afiya Amani yang baru hendak turun ke tingkat bawah menghentikan langkahnya apabila terdengar perbualan itu.Sakit hatinya mendengar.Sesuka hati Mak Lang sahaja membuat fitnah.
Dia berlalu kembali ke bilik.Sebaik tiba di bilik,dia duduk di birai katil.Turun naik nafasnya menahan amarah.
Umar Affan yang baru keluar dari bilik air memandang pelik ke arah isterinya.Dia melabuhkan punggung di sebelah Afiya Amani.
"Aik?Tadi bukan ke Fiya cakap kat abang nak turun bawah?Tolong apa yang patut?Ni kenapa naik semula?Muncung pula tu muka.Kenapa ni?" tegurnya.
"Fiya geram dengan mulut Mak Lang.Suka hati je fitnah Fiya dengan abang."
Berkerut dahi Umar Affan.Tidak faham dengan apa yang isterinya itu cuba sampaikan.
"Mak Lang fitnah kita?Dia cakap apa?" soalnya masih lembut dan tenang.
"Mak Lang cakap kita kahwin sebab Fiya mengandung.Lepas tu,Fiya tak reti jaga batas.Abang pula,Mak Lang cakap ustaz sekarang tak boleh percaya sangat.Fiya sakit hati tau.Mak Lang cakap ikut sedap mulut je.Huh!"
Umar Affan tersenyum.Dia melentokkan kepala isterinya ke bahunya.Lengan isterinya itu ditepuk perlahan.
"Fiya,dengar cakap abang.Pedulikan cakap Mak Lang.Kita masing-masing tahu kenapa kita kahwin.Kita tak buat salah so kita tak perlu takut.Sekarang ni,kita turun bawah.Sarapan sama-sama dengan dorang.Buat je macam tak tahu apa-apa.Okay?" pujuknya.
Afiya Amani mengangkat kepalanya.Dia memandang wajah bersih suaminya.Macam mana lah nak tenang seperti suaminya itu?
"Jom."
Mereka melangkah keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.Setibanya di meja makan,Mak Lang menegur.
"Amboi pengantin baru ni.Berkepit je manjang."
Afiya Amani tidak membalas.Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.Umar Affan pula hanya tersenyum sebelum duduk di sebelah isterinya.
"Haa Asha,kamu tak cemburu ke tengok adik kamu dah kahwin?Haih,takkan tak de calon lagi kot?Kamu dengan adik ipar kamu ni muda 5 kan?Takkan tak rasa apa-apa?" kata Mak Lang lagi.
Asha Amani memandang adik tengahnya.Dia sudah lali dengan soalan 'bila mahu kahwin'.
"Dah jodoh angah sampai dulu,Mak Lang.Asha tumpang bahagia dengan kebahagiaan dorang." balasnya tenang.
"Sudah lah tu,Kak Lang.Kita sarapan dulu.Nanti kita borak lagi." ujar Puan Asmah.
~~~
Sebelah petang,keluarga Mak Lang beransur pulang.
"Umar jangan ambil hati dengan Mak Lang ye?" kata Encik Ammar kepada menantunya.
Risau akan penerimaan menantunya terhadap kakaknya.
Umar Affan tersenyum.
"Tak de apa lah,walid.Umar faham." balasnya tenang.
"Kamu berdua ni pasangan muda.Suami isteri ni kena banyak tolak ansur." kata Puan Asmah pula.
"Bila kamu masuk kerja,Umar?" soal Encik Ammar.
"Minggu depan,walid.Umar ingat nak pindah rumah baru kami esok.Walid dengan umi tak kisah kan?"
"Apa pula kami nak kisah?Afiya ni isteri kamu.Tanggungjawab kamu." balas Puan Asmah.
Afiya Amani yang duduk di sebelah Umar Affan hanya mendengar.Langsung tidak membantah.
~~~
Keesokkan harinya,mereka berdua tiba di sebuah rumah banglo 2 tingkat.Afiya Amani kelihatan begitu teruja.Cantik sangat.
Umar Affan hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu.
"Abang,ni rumah kita ke?"
"Ye lah.Rumah siapa lagi kalau bukan rumah kita?"
Afiya Amani tersengih.
"Terima kasih.Cantik sangat.Fiya suka."
"Jom lah kita masuk."
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.Afiya Amani masih memerhati setiap ruang di rumah itu.
Setelah agak lama berehat di sofa,Umar Affan meminta diri untuk keluar bagi mengangkat beg pakaian mereka yang berada di bonet kereta.
"Fiya,abang ambil beg dulu.Fiya pergi lah naik atas."
"Okay."
YOU ARE READING
SAYANGKU ENCIK USTAZ
Short StoryPerkenalan yang sangat erat antara kedua-dua buah keluarga membawa sebuah ikatan yang begitu serius iaitu perkahwinan kepada anak-anak mereka.Namun,seorang ustaz dan seorang pelajar tingkatan 4 itu tidaklah begitu rapat.Cuma bagi si pelajar itu,sika...