Air mata gugur lagi. Tidak henti-henti . Mengalir penuh sengsara . Kini dia telah kehilangan segala-galanya , ibu-bapanya telah meninggal dunia , orang paling dia sayang meninggalkannya setelah mendapat tahu yang dia telah buta . Semua kejadian ini berlaku dalam satu hari . Dan hari itu menggubah seluruh hidupnya . Mujurlah dia masih mempunyai kakak yang selalu memberikan dorongan kepadanya . "Sudah-sudahlah tu, Hanna. Kau menangis sampai bumi terbelah dua sekalipun, tak boleh ubah ketentuan takdir . cukuplah Hanna , aku kan ada aku boleh jaga kau , lagi pun Tao dah beri izin untuk aku tidur rumah kau dalam seminggu dua ni ." pujuk Ayuna , simpati melihat keadaan adiknya .
"Aku ... aku hilang semuanya Ayuna , aku rasa aku dah tak berguna lagi . AKU BUTA !!! . Kai dah tinggalkan aku , kenapa tak biar aku mati jer kenapa aku kena lalui semua ini" . hampir separuh menjerit Choi Hanna bila meluahkan segala keperitan hatinya kepada Ayuna . "Banyak-banyaklah bersabar Hanna , aku ada untuk kau , Tao pun ada untuk sama-sama bantu kau"
Katakanlah apa sahaja , sila . Ucaplah apa pun . Tiada apa yang mampu membuatkan aku lihat kembali , getus hati Hanna.
Hampir terkoyak cadar katilnya , apabila Hanna menarik cadar itu melepaskan rasa sakit dihatinya . Ayuna yang cemas segera memanggil suaminya Tao untuk menenagkan Hanna "Jaggiya, cepat datang sini" . " Yahh Choi Hanna , berhenti !!!" Tao sengaja untuk meningikan suaranya agar Choi Hanna berasa sedikit takut dan mungkin akan berhenti dari menyakitkan diri sendiri atas apa yang berlaku . Ayuna segera berlari ke dapur untuk membuatkan Hanna segelas susu , dia kemudiannya menuangkan sedikit ubat tidur kedalam minuman Choi Hanna , bukan dia ada niat jahat atas adiknya itu tapi itu untuk kebaikan Hanna juga biarlah fikiran Hanna tenang buat seketika .
"Nah minum air ni , aku tahu kau mesti haus lagi pun tekak kau tu belum dijejak setitik air melainkan air liur kau tu , nah minum ni" . Choi Hanna meneguk air yang Ayuna buat tanpa mempedulikan rasa air susu yang agak sedikit pahit itu . Selesai memastikan Hanna minum susu yang dibuat Ayuna . Ayuna menarik tangan suaminya Tao keluar daru bilik. "Kenapa kita kena tinggalkan Hanna sorang-sorang dalam bilik , nanti jadi apa-apa yang diluar jangkaan kita , macam mana ?" kaki Tao dihayunkan semula menujuk ke bilik Hanna tapi belum sampai hayunan kaki ke tiga , Ayuna segera menyambar tangan Tao seperti helang menyambar makanannya "jangan risau saya dah letakkan ubat tidur dalam susu dia tadi , sekejap lagi dia tidur lah tu lagi pun ini untuk kebaikkan dia juga " . Tao hanya diam, tak tahu nak cakap apa atas tindakkan Ayuna itu .
~HANNA POV ~
Di baringkan kepalanya diatas bantal terasa berat matanya untuk dibuka , setelah beberapa kali mengosok matanya bagi menghilangkan rasa gantuk tetapi tidak memberikan kesan apa-apa "hemm, bukak mata dan tutup sama ja , aku bukannya nampak apa-apa selain warna hitam" getus hatinya . Di biarkan rasa gantuk itu menguasai fikirannya . Selang 5 minit kedengaran hempusan nafas halus milik Choi Hanna . Nyenyak dibuat mimpi.
~~~~~~~~~~~~~~
"BAMMMM" . Bunyi hentaman yang sangat kuat mengejutkan orang ramai . Keadaan 2 orang penumpang dan 1 orang pemandu kereta itu sangat kritikal . Pemandu dan penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan teruk di kepala manakala penumpang belakang dibahagian muka .Choi Hanna mendengar suara seperti berbisik halus ditelinganya tetapi bila hendak di celikkan matanya terasa sangat pedih bagai kaca halus meyucuk-nyucuk bebola matanya . Tidak lama itu semuanya menjadi gelam dan sepi , tiada lagi suara halus berbisik.
3.00 p.m (sebelum kemalangan berlaku)
"Kringggg" lonceng sekolah yang terakhir berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan untuk hari ini. Choi Hanna masih duduk dimejanya , pandangannya di tumpukan kearah budak-budak yang sedang gembira berlari keluar dari pintu besar sekolah. Geli hatinya melihat telatah senior dan junior High School Black Pearl . "Kenapa hati aku kata yang aku takkan melihat semua ni lagi ?" Nadanya agak sedikit cemas , dia percaya kepada kata hatinya sebab padanya kata hati itu selalu betul . Dipejamkan sekejap matanya untuk tenangkan hatinya . "Jaggiya, buat apa tu ?" Segera dia mencelikkan mata yang tadi tertutup rapat "Yahh Jongin ! , terkejut saya . Apa awak buat kat sini ?" . Kai kalau tak buat 'buah hatinya' terkena heart attack memang taksah harinya. "Awak tu buat apa kat sini ?" eh , kita tanya dia , dia boleh tanya kita balik soalan yang sama . Siap senyum-senyum lagi Kai .
Malas dia hendak hadap muka Kai tu lama-lama . Segera kaki Choi Hanna melangkah kearah pintu kelas tetapi Kai lebih pantas dari jangkaanya . Dicapainya tanggan Hanna dan tubuhnya dirapatkan dengan gadis itu . "I miss you baby" jari Kai memintal-mintal hujung rambut Hanna . "I miss you too bae" kata-kata Hanna membuatkan Kai tersenyum manis . Jari Kai masih lagi bermain dengan rambut Hanna yang bewarna keperangan . "JongIn ..." belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya , Kai memotong "Kenapa awak tak pernah panggil saya Kai ?" . "Sebab saya rasa nama JongIn tu lagi sedap dipanggil berbanding Kai" betul , tidak pernah sebelum ini dia memanggil JongIn dengan panggilan 'Kai' daripada sejak mereka kenal sehinggalah mereka menjadi pasangan .
"From now just call me Kai" , "no , i want to call you JongIn until forever" berkerut sejuta muka Kai apabila Hanna engan memanggilnya dengan panggilan yang dia tetapkan . "Yahh hanna , call me Kai" ditekankan sedikit suaranya tanda serious . Hanna mengelengkan kepalanya berkali-kali . Nafas Kai dilepaskan perlahan-lahan buntu fikiran lelaki ini hendak buat apa agar Hanna memanggilnya dengan nama panggilan Kai . Ditutup matanya seketika , menghilangkan rasa geramnya dengan kedegilan Hanna .
Nada dering "Call Me Baby" dari Iphone5s Hanna membuatkan mata Kai outomatik terbuka . "Nae Omma , okey Hanna turun sekarang" pelukkan Kai terlerai apabila Hanna menganjakkan badanya ke belakang . "JongIn sorry ,saya tak boleh lama-lama dengan awak , saya kene balik sekarang , Omma dengan appa dah tunggu kat bawah" laju kakinya menapak keluar dari kelas tanpa menoleh kearah Kai .
~~~
"Omma , appa kajja" nafasnya turun naik akibat berlari tadi , dia tidak mahu lewat untuk majlis makan malam dirumah kakaknya iaitu Ayuna . "Sebelum tu ada nak singgah mana-mana tak ? Belikan apa-apa untuk Ayuna ke ?" Soal Encik Choi "Abang , dah banyak dah barang dapur kita beli untuk si Ayuna tu saya rasa cukup stok dia untuk sebulan" balas Puan Choi yang dari tadi membisu . Ketawa kecil Hanna melihat telatah ibubapanya itu .Kereta Bmw Concept X6 milik Encik Choi meluru laju keluar dari kawasan sekolah .
Beberapa kilometer selepas itu Encik Choi menekan break kereta untuk berhenti di lampu isyarat merah . Tanpa disedari pemandu kereta belakang hilang kawalan dan akhirnya melanggar kereta Encik Choi.
"BAMMMM"~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum guys , thanks for read and vote . Saya amat hargainya . Please say something about this story and kalaw ada apa-apa cadangan boleh inbox saya . And harap dapat bersabar sebab bab Babby Dont Cry ~2~ akan dipublish tak lama lagi"
-REAL__HIH
YOU ARE READING
♡BABY DONT CRY ♡ ♢ 아기가 울지 마세요 ♢
Random~ BABY DONT CRY ~ "SEKARANG TEMPAT AWAK DI SISI SAYA" -KIM JONGIN- "SAYA BUAT SEMUANI UNTUK AWAK" -PARK CHANYEOL- "AKU MESTI KUAT UNTUK SEMUA INI" -CHOI HANNA- Bila dunia menjadi gelap , semua bertukar menjadi hitam seperti hidupnya...