Balutan pada mata Hanna dibuka. Perlahan-lahan Hanna cuba mencelikkan matanya . Silau lampu membuatkan Hanna menekup wajahnya dengan tangan . Lama Hanna berkeadaan begitu sehinggalah Hanna mendapat keberanian untuk membuka kembali matanya . Kelihatan seorang jururawat dan doktor sedang tersenyum ke arahnya . "Saya dah boleh melihat ?". Ujur Hanna , sangat teruja. Doktor pakar yang bernama James memanggil Hanna .
"Choi Hanna , tengok sini !. Ada berapa jari saya ni ?". Tanya Doktor James sambil mengangkat tiga anak jari sebelah kanan. Hanna mengalihkan pandangannya ke arah Doktor itu . "Hemm ... tiga anak jari doktor". "Bagus ! , yang ini huruf apa ?". Tanya Doktor James lagi , menunjukkan huruf C kepada Hanna . "Huruf C doktor". "Bagus mata awak nak boleh melihat sepenuhnya". Ujur Doktor James sambil tersenyum gembira . Ayuna yang berada menemaninya di sebelah juga melemparkan senyum gembira . "Betul ke ni Doktor , saya dah boleh melihat !!! . Terima Kasih Doktor , terima kasih". Setelah sekian lama hidupnya dalam gelap gelita , akhirnya dia boleh melihat seperti dahulu . Kegembiraan yang tidak terkata , kegembiraan yang tidak boleh ditulis tapi dapat dirasai . Ayuna yang berada disebalahnya dipeluk erat , berguguran air mata jatuh tanda syukur yang teramat sangat . "Awak tak perlu berterima kasih kepada saya , saya hanya menjalankan tugas saya sahaja . Berterima kasihlah pada Park Chanyeol". Beritahu Doktor James . Hanna terus mengalihkan pandangannya kearah Doktor James . Wajahnya dipenuhi tanda tanya . "Saya tak faham , Chanyeol ?". Kini dialihkan pandangannya kearah Ayuna pula . Meminta keteranagan dari gadis itu .
Ayuna membuka mulut , mencerita semuanya ."Hanna , banyak yang kau perlu tahu . 2 hari sebelum korang bertolak ke America , Chanyeol ada call aku . Dia tanya tentang rumah kosong sekitar rumah aku . Masa tu aku rasa pelik , sebab kenapa dia tetiba nak tanya pasal rumah , and than dia cakap dia akan tinggal di America untuk beberapa hari dengan kau . Gembiranya aku pada masa tu tak terkata , sebab aku dapat jumpa kau setelah setahun kita tak jumpa , sampaikan aku lupa nak tanya tujuan utama dia nak ke America . Dan sehari sebelum pembedahan kau , aku dengan Tao oppa ada jumpa dengan Chanyeol secara personal . Terkejut aku masa tu yang dia kata dia akan dermakan mata dia untuk kau . Mulanya Tao oppa halang tindakkan Chanyeol sebab bila dia dermakan mata untuk kau, bagaimana dengam kehidupan dan pekerjaan dia . Hemphh sebab cinta , dia tak kisah asalkan kau gembira , dia dapat gembirakan kau itu dah membuatkan hidupnya sempurna". Berjujuran air mata Hanna keluar . Begitu kasih dan sayang Chanyeol kepadanya sehingga sanggup mengorbankan benda paling penting dalam hidup iaitu sepasang mata yang membantunya membuat kerja seharian.
"Mana Chanyeol sekarang ? , Hanna nak jumpa dia". Tangan Hanna memegang erat tangan Ayuna . "Sorry Hanna , aku dah janji dengan Chanyeol supaya rahsiakan lokasi dia berada sekarang". Ayuna ialah satu-satunya harapan untuk dia tahu dimana lelaki bernama Chanyeol itu berada . Dia ingin berjumpa dengan Chanyeol sekarang . "Tolonglah Ayuna , aku merayu dekat kau . Bagi tahu aku mana Chanyeol . Aku nak jumpa dia sekarang". Hanna duduk melutut dikaki Ayuna , merayu simpati Ayuna agar memberi tahu kepadanya . Hati Ayuna berbelah bagi . Buntu Ayuna hendak buat apa . Wajah Doktor James dipandangnya agar Doktor itu dapat memberikan jawapan pada penyelesainnya itu . Doktor James yang seakan dapat membaca mimik wajak Ayuna , menganggukkan kepalanya tanda menyuruh Ayuna memberitahu sahaja lokasi Chanyeol kepada Hanna . "Hanna bangun , okay aku akan bagitahu kau sebaik sahaja kita sampai rumah". Esakkan Hanna semakin hilang apabila Ayuna berjanji akan memberitahu lokasi Chanyeol kepadanya .
Setibanya dirumah , Tao menyambut kepulangan mereka dengan penuh mesra . Ayuna dukucup pipinya . Pasangan yang sangat mesra . Hanna menatap wajah Tao lama , hemphh handsome jugak abang iparnya itu . "Hanna !!! , macam mana pembedahan ? Okay ?". Tangan Tao mengambil beberapa beg plastik digengaman Hanna . "Okay , tapi ada satu perkara yang membuatkan Hanna tak okay". Ayuna seperti sudah tangkap apa yang dimasudkan Hanna itu . "Dah jom masuk sejuk lah cuaca kat luar ni". Segera Ayuna menukar topik . Punggung Hanna mencecah sofa yang gebu diruang tamu itu . Matanya memandang sekeliling . Seperti tidak percaya yang dia sudah boleh melihat . Tapi , tak sangaka juga mata yang membolehkan dia melihat adalah mata orang yang selama ini berada di sisinya , yang selalu membantunya . Terkilan rasanya mahu melihat wajah Chanyeol . Dia kini berseorangan di ruang tamu , Ayuna dan Tao sudah naik ke tingkat atas . Tidak tahu apa yang dibincangkan pasangan itu .
"Hanna , nak air ?". Ayuna mempelawa Hanna , setibanya dia di tingkat bawah bersama Tao disisi . "Taknak , Hanna cuma nak tahu dimana Chanyeol". Ayuna memandang wajah Tao meminta bantuan . Perlu ke dia beritahu dimana Chanyeol berada sekarang . "Hanna , petang ni kita pergi Taman William's nak ? , lepastu kita pergi makan kat Resturan Vivapolo". Tao saja menukar topik agar Hanna tidak terus memaksa Ayuna . "Taknak !!! . Tolong lah , Hanna cuma nak tahu kat mana Chanyeol sekarang. Hanna nak jumpa dia , Hanna nak tengok wajah dia". Sekali lagi air matanya berderai jatuh . Ayuna dipandang dengan pandangan yang sayu meminta simpatinya . Ayuna dah taksangup membuat Hanna terus berharap , akhirnya "Baiklah Unnie bagitahu". Satu keluhan berat dihembuskan Ayuna . Berat dia hendak bagitahu kerana dia sudah berjanji dengan Chanyeol , tapi kesian bila tengo Hanna seperti itu . "Chanyeol ..... dia dah balik Korean selepas selesai sahaja pembedahan mata tu . Dia balik dengan kawan dia kalau tak silap unnie ". Dah balik ke Korea ? .Tapi kenapa ? Kenapa Chanyeol tidak mahu jumpa Hanna .
Kenapa ?
Kenapa ?
Kenapa ?
YOU ARE READING
♡BABY DONT CRY ♡ ♢ 아기가 울지 마세요 ♢
Random~ BABY DONT CRY ~ "SEKARANG TEMPAT AWAK DI SISI SAYA" -KIM JONGIN- "SAYA BUAT SEMUANI UNTUK AWAK" -PARK CHANYEOL- "AKU MESTI KUAT UNTUK SEMUA INI" -CHOI HANNA- Bila dunia menjadi gelap , semua bertukar menjadi hitam seperti hidupnya...