Sedar tidak sedar, kini sudah genap setahun Ayuna di America so means , genap jugalah setahun Hanna dirumah Chanyeol . Kehidupan mereka berdua rapat seperti sudah tiada lagi istilah kawan. Mereka berdua sudah pun meninggalkan alam persekolahan sama juga seperti Kai . Tapi yang peliknya tiada sebarang khabar berita tentang Kai selepas itu. "Hanna buat apa duduk sorang-sorang petang-petang macam ni kat situ ?". Kaki Chanyeol melangkah kearah balkoni rumah sambil tanggannya membetulkan ikatan tie . "Saya fikir apa jadi kat saya kalau awak tinggalkan saya" . "Kenapa fikir macam tu. Dengar, saya takkan tinggalkan awak macam apa yang Kai buat . Dah saya keluar dulu". Tanggan Chanyeol mengusap halus rambut Hanna .
HANNA POV
"Boring !!!" . Suara Hanna memecah kesunyian rumah itu . 'Humm , nak keluar ambil angin lah'. Terdetik hatinya untuk keluar, biasanya Chanyeol akan menemaninya tapi kali ini lelaki itu sudah keluar entah kemana . Perlahan kaki gadis itu menapak ke pintu rumah . Tangan kananya memegang tongkat tuna netra . Lama dia tidak memegang tongkat itu, biasanya tangan Chanyeol yang akan menjadi tongkat untuknya berjalan . Kakinya menapak keluar dari rumah cukup jelas bunyi kenderaan yang lalu lalang diikuti dengan bunyi hon kereta . Membuatkan kepalanya sedikit pening . Kakinya tetap menapak hingga ke hujung jalan . Tiba-tiba badannya seperti ditarik kedalam sebuah kenderaan dengan kasar. Dia cuba untuk menjerit meminta tolong tapi hanya sia-sia sahaja kerana mulutnya ditekup dengan sapu tangan . Selepas itu semuanya senyap . Tiada lagi lolongan meminta tolong dari gadis itu .
~~~~~~~~~~~
Kai menatap wajah Hanna dalam kesamaran cahaya yang terbias dari lampu jalan . Sengaja dipadamkan lampu bilik supaya tidak menggangu tidur Hanna. Dari kerusi malas yang berada tidak jauh dari katil , Kai tidak jemu-jemu meneliti setiap inci wajah Hanna . Tiba-tiba pintu bilik Kai diketuk membuatkan pandangan Kai beralih kearah pintu . "Tuan, ada seorang lelaki ingin berjumpa tuan . Tidak silap saya namanya Chanyeol". Pembantu rumah Kai iaitu Makcik Shin hanya menundukkan kepalanya kelantai . Kai memutuskan untuk segera turun ke tingkat bawah berjumpa dengan Chanyeol . "Chanyeol buat apa kat sini ?" . Disebalik suara Kai yang mesra itu menyimpan 1001 dendam terhadap lelaki yang bernama Chanyeol . "Kau takpayah nak berlakon sangat lah Kai . Aku datang nak ambik Hanna balik. Kau ingat aku tak tahu ke yang Hanna ada kat rumah kau" . Ternyata perbuatan Kai itu senang dibongkarkan oleh Chanyeol . Kai segera memanggil beberapa orang pengawal keselamatannya untuk membawa Chanyeol keluar dari rumahnya . "Kau ingat Kai , aku akan datang bawak Hanna balik". Suara nyaring Chanyeol langsung tidak dipedulikkannya. Apa yang dia tahu Hanna akan bersamanya untuk selama-lamanya dan kali ini dia tidak akan lepaskan perempuan itu dari gengamannya .
~~~~~~~~~~
Kai terjaga sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 7.00 pagi . Dia memandang sekelilingnya . "Kenapa aku tidur kat ruang tamu ni ?". Kai terpinga-pinga . Dia kemudiannya terus bangun dari sofa . Memanjat tangga satu persatu menuju ke tingkat atas . Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bilik . Suis lampu dipetik . Bilik teran-benderang . "Mak" . Kai bukan main terperanjat lagi bila melihat seorang perempuan sedang tidur di atas katilnya . Dadanya diurut beberapa kali menghilangkan rasa terkejut tadi . Peristiwa semalam sedikit demi sedikit diingatinya . Kai meraup wajahnya . Ingkatkan mimpi , tetapi rupanya memang berlaku . Langkah diatur menuju ke arah katil .Hanna masih lena . Dipandang wajah Hanna yang sedikit pucat . Tangganya diletakkan pada dahi Hanna. Tak demam . Bagus . Tak payah susah-susah nak carik ubat kat farmasi . Kai terus bergerak ke arah almari . Kain tuala dikeluarkan . Lalu dia bergerak ke bilik air ,ingin membersihkan tubuh sebelum bertolak ke studio untuk mengambil beberapa gambar . Sepuluh minit kemudian Kai keluar dari bilik air . Kelihatan Hanna sudah sedar dari tidurnya . Kini wajahnya betul-betul menghadap ke arah tubuh Kai yang berkain tuala sahaja pada ketika itu . Merah padam muka Kai . "Eh , apa pandang-pandang ni . Cuba bersopan sikit . Tak malu ke tangok tengah seksi macam ni". Dengan nada menggelabah Kai menengur tindakkan Hanna itu . Terlupa terus bahawa insan yang berada di sebilik dengannya itu tidak dapat melihat . Hanna tersentak mendengar suara Kai . "Ohh lupa pulak aku , kau tukan buta mana boleh nampak aku". Dihujung bicara Kai seakan mengejek . "Kai ? Kenapa awak boleh ada kat sini ? Apa jadi sebenarnya kat saya ?" . Bertalu-talu soalan diajukan kepada Kai . "Ehh senang pula kau nak panggil aku 'Kai', dulu kalau aku paksa kau macam mana sekali pun kau masih panggil aku 'Jongin'"'. Badan Kai masih kaku di depan pintu bilik air . Kakinya seakan-akan tidak membenarkan dia melangkah rapat kearah Hanna . "Aku suruh budak-budak aku bawak kau kat sini , sebab mata aku sakit tengok kau bahagia dengan Chanyeol". "Kenapa awak nak sakit tengok saya dengan Chanyeol ?, bukan awak sepatutnya gembira sebab saya dah hampir lupakan awak". Tipu . Dia tidak pernah terdetik pun untuk melupakan Kai walaupun sudah setahun tinggal bersama Chanyeol , ya tidak pernah sekali. "Hemm , aku nak keluar . Kau duduk dengan Makcik Shin kat rumah". Segera Kai melangkah kearah almari, menggambil baju dan seluar yang sesuai .
YOU ARE READING
♡BABY DONT CRY ♡ ♢ 아기가 울지 마세요 ♢
Sonstiges~ BABY DONT CRY ~ "SEKARANG TEMPAT AWAK DI SISI SAYA" -KIM JONGIN- "SAYA BUAT SEMUANI UNTUK AWAK" -PARK CHANYEOL- "AKU MESTI KUAT UNTUK SEMUA INI" -CHOI HANNA- Bila dunia menjadi gelap , semua bertukar menjadi hitam seperti hidupnya...