"Selamat juga aku dari dia". Hanna berjalan tanpa berkasut di bahu jalan . Setiap kereta yang lalu disitu pasti akan memerhatikannya . Mungkin mereka ingat Hanna ini orang gila , ia lah dengan keadaan gadis itu yang berserabut dan tidak berkasut . Barang-barangnya seperti bag duit , kasut dan yang lain tertinggal di rumah Kai . Nak lari punya pasal .
Tiba-tiba kereta berhenti di hadapannya . Takkan lah Kai kot . Habis lah dia , penat je panjat pagar sebab nak lari tadi . Sia-sia je dia bertaruh nyawa atas pagar . Tingkap hitam kereta yang berjenama BMW itu automatik turun . Terpampang sebuah wajah yang cukup dia kenal . "Oppa ?". Sungguh tak percaya , orang yang berada di hadapannya ini cukup dia kenal , cukup rapat dengannya . Jang Geun Suk . "Annyeong Hanna". Kini Jang Geun Suk sudah berada di luar kereta . Perlahan kakinya menapak kearah Hanna . Wajah gadis itu lama ditatapnya lebih-lebih lagi di bahagian mata . "Oppa !". Tubuh Geun Suk kemas dalam pelukkan Hanna . Rindu kasih-sayang seorang 'abang' yang selalu menyokongnya , memberi kata semangat , melayannya seperti budak-budak . Walaupun Geun Suk hanya abang angkatnya sahaja tapi kasih-sayangnya melebihi abang angkat . Kali terakhir dia berjumpa dengan Geun Suk adalah sewaktu lelaki itu membelikan makanan untuknya .
"Hanna dah lain sekarang , dah makin ceria . Oppa happy sangat bila dapat tahu Hanna dah boleh melihat". Pengorbanan Chanyeol yang membolehkan dia melihat sekarang . "Kenapa Hanna jalan tak pakai kasut ni ? , rambut pun serabai". Jari-jemari Geun Suk meluruskan rambut Hanna. "Panjang ceritanya , oppa nak pergi mana ni ?". "Oppa baru balik dari photoshoot . Jom oppa hantar Hanna balik". Banyak yang Geun Suk tidak tahu pasalnya sekrang , ialah Geun Suk kan sebuk . "Oppa sebenarnya , Hanna dah tak duduk kat rumah tu lagi . Hanna duduk rumah lain sekarang". Tentang rumah yang sekarang dia duduk pun , Geun Suk tidak tahu . "Ha ? , habis tu Hanna duduk mana sekarang ?". "Hanna duduk kat taman Black Pearl . Nanti Hanna cerita segalanya kat oppa". Bahu Geun Suk ditepuk-tepuknya beberapa kali . "Okey lah . Jom".
Setibanya dirumah Black Pearl , Hanna mencerita segalanya dari awal sampai akhir . Mulanya Geun Suk seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar tapi lama-lama dia sudah dapat terima lojik akal cerita Hanna itu . "Habis sekarang Hanna nak buat apa ?". Ait tea yang dihidangkan dihirupnya Geun Suk . "Hanna nak cari kerja , hemm meybe Hanna try bidang photoshoot sebab dulu Chanyeol ada ajar Hanna pasal bidang tu". "Baguslah kalau macam tu , Hanna duduk kat sini hati-hati . Beringat sikit Hanna tu perempuan , bahaya duduk sorang-sorang". Memang perlu pun Geun Suk mengigati Hanna . Kalau jadi apa-apa kat gadis itu siapa nak tolong . Nak harapkan jiran sebelah , makcik tu bukannya selalu ada dirumah .
"Hanna , oppa gerak dulu lah ya". Dekat 30 minit dia lepak di rumah Hanna , dah sampai masa untuk dia balik . "Okey , take care oppa". Hanna menghantar Geun Suk sampai di pintu . Dia hanya melihat dari jauh lelaki itu pergi . 'Okey misi mencari kerja bermula dari sekarang !'. Dia perlu cari kerja secepat yang mungkin. Hanna mengeledah segala fail-fail Chanyeol , mencari nama syarikat yang selama ini Chanyeol bekerja untuknya . Sedang asik mencari .... tiba-tiba dia terjumpa sebuah buku yang sedikit usang , kelihatan seperi buku diari . Chanyeol punya kot . Perlahan-lahan dibukanya
~~~~~~~~
1 januarySekolah EXO ECADEMIC HIGH SCHOOL . Langsung tak pernah berubah sejak aku tinggalkan sekolah ni 3 tahun yang lalu . Still the same Queenkas and still the same kingkas . Kalau tak disebabkan omma buka cawangan restoran Vivapolo nya di sini . Pasti sekarang aku sedang belajar di London . Semuanya masih sama macam dulu , aku masih lagi dianggap Kingkas oleh pelajar kat sini . First day masuk sekolah , mereka semua pandang aku macam pandangan 'unbelievable' . Semuanya okey sehinggalah aku jumpa , Kim Jongin . Apa yang aku nampak , dia dah berubah 100% to a bad boy . Dia tak macam yang aku kenal dulu , seorang yang baik , penyayang and non-stop smiling but now dia dah jadi kaki buli and more like evil . Aku dengar dia dah putus dengan girlfriend dia sebab perempuan tu buta . Tamat je waktu belajar , seperti kebiasaan , aku akan relaxkan fikiran di belakang sekolah . Tempat yang akan selalu buat aku tertidur . 'Kring .. kring' nada dering panggilan berdering , tertera nama 0mma di screen . "Omma , wea ?". "Chanyeol-yah , datang kedai sekarang . Encik Kim dah rosakkan kedai kita". Encik Kim ialah bapa kepada Kim Jongin . 'Dia nak apa lagi dengan omma ? Bukan semua hutang dah dibayar balik ke !'. Kaki aku terus berlari menuju ke kedai kami . Sampai sahaja di kedai , luruh hati aku melihat omma dan unnie menangis menatang nasib . Dan mulai hari tu lah aku akan rampas semua kegembiraan milik Kim Jongin supaya dia rasa betapa sakitnya perasaan kami kerana perbuatan ayahnya .
~~~~~~
Buku diari Chanyeol terus ditutup . Segera Hanna mencari di lawan web tentang 'restoran Vivapolo'. Rupanya restoran yang sewaktu Tao mengajaknya makan masa tu adalah rastoran milik keluarga Chanyeol . Di laman web itu terpampang gambar keluarga Chanyeol . Tapi apa yang membuatkan dia lebih tertarik adalah gambar senyuman Chanyeol yang belum pernah dia lihat . Senyuman yang terkandung 1001 kebahagian . Mungkin dulu Chanyeol pernah senyum seperti itu dihadapannya , tapi sayang sewaktu itu dia masih buta . Buku diari dibuka kembali , muka surat seterusnya diselak ....
~~~~~~~~~
4 FebuaryDah masuk bulan 2 dan aku masih bermusuh dengan Kai . Setiap kali kami jumpa pasti akan ada pergaduhan . Sehingga pengetua memberi kami amaran terakhir , tapi kami buat endah tidak endah dengan amaran itu . 9:00 a.m , sewaktu itu aku berjalan menuju ke bilik guru untuk menghantar buku dan aku nampak Kai sedang berdiri beberapa langkah dengan seorang gadis . Sekejap , aku rasa perempaun tu lah yang aku ambil gambar dia sewaktu aku nak pergi sekolah pagi tadi . Mulanya aku hanya abaikan sahaja sehinggalah Kai terlihat seperti mahu mengusap kepala gadis itu . Tapi perbuataannya terhenti bila Miss Suzy datang bersama dua orang lagi di belakangnya . Kai segera beredar. Ohh agaknya mungkin gadis tu adalah Ex-girlfriend dia kut . Peluang yang ada aku gunakan sebaik mungkin . Sengaja aku melintas Miss Suzy , supaya dia meminta pertolongan aku . Permainan akan bermula , Kim Jongin . Seperti yang aku janji , semua kebahagian kau akan aku rampas .
~~~~~~~~~~~~~~~Rupanya Chanyeol telah rancang dari awal semua ni . Hanya untuk membalas dendam . Tapi kenapa ? Kenapa Chanyeol korbankan matanya untuk Choi Hanna kalau motif utamanya untuk membalas dendam dengan Kai . Adakah sewaktu dia bersama gadis itu dia sudah mulai jatuh cinta . Adakah dia takut kehilangan gadis itu dari hidupnya . Tapi hanya seorang yang layak di hati Choi Hanna . Dan keduanya harus bertarung demi memiliki hati gadis itu . Kai atau Chanyeol ?
YOU ARE READING
♡BABY DONT CRY ♡ ♢ 아기가 울지 마세요 ♢
De Todo~ BABY DONT CRY ~ "SEKARANG TEMPAT AWAK DI SISI SAYA" -KIM JONGIN- "SAYA BUAT SEMUANI UNTUK AWAK" -PARK CHANYEOL- "AKU MESTI KUAT UNTUK SEMUA INI" -CHOI HANNA- Bila dunia menjadi gelap , semua bertukar menjadi hitam seperti hidupnya...