BAB 20

3.1K 216 11
                                    

"SEDAR LAH DIRI KAU TU ISTERI AKU! AKU TAK SUKA KAU KELUAR DENGAN JANTAN TU!"Dzakiyya mengukir senyuman nipis.

"Lepastu apa beza kau yang keluar dengan Herika? Sedar lah diri kau tu suami aku."Balas Dzakiyya semula. Dikawal suaranya agar tidak meninggi.

"AKU BUAT ADA SEBAB! AKU TAKNAK APA APA JADI DEKAT KAU TAHU TAK!"tengking Reiz. Dikepal erat penumbuknya.

"SEBAB APA?! KAU KHAWIN DENGAN AKU ATAS SEBAB APA HAH REIZ? NAK PERMAIN KAN HATI AKU JE KAN?! DASAR LELAKI TAK GUNA!"

PANG!.

Tamparan hebat dari suaminya membuatkan bibirnya pecah. Tidak dia sangka Reiz berani naik tangan dengannya. Dipandang wajah Riez dengan air mata mula bertakung.

"JANGAN BERANI TINGGI SUARA DENGAN AKU LAH PEREMPUAN! AKU BUAT SEMUA NI SEBAB NAK KAU SELAMAT!"Dzakiyya tergelak kecil.

"selamat? Dengan cara curang dengan isteri sendiri? itu ke cara untuk selamatkan aku?"dipandang wajah suaminya dengan air mata mengalir ke pipi nya.

"Ni ke selamat?"Ditunjuk telefonnya dimana Reiz berdua duaan dengan Herika mahupun di sekolah atau kelab.

Terkedu Reiz apabila isterinya tahu apa yang dia lakukan. Dzakiyya memegang bibirnya yang pecah.

"JAWAB LAH! NI KE CARA KAU UNTUK SELAMATKAN AKU? aku pelik juga lah kau tu islam tapi masuk kelab. Patutlah islam ni dah nampak macam hina disebabkan perbuatan umat dia. Tambah lagi kau tu dah ada isteri. TANGGUNGJAWAB KAU SEBAGAI SUAMI PERGI MANA??!"suara gadis tu sudah naik seoktaf.

Yang lain hanya diam melihat suami isteri tu bergaduh tanpa ada niat untuk mencelah.

"Maafkan abang sayang. Abang terpaksa buat benda ni."mohon Reiz dia melutut depan isterinya.

Zack mengundur ke belakang. Kepalanya tergeleng kecil.

"Mungkin aku yang salah sebab pilih kau jadi suami aku. Baru aku tahu perangai kau yang sebenar. Jangan risau surat penceraian akan aku uruskan."Diatur langkah keluar dari rumah tersebut.

Reiz terkaku.

"Sayanggg abang taknak cerai sayangg"Reiz keluar dari rumah tersebut. namun kereta Isterinya sudah tidak ada.

Dia jatuh terduduk. Endra dan ivan segera mendekati sahabat mereka dan bantu untuk bangun.

Penglihatan Reiz mula kabur dan dia rebah nasib sempat Endra dan ivan menyambut. Kedua jejaka tu membawa Reiz ke sofa.

"Sayang ambil kain basah"Arah Ivan. Alfa segera bangun mengambil kain dan dibasahkan sebelum diserahkan kepada suaminya.

Setitik air mata Zack mengalir ke pipi nya. Sakit di hatinya sangat perit. Sepatutnya Reiz perlu memberitahu nya kenapa dia sanggup buatnya seperti ni namun jejaka tu langsung tidak menceritakan sesuatu yang sebenar.

"Zack? Kenapa nangis ni?"Luth menyerah kan tuala kecil ke arah gadis tu. Zack menyambut huluran tersebut.

Luth sudah tahu yang Zack bernikah dengan Reiz. Sakit lah juga hatinya tapi dia harus sedar yang gadis tu sudah bernikah.

"R.. Reiz"Diketap bibirnya kuat. Luth menarik bahu gadis tu perlahan dekatnya dan diusap perlahan.

"Nangis lah sepuas puasnya."zack menghamburkan tangisannya. Luth hanya mengusap bahu gadis tu perlahan.

Hatinya sakit melihat gadis ni menangis tambahan lagi rasa cinta terhadap gadis tu masih ada di hatinya.

Diusap perlahan kepala Dzakiyya. Diseka lembur air matanya. Diukir senyuman manis buat si gadis ni.

"Dah?"Zack menganguk sahaja. Luth menyeka air mata Zack. Tidak tega dia melihat si cantik ni nangis di depannya.

Sejahat jahat dia. Dia tidak sanggup buat seorang gadis menangis kerana dirinya. arwah ibu dan ayahnya telah mendidik dia untuk tidak menyakiti perempuan.

"Shh jangan nangis. Dah merah dah mata tu. Jom aku belanja makan aiskrim"Ditarik tangan gadis tu untuk bangun.

"Sabar lah"Gadis tu tergelak kecil dan bangun dari duduknya.

11. MR. HEADPREFECT : PUJAAN HATI✓Where stories live. Discover now