"Reizal. Kita pergi pantai nak?"soal Dzakiyya. Jejaka tu melihatnya kosong.
"Malas"katanya dan melangkah meninggalkan Dzakiyya. Gadis tu melihat Reizal yang mendekati seorang gadis seperti perempuan semalam.
Setitik air mata nya mengalir apabila gadis tu merangkul leher Reizal dan jejaka tu hanya membiarkan saja.
Diatur langkah pergi dari situ dengan air mata tidak henti henti mengalir. Kau jahat Reizal. Aku tak sangka kau macam ni.
Kenapa waktu aku dah mula sayang kau ini yang kau balas?. Memang aku ditakdirkan untuk tak boleh bahagia ke?.
Dihamburkan tangisannya di dalam kereta dengan semahunya. Majlis mereka tidak lama lagi tapi kenapa ini yang terjadi.
Hanifa berlari membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat mata Dzakiyya merah saja.
"Zack kau kenapa ni? Sini masuk"dipegang tangan gadis tu dan dibawa masuk ke dalam rumah.
"Aku tak kuat Hani. Reizal curang."tangisan pecah lagi. Hanifa memeluk tubuh sepupunya erat.
"Sabar ya Zack. Kalau kau nak nangis, nangis lah sepuas hati kau."Zack membalas pelukan hani dan dilepaskan tangisan nya.
Hani membuat isyarat diam ke arah suaminya apabila jejaka tu mahu membuka mulut bertanya.
"dah? Feel better?"Zack mengangguk dan disambut huluran tisu dari Hani. Dilap air mata nya.
"Siapa buat kau menangis ni Zack? Tak pernah aku tengok kau nangis seteruk ni. Last pun masa pengebumian Reizo."tutur Endra.
"Reizal. Dia curang dengan aku"Hani dan Endra berpandangan.
"Sejak bila?"Soal Hani.
"Semalam. Aku nampak diorang mesra sangat. Aku memang tak layak bahagia ke Hani? Endra? Kebahagiaan tak pernah berpihak belah aku kan?"Hani mengusap bahu sepupunya agar bersabar.
"Sabar zack. Apa yang jadi pasti ada hikmahnya. Kau tak boleh down macam ni. Yer boleh sedih tapi jangan terlalu lama. Tak baik untuk kesihatan kau."Diusap rambut Zack.
Endra hanya melihat saja isteri nya dengan Zack. Terbit rasa kasihan terhadap gadis tu. Apa yang dia lalui sangat lah perit.
"Kau stay sini jelah Zack. Bahaya kau balik dalam keadaan macam ni..nanti aku bagitahu abang kau."Zack memandang ke arah sepupunya.
"Tak menyusahkan ke?"soalnya.
"Tak ada lah tapi kau jangan kacau aku nak sweet sweet dengan isteri aku pula."Zack tergelak kecil mendengar balasan Endra.
"Aku buat buat tak nampak ja lah eh"hani dan Endra tersenyum apabila Zack senyum. Sungguh kuat gadis ni menghadapi apa yang belaku.
YOU ARE READING
11. MR. HEADPREFECT : PUJAAN HATI✓
RomanceDiomand Highschool dikawal oleh The Headprefect yang mempunyai rupa paras yang tampan serta tinggi lampai. Kedatangan tiga gadis yang nerd serta miskin tu membuatkan ketiga jejaka tu sudah merancang sesuatu. "Dah tau miskin takkan lah adab pun nak m...