Bahagian 1: We Care Gym

5 0 0
                                    

Kakinya melangkah perlahan. Ini merupakan minggu kedua Farhan mula bekerja di 'We Care Gym'. Tetapi walau sudah dua minggu bekerja, dia masih belum sepenuhnya faham kerja yang harus dilakukan. Bosnya, ShahrulNizam aka Sam Lacoste cakap "belum tiba masanya lagi." Farhan sendiri tak faham apa yang akan tiba. Ingatkan dapat la jugak jadi health trainer dekat gym tu tapi nampaknya itu bukan kerja yang dia akan lakukan kerana Bang Sam tak bagi dia jejak gym pun. Hanya pejabat.

"Awal sampai harini?" Perli Fiza, rakan sekerjanya. Juga sama nasib, tidak tahu perlu lakukan apa. Well, at least Fiza tahu apa yang diorang patut lakukan sebab Fiza sudah bekerja di situ hampir setahun. Katanya seronok buat kerja ni, dia tak faham kenapa tak ramai yang boleh tahan kerja kat situ. Tapi sampai sudah Fiza taknak beritahu Farhan apa tugasannya.

"Biasa lah.  Aku kan pekerja terbaik bulan ni." balas Farhan.

"Eleh, ye la tu. Start kerja pon idok. Tak berkat gaji tahu!" Fiza membidas balik.

"Lawan cakap bos pun boleh buat gaji tak berkat. Aku nak buat macam mana, bos taknak bagi aku kerja dekat gym jadi health trainer, duduk dalam ofis ni taktau nak buat apa jugak.Kadang-kadang aku jealous dengan Harry tu." Farhan mengeluh. Memang gaji dapat full tapi dia sendiri yang rasa tak selesa bila buat macam tu.

"Sabar la, esok atau lusa mungkin ada la tu tugas untuk kau." Si Harry menyampuk dari pantry. Aik? Awal betul masuk pantry, bisik Farhan dalam hati.

"Aku tak sempat breakfast tadi, lepasni nak train orang pulak. Tak makan nanti semput wei." Harry seperti biasa dapat mengagak apa yang ada dalam fikiran Farhan. 

"Sejak bila kau ada kat dalam pantry tu?" Farhan tanya, mengalih topik.

"Sepuluh minit sebelum kau sampai." Katanya selamba sebelum dia keluar dari ofis Farhan dan Fiza.

Beberapa minit selepas itu, Sam Lacoste pula yang masuk ke dalam pejabatnya, bersama seorang wanita. Farhan dan Fiza hanya melihat dari dalam ofis mereka, yang menggunakan cermin 1 arah dimana mereka boleh melihat ke luar tetapi orang luar tak dapat tengok mereka.

Fiza mengeluh.

"Kau asal tiba tiba mengeluh?" tanya Farhan.

"Nampaknya semua persoalan kau akan terjawab tak lama lagi." Fiza menjawab. Farhan masih confuse dengan apa yang dikatakan tapi dia buat tak kisah,dia nampaknya lebih tertarik dengan view didepan mata sekarang ni. Lagipun ofis Bang Sam bukanlah cermin satu arah seperti bilik Farhan dan Fiza, jadi dia dapat lihat apa yang terjadi dalam bilik tersebut.

Ini baru pertama kali Bang Sam membawa seseorang masuk kedalam ofisnya. Seorang gadis pula tu. Comel, gebu gebu. Manis orangnya. Cantik. Tapi, agak berisi sedikit. Farhan hanya memerhati dari jauh. Sekejap dia nampak gadis tu bercakap dengan Bang Sam, kejap dia nampak gadis tu menulis sesuatu, kemudian mereka berbincang lagi. Setelah beberapa ketika, gadis itu keluar dari bilik Bang Sam, dan dalam lima minit selepas itu kelihatan Bang Sam pula yang keluar dari biliknya, dan masuk ke dalam bilik Farhan dan Fiza.

Dengan penuh excited(yang membuatkan Farhan rasa tak sedap hati), Bang Sam bertanya,"So Farhan, are you ready for your very first task?" 

Farhan bingung. Task apa?

"Task apa Bang Sam?" Farhan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sesungguhnya dia betul betul buntu. Fiza pula hanya gelak di tepi. 

"Okay, let me explain." Kata Bang Sam. 

"Tugas kamu ialah, untuk membuat klien kita jatuh cinta kepada kamu." Bang Sam tersenyum lebar. Farhan menelan liur yang dirasakan lebih pekat daripada biasa mendengarkan tugas dari Bang Sam.

MISI TURUNKAN BERAT BADAN: CINTAWhere stories live. Discover now