"Maksud Bang Sam?" Tanya Farhan. Dia masih keliru.
"Kamu nampak perempuan tadi kan?" Farhan mengangguk. "Dia ialah klien kursus special kita. Dan yang akan menguruskan klien itu ialah kamu." Muka Farhan jelas menunjukkan yang dia masih bingung dengan tugasan yang sangat tiba-tiba ini.
"Kursus special? Kursus macam mana tu? Rasanya haritu takde dalam briefing pun?" Farhan bertanya balik.
"Sebab kursus ini adalah kursus lain dari yang lain, tak semua orang tahu pasal kursus ini." Bang Sam menjelaskan.
"Ini dah melanggar etika Bang Sam. Takde dalam perjanjian ni." Farhan sedikit memberontak.
"Sabar,sabar. Bang Sam faham kalau kamu marah. Tapi kamu diambil bekerja sebagai health trainer kan? Kerja ni juga health trainer sebab kamu akan pantau sedikit sebanyak perubahan berat badan klien kamu. Cuma... Caranya agak lain sikit. Bukan di gym tapi di luar gym." Panjang lebar Bang Sam terangkan.
"Saya masih tak faham la Bang Sam. Cara lain yang macam mana? Kenapa dia tak ikut health training macam biasa je?"
"Sebab dia cakap dia tak suka exercise. Diet pun dia tak suka. Dia tanya Bang Sam ada cara lain ke untuk bagi dia kurus dengan cepat tanpa exercise dan diet, Bang Sam jawablah ada. Itulah kursus special kami." Fiza hanya mengangguk tanpa berbunyi.
"So, apa kursusnya? Apa yang saya kena buat?" Tanya Farhan balik.
"Okay, dia ambil kursus A which is 'CINTA'. You know love overpowers everything, right?" Farhan mengangguk pada soalan Bang Sam. Walaupun dia sendiri tak pernah bercinta, dia tahu betapa rumitnya sesuatu yang dinamakan cinta itu.
"So, for this course, you have to make our client to fall in love with you. And bila kamu nampak dia macam dah gila bayang, leave her."
"Apa?! Tinggalkan dia? For what?!" Farhan hampir menjerit. Sudahlah tak pernah bercinta, kena buat orang jatuh cinta pulak? Lepastu tinggalkan dia?!
"Kajian menunjukkan bahawa 46% manusia di dunia dapat menurunkan berat badan setelah mengalami heartbreak. Some of them even lose almost 30KG! That's just how powerful love is." Bang Sam memejamkan mata sambil lagakan jari jemarinya, seperti membayangkan sesuatu yang indah. "Well, it's a bit unhealthy but kursus ini sesuai la kepada yang tak suka exercise dan diet tu. Sebab bila patah hati, diorang sendiri yang akan automatically diet. Well, of course tak semua macam tu tapi lebih dalam agony dia, lebih kuat untuk dia cenderung kepada tak makan. Lagipun kami ada cara bagaimana untuk buatkan dia rasa dia kena lose weight." Bang Sam kembali membuka mata.
Dan seperti dijangka, Farhan menatap Bang Sam dengan mata yang penuh kebencian dan jijik.
"Bang Sam tahu kan, perbuatan macamni jijik. Walaupun saya sendiri tak pernah bercinta, saya at least tahu yang mainkan hati seseorang itu sangat jahat dan kejam." Mata hazel Farhan ditatap balik oleh Bang Sam.
"Bawak bertenang dulu Farhan. Kami dah lama buat benda ni, dan boleh dikatakan 95% daripada yang ikut kursus ni berjaya kurangkan berat badan mereka. And at the end of the day, mereka berterima kasih dekat kami. Some of them even berbaik semula dengan staf kami yang handle diorang dulu, and ada yang sampai dah kahwin pun. Kau ni Farhan, cepat sangat gelabahnya. " Fiza menyampuk. "And yes semua data ni ada pada kami, nak tengok?"
Fiza bangun dari tempat duduknya lalu mengambil satu file tebal dari rak dalam ofis tersebut. Pada mulanya Farhan teragak agak untuk mengambil file tersebut dari tangan Fiza tapi kerana Fiza asyik menolak file itu kepada Farhan, nak taknak dia terpaksa ambil dan membelek file tersebut.
Dalam file tersebut ada beberapa keping gambar comparison antara yang sebelum dan yang selepas, dan boleh lihat betapa berbezanya mereka. Ada juga yang dia nampak muka yang selalu dia nampak bersama klien dalam file itu; muka di dinding ofis di bahagian 'our dearly Ex-Staff'.
"Aku tak tipu kan? Oh and plus, yang guna kursus ni berterima kasih banyak banyak kat kitorang sebab berjaya buat mereka lose weight,with little to no effort" Fiza menerangkan.
"So, Farhan Fuad. Get ready for your first task. You have so much to prepare." Bang Sam bersuara.
"Kalau saya taknak buat?"
"Kamu dikira melanggar etika bekerja, tidak mengikut arahan yang diberikan walaupun telah diberi gaji. Kamu juga akan single sepanjang hidup sebab Bang Sam ada ramai spy and staff yang boleh buat setiap girlfriend kamu lari. So, berani ke?" Bang Sam tersenyum sinis. Farhan hanya mampu mengeluh.
"Ye, saya ready."
YOU ARE READING
MISI TURUNKAN BERAT BADAN: CINTA
RomanceDari luar, ianya nampak seperti gym biasa. Di dalam pun sama. Tapi, apa yang membezakan gym ini dengan gym lain? Kursus yang ditawarkan. Sudah semestinya gym ini ada kursus lose weight seperti biasa, tetapi gym ini juga ada kursus lose weight yang...