BAB 7

4K 227 10
                                    

"apa kita dah buat ni Axel? Aku tak dapat kawal diri aku"Dareen melihat tapak tangannya.

"Kita split"Axel menghela nafas berat. Kepala  Ad yang beralaskan pehanya dilihat. Diusap rambut tu perlahan.

DB hanya membiarkan sahaja DG berada di atas peha mereka bertiga. Axel menyentuh perlahan tepi dahi Ad yang ditampal dengan kapas putih.

Tidak dia sangka dia akan memukul Ad sehingga mengunakan kayu. Lain yang dirancang lain yang terjadi.

Perlahan lahan mata dicelikkan dan terkejut apabila dia berada di atas peha Axel. Dia bangun mengejut. Mereka yang terpandang mata biru gadis tu agak terkaku.

"Sya? Iraa"Perlahan lahan mata dua gadis tu terbuka dan turut seperti Ad. Mereka bingkas bangun.

"Kitora-"

"Apa korang dah buat dengan kami hah?!"Meninggi suara Raisya dengan nafas turun naik kerana amarah.

"Sabar dulu. Kitorang tahu salah kami tapi kami minta maaf"Dipegang tangan Raisya namun gadis tu menepis kasar.

"Maaf? Jangan harap! Dasar lelaki dayus dari dulu sampai sekarang sama ja perangai!"Terdiam Edwin.

"Eh aku tak paham gila dengan perangai korang bertiga. Dah puassss buli kami sebab kami dua ni nerd dan sekarang korang pukul kami pula? Tambahan lagi kau Axel kau pukul Ad sampai berdarah dahi dia?"Shahira mengetap bibirnya.

"Nak main senjata sangat kan? Okeyy boleh besok kita lawan main senjata kat dewan. Siapa mati salam takziah"Shahira menarik lengan Raisya. Ad menghela nafas nya dan diatur langkah pergi namun namanya di panggil.

"Ad. Ni"Ditoleh ke arah Axel yang memegang kaca mata hitam nya. Digeleng kepalanya tanda tidak mahu.

Disambung langkah ke kelas untuk mengambil bag sebelum ke parking kereta.

Axel melihat kaca mata gadis tu. Di ambil keputusan untuk simpan.

"Ad. Dahi kau masih sakit?"Gadis tu mengeleng. Dia sudah membeli cermin mata hitam yang baru.

"Diorang dah melampau tau tak sekarang jom kita pergi ajak diorang lawan kat dewan aku masih tak puas hati ni"Raisya menarik dua sepupunya.

Diketuk pintu kelas lima silver. DG melangkah masuk ke dalam kelas tersebut.

"DB masih ingat apa kitorang cakap semalam? Kalau berani marilah kita ke dewan."Raisya smirk ke arah DB dan diatur langkah pergi. Ketiga jejaka tu berpandangan.

"Takkan lah kita nak belasah diorang lagi? Makin dayus lah kita"tutur Edwin.

Mereka berenam berpandangan antara satu sama lain. Pelajar dan guru guru turut ada. DG menunjuk ke arah meja dimana ada tiga pedang disitu. DB seakan tidak percaya yang mereka akan berlawan guna pedang.

DG mengeluarkan pedang mereka serentak. DB menelan air liur yang terasa kesat.

Mereka mula berlawan. Perlawanan agak sengit kerna Mereka berenam sangat handal dalam main padang.

Ad menyelit kaki Axel. Jejaka tu yang tak sangka Ad akan menyelitkan hampir terbaring di lantai namun belakang kepalanya ditahan oleh gadis tu.

Pedang milik Ad terletak cantik di bawah leher Axel. Nafas masing masing dapat dirasai.

Wuuuuu!!!

Ad menghulur kan tangannya dan disambut oleh Axel. Ditarik tangan jejaka tu untuk bangun.

"Maaf sebab kelmarin"Ad mengangguk saja dan melangkah keluar dari dewan diikuti sepupunya.

Ketiga jejaka tu akui yang tiga gadis tu handal dalam bermain pedang sehingga kan hampir mahu meragut nyawa mereka bertiga.

"Eh kau perempuan tak payah tunjuk hebat sangat boleh tak. Kalau boyfie kitorang luka disebabkan korang memang siaplah kitorang kerjakan."DG hanya mengendahkan saja ketiga ulat bulu tu.

"Nak siapkan apa? Kerja sekolah kitorang?"Queenka mengepal penumbuk masing masing dengan erat.

"Kerja sekolah sepatutnya korang bertiga yang miskin ni perlu buat!"ditunjal tunjal kepada Shahira. Ad menangkap jari Balqis dan dikepak sehingga bunyi tulang.

"Arghhhh sakittt"air mata gadis tu mengalir ke pipi nya. Ad hanya tenang seperti tidak buat salah.

"Padan muka kauu tunjal lagi kepala orang asal tak ada kepala?"Bengan Raisya. Queenka berlari pergi apabila Balqis keluar dari cafe.

12. THE IMPOSSIBLE REVENGE✓Where stories live. Discover now