"aa aduh"Dipegang belakang kepalanya. Axel mendekati gadis tu. Mereka bertiga masih di rumah DG.
"Kau okeyh? Mana sakitnya sini aku tengok"Edwin dan Dareen berpandangan.
tidak pernah Axel nak caring macam ni kepada perempuan. Mungkin dulu gadis tu pernah menolong Axel dari lemas dalam laut dan disebabkan tu Axel pedulikan Ad.
Axel meniup lembut tempat luka di belakang kepala Ad. Shahira datang menbawa tuala basah. Diserahkan kepada Axel.
Jejaka tu mengambil dan dilipat agar kecil sedikit. Diletakkan di tempat luka tersebut. Tangan kiri Ad naik memegang tangan Axel. Berkerut dahinya menahan sakit.
"Baring."Ditolak perlahan bahu Ad dengan tangan kanan tidak lepas dari menekup tuala tu di belakang kepala gadis tu.
"Kitorang nak kena balik dah ni. Badan pun dah melekit. Jaga diri baik baik."DB bingkas bangun dari duduk mereka.
"Terima kasih sebab tolong"DB menganguk dengan senyuman nipis di bibir. Axel menunduk sedikit mencium dahi Ad dan diatur langkah keluar dari rumah mereka.
Perlahan lahan mata dipejamkan untuk tidur. Raisya dan ira melangkah masuk ke dapur untuk memasak.
"BAHH!"sergah DB ke arah DG yang santai duduk di pondok. Raisya terhinjut bahu akibat terkejut. Diusap dadanya perlahan.
"Pontenggggg"meleret Edwin berkata. DG menjeling tajam ke arah mereka. Axel mendekati gadis tu dan diselak rambut dimana tempat luka tu.
"Dah letak ubat?"Ad mengangguk sahaja. Axel menunduk sedikit menyelaraskan kepala Ad.
"Badmood?"Digeleng kepalanya lagi. Axel mengukir senyuman manisnya buat kali pertama untuk seorang gadis.
"Kenapa caring tetiba?"Axel menjongket keningnya. Salah ke kalau dia caring? Takkan nak serius memanjang.
"Salah ke kalau aku caring hm?"Ad mengangkat bahu nya tanda tidak tahu. Dareen mencuit dagu Shahira namun gadis tu menepis kasar.
"Elele marah eh?"Dijeling tajam ke arah Dareen yang suka menganggu nya. Edwin mengambil pen di tangan Raisya. Diketap bibirnya menahan sabar.
"Apa masalah kau sebenarnya?"Geram dia dengan mamat ni. Tak ada life ka yang kacau life orang.
"Tak ada masalah. Saja cari masalah."jawab Edwin selamba. Axel mencucuk pipi gebu Ad. Gadis tu menjongket keningnya.
"Terima kasih sebab selamatkan aku dulu walaupun nyawa kau hujung tanduk."Ad mengukir senyuman nipis dan mengangguk.
"tak jadi masalah"jawabnya dan ditoleh ke arah pokok besar tu semula. Wajah DB kembali ketat apabila mendengar suara yang tidak disukai oleh mereka.
"Sampai hati korang bertiga curang belakang kami. Curang pulak dengan tiga minah miskin ni euuu tak ada taste langsung"Sinis kata kata dari Balqis.
"Jadian engga dibilang selingkuh. Bodoh"Balas Dareen kasar. Queenka menghentak kaki mereka.
"Apa korang bertiga dah hasut DB hah?! Apa yang istimewa sangat dengan anak miskin macam korang bertiga ni?! Dasar tak sedar diri!"Ad menoleh ke arah Queenka. Kaca mata hitamnya dibuka. Mata biru laut tu kosong memandang mereka.
"Korang pun tak sedar diri. Dah tahu orang tak suka masih terhegeh hegeh."Diukir senyuman mengejek ke arah Queenka.
Mysha mahu memeluk lengan Axel tetapi ditepis oleh jejaka tu. Dibuka jaket sekolahnya dan dilipat.
"Jijik"Mysha tergamam apabila Axel sanggup berkata bergitu kepadanya.
"Sampai hati you cakap macam tu dekat i!"Axel melihatnya tajam. Mysha menunduk takut dengan panahan mata jejaka tu.
"Kau ingat aku kesah ke kalau kau sakit hati ke tak? Kau nak terjun bangunan pun aku takkan jadi hero nak sambut kau."datar suara Axel. Dia bangun dari duduknya.
"Apa yang perempuan ni ada sampaikan you pilih dia! Kitorang ni dah lama kejar korang tahu tak!"DB smirk ke arah mereka bertiga.
"Tak ada siapa suruh kejar macam anjing yang mahukan tulang"sakit sekali kata kata dari Dareen yang menusuk ke hati. Queenka segera mengangkat kaki pergi dari situ.
YOU ARE READING
12. THE IMPOSSIBLE REVENGE✓
AçãoDevil boy? siapa tidak kenal dengan nama kumpulan tu. mereka terdiri daripada tiga jejaka yang mempunyai rupa paras yang tampan tapi wajah ketiga jejaka tu langsung tiada senyuman yang menghiasi di bibir. Panas baran? semestinya. Pembuli? Memang set...