Pagi tu mereka datang ke sekolah dengan menaiki kereta sport sehingga menarik pandangan pelajar disitu.
Serentak mereka bertiga keluar dari kereta dengan pandangan kosong. Ternganga pelajar Velvet highschool apabila melihat tiga gadis cantik.
"Pergi cafe dulu jom. Nak beli air"ajak Raisya dan dibalas anggukan dari kedua sepupunya.
Ditolak pintu cafe tu dan terhinjut bahu apabila mendengar tengkingan dari pelajar lelaki.
"MANA BUDAK NERD TU HAH!"lantang suara Dareen. Dia memang bersikap panas baran yang boleh dikatakan susah untuk ditenangkan.
"Ki..kitorang tak tahu"jawab pelajar dalam cafe dengan takut. Dareen menyerabaikan rambutnya.
"Apehal kecoh kecoh ni?"Mereka menoleh ke arah Demon Girl a.k.a DG.
"A..akak ada jumpa dua orang budak nerd tu tak?.Abang dareen dah mengamuk"ditoleh ke arah budak junior yang berada di sebelah mereka.
"Adik jangan takut ya. Biar kami selesaikan"Diusap rambut pelajar perempuan tu terlebih dahulu sebelum melangkah setapak.
"Asal kau cari aku?"datar suara Shahira. Renungan tajam dari Dareen langsung tidak mengetarkan nya.
"Aku cari budak nerd bukan kau bodoh!"Serentak Raisya dan Shahira memakai spek mata semasa mereka menjadi nerd.
DB terkaku.
"Kitorang dua budak nerd tu. Sekarang bagitahu aku apa korang nak?"Dibuka kaca mata tu semula dengan pandangan kosong ke arah DB.
"Asal latihan kitorang kau tak buat hah?! Dah berani nak larikan diri. Mesti betina ni dah hasut korang berdua kan?"Dareen menunjuk ke arah Ad.
"dasar jantan."DB mengepal penumbuk masing masing bila mendengar balasan Ad.
"Eh bodoh. Kalau malas sangat nak buat kerja sekolah baik berhenti lah shial. Jangan ingat kitorang dua takut dengan korang bertiga. Pelajar lain mungkin akan tunduk but never for us."tutur Raisya dengan tenang.
"Berani kau kata kitorang bodoh! Dasar betina miskin! Hodoh tak ada mak bapak mesti kerja kau jadi pelacur kan!"
Zapp.
Terkejut Dareen apabila pisau melintasi sebelah kepalanya sahaja dan tertacak di dinding belakang jejaka tu.
"mak bapak jangan pernah bawa main dalam mana mana hal"Datar suara Ad berkata. Dia paling tidak suka jika orang tua mereka dikaitkan.
"Macam mana kau boleh bawa pisau hah?! Mesti kau jual badan dekat pengetua kan sebab tu pengetua pun tunduk dengan kau."tuduh Edwin pula.
Kaca mata hitam yang hampir melorot jatuh ditolak ke atas semula.
"Aku tak semurah tu."ringkas dia membalas kerna dia malas mahu melayan yang orang tidak faham bahasa.
"Mesti kereta yang diorang datang pagi tadi tu kereta sugar daddy diorang jaa yelah kan miskin mana nak dapat duit banyak banyak."Mysha tergelak sinis diikuti pelajar yang lain.
"Kalau kitorang ada sugar daddy pun kenapa cemburu eh sebab tak dapat?"Raisya mengukir senyuman mengejek.
"Oh jadi betul lah korang ada sugar daddy patutlah murah."Axel yang sedari diam kini membuka suara.
Ad yang malas mahu bercakap tu mengeluarkan dompet duitnya dan ditunjukkan 4 black kad.
Ternganga pelajar dalam cafe tu melihat black kad tersebut.
"Kau ada?"soal Ad pada Axel yang terdiam mengetap bibir. Ditoleh ke arah Mysha pula yang seperti mahukan kad nya.
"Nak ke? Pergilah cari sugar daddy"Disimpan semula empat kad nya. Ini tak campur lagi dengan 6 kad bank nya lagi.
"BAGI KAD KAU BETINA!"Mysha bangun dari duduknya. Ad smirk ke arah gadis tu.
"Dekat sini aku faham. Ada duit ada lah orang dekat. Macam kau. Pantang nampak duit sikit laju ja."Terdiam Mysha. Dia mengepal penumbuknya erat kerana malu.
"Tu BF korang kan. Pergilah minta duit dekat diorang. Lagipun korang berenam kan official couple tak gitu DB?"Terkedu enam manusia tu apabila terdengar kata kata Raisya.
"Tak elok couple. lebih baik khawin tu pun kalau Queenka kita ni nak lah. Takut bila dah mengandung body tak jadi cantik dah"Shahira mengukir senyuman nya dan dikenyitkan mata kirinya ke arah Dareen.
Berdegup kencang jantung jejaka tu. Diketap gigi nya kuat.
YOU ARE READING
12. THE IMPOSSIBLE REVENGE✓
AcciónDevil boy? siapa tidak kenal dengan nama kumpulan tu. mereka terdiri daripada tiga jejaka yang mempunyai rupa paras yang tampan tapi wajah ketiga jejaka tu langsung tiada senyuman yang menghiasi di bibir. Panas baran? semestinya. Pembuli? Memang set...