CHAPTER 21

212 193 87
                                    

Matahari sudah tegak di dada langit.Dia masih lena di atas katil empuknya.Hanya selimut yang menutup badan dek kerana dia tidak memakai baju ketika tidur dan hanya mengenakan seluar pendek.Bunyi deringan telefon membuatkan dia terjaga.Perlahan-lahan selimut diletak ke tepi dan tangan mencapai telefon di atas meja.Penggera jam ditutup.Rambut Ash diserabutkan sedikit.Katil dikemas sebelum mencapai tuala dan kaki melangkah ke arah bilik mandi.

Beberapa minit kemudian,dia keluar dari bilik mandi.Hanya tuala membaluti diri dari pusat hingga ke lutut.Tubuh sasanya sedikit terdedah.Sehelai lagi kain yang khas untuk mengesat rambutnya diambil.Percikan air terpercik disegenap ruang bilik ketika mengelap rambutnya.Sehelai baju t-shirt bewarna putih dan seluar trek dipakai.Putra Ash Mikyle menilik dirinya dihadapan cermin sebelum kaki melangkah keluar dari bilik tersebut.Rambut dibiarkan berserabai ditambah dengan sedikit basah.

Kereta dipandu menuju ke hospital setelah usai makan pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta dipandu menuju ke hospital setelah usai makan pagi.Hari ini dia ingin melihat keadaan terkini Tengku Afiq Huzairi.15 minit berada di atas jalan raya,akhirnya dia sampai ke destinasinya.Pintu kereta dikunci dan derapan kaki laju menuju masuk kedalam hospital.Putra Ash Mikyle hanya memerhati adegan diantara Tengku Afiq Huzairi dan juga Tengku Nuraisya Syaqeela dari luar wad.Mereka tampak seperti pasangan yang bahagia.Hatinya sedikit terguris melihat mereka berdua begitu rapat sekali.

Aisya menyuapkan beberapa sudu bubur kepada Afiq.Si gadis bernasib baik pada hari ini kerana dia tiba di hospital ketika Datin Ilya Sofea sudahpun pulang.

“Awak memang tak ada tangan ke asyik nak minta tolong orang suapkan aje? ” sambil menyua bubur pada si jejaka dia menyoal.

“Ada.Tapi,saya nak bakal isteri saya tolong suapkan.Salah ke hm? ” Afiq menjawab dengan nada yang menggoda.

Aisya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.Lagi disoal,lagi menjadi-jadi perangai ulat bulu Tengku Afiq Huzairi.

“Cuba bagi bubur sekali dengan bekas dia pada saya.Saya suapkan sendiri. ” pinta Afiq.

Aisya terus menghulurkan sebuah bekas berisi bubur ayam pada Afiq.Dia tersenyum.Akhirnya,pandai juga si jejaka menggunakan tangan sendiri untuk makan.Afiq mengambil sesudu bubur dan disua kearah bibir milik Aisya.Si gadis terpaku.

“Apa awak buat ni? ” Aisya menyoal hairan.

“Tadi,saya cakap nak suapkan sendiri.Ini saya nak suapkan dengan usaha sendiri lah pada awak.Makan ya sayang?Tak baik menolak rezeki yang ada dihadapan mata.Jarang-jarang orang lain dapat disuap oleh bakal suami sendiri. ” si gadis mencari sesuatu alasan untuk menyakat si jejaka.

“Elok-elok perut aje yang berbalut,kepala pun ada yang akan berbalut jugak nanti,kena tibai dengan pasu bunga. ” berdekah Afiq menghamburkan tawanya ketika mendengar sakatan yang keluar dari mulut Aisya.

Sudu yang tadinya disua ke bibir si gadis sudah kembali ke tempat asal.

So,saya rasa Tengku Afiq Huzairi ni dah cukup sweet untuk pergi membuka pintu hati Cik Tengku Nuraisya Syaqeela.Sekarang,cik dah terima saya ke?Kesian saya cik,dah lama sangat saya tunggu diluar pintu hati cik.Terimalah saya sekarang ya? ” permintaan itu dipinta tanpa Aisya memberi jawapan kepadanya.

MISSING PIECEWhere stories live. Discover now