CHAPTER 22

223 179 31
                                    

Syakir kembali ke markasnya dengan hati yang girang dek kerana tidak sabar untuk berhenti menjadi orang bawahan Ilya.Dia juga teruja untuk memaklumkan perkara tersebut pada rakan-rakannya yang lain.Baru sahaja mahu melangkah masuk,bau busuk yang sangat kuat menerpa rongga hidungnya.Dia merengus buat seketika.

“Bau apa ni?Busuk gila! ” hampir termuntah Syakir dibuatnya.

Hidung ditutup dengan tangan dan menyambung semula langkahnya yang terhenti sebentar tadi.Lututnya bergetar dengan hebat.Bila-bila masa sahaja dia boleh rebah jatuh ke tanah.Syakir hampir pengsan melihat semua mayat yang telah dihurung oleh beberapa ekor tikus dan lalat.Darah yang asalnya cair menghiasi tanah kini sudah kering.Dia dengan berani mendekatkan diri ke arah segelimpangan mayat tersebut.Satu per satu wajah mereka ditatap.Semuanya adalah orang bawahan Jef.Jef adalah salah seorang ketua kumpulan yang mengetuai orang bawahannya.

Kesan tembakan pada perut dan kepala mereka ditilik.Kematian mereka sangatlah ngeri.

“I..ii...ini semua mesti kerja kau Ilya!Sial!Kau memang tak berhati perut langsung!Dasar perempuan tua tak sedar diri! ” badan bergetar menahan amarah.

Suara Syakir,nyaring memarahi Ilya sendirian.Habis keluar segala sumpah seranahnya.Pistol pada bahagian sisi dipegang kuat.

“Kau tak berhak untuk hidup lagi!Aku takkan biarkan kau bebas,Ilya!Aku akan balas dendam bagi pihak mereka semua! ” dia menjerit sekuat hati.Semua mayat dihadapan mata dialihkan olehnya dan di susun dengan teratur.

Usai dari itu,dia mengeluarkan telefon pintarnya dan membuat panggilan.Setelah panggilan diangkat,bibir laju mengatakan sesuatu.

“Aku nak bunuh perempuan tu dengan tangan aku sendiri.Biar kematian dia jadi satu kejutan untuk dunia.Aku perlukan pertolongan kau,Putra Ash Mikyle. ”

Ash menamatkan panggilan dari telefonnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ash menamatkan panggilan dari telefonnya.Farid yang sedang menarik lengan Ilya dengan kasar untuk keluar dari wad diperhatikan.Dia mula memasang telinga.

“Jangan sesekali pun awak pecahkan rahsia kita,Ilya!Awak memang menempah maut dari saya kan?atau,awak dah tak sabar sangat nak jadi janda anak seorang hm? ” Dato' Tengku Farid cuba memeras ugut isterinya,Datin Ilya Sofea.

“Awak masih nak simpan anak pungut tu?Jumpa dia pun dekat tepi longkang,ada hati nak panggil saya mama. ” Farid geram.

Sindirannya dibalas dengan sindiran Ilya.

“Jaga sikit mulut awak Ilya.Dia bukan anak pungut.Dia anak saya.Anak kandung saya yang sah!Kalau awak tak tahu apa-apa tentang dia,lebih baik awak diam! ” Ilya terpempan.

Bukankah sebelum ini Farid pernah berkata padanya yang Putri Aida Adellia dijumpai di birai jalan.

“Apa awak cakap ni ha?!Sejak bila Aida jadi anak awak!?Awak kena ingat yang dia hanya lah anak angkat!Anak angkat! ” Ilya menjerit dengan geram.

MISSING PIECEWhere stories live. Discover now