YEONA menulis sesuatu pada sticky note , kemudian dia bangun dan melangkah ke tempat duduk Riki.
Sticky note tersebut dilekatkan pada meja Riki kemudian Yeona terus keluar dari kelas.
Dahi Riki berkerut pelik dengan tindakan Yeona , kemudian Riki membaca tulisan Yeona yang tertulis di sticky note.
< jumpa di rooftop >
Dahi Riki makin berkerut namun dia tetap turuti apa yang tertulis di sticky note tersebut.
Riki melangkah naik ke rooftop dan berjumpa dengan Yeona disitu.
“ Kau nak jumpa dengan aku? ”. Soal Riki , Yeona berpaling dan tersenyum memandang Riki dihadapannya.
“ Riki–ah ”. Panggil Yeona sambil menunjukkan gambar polaroid tersebut pada Riki.
Mata Riki membulat melihat gambar tersebut , seingatnya dia meletakkan gambar tersebut di dalam buku tulis.
“ Riki–ah , awak sukakan saya kan? ”. Yeona berpeluk tubuh menyoal itu.
“ Mana kau dapat gambar tu? ”. Soalan dibalas soalan dan kini Riki menahan perasaan malu.
Riki melangkah mendekati Yeona dan cuba untuk merampas gambar tersebut dari Yeona , Yeona menyembunyikan gambar tersebut dibelakangnya supaya Riki tak dapat mengambil darinya.
Berkali-kali Riki mencuba untuk mengambil gambar tersebut sehingga dia secara tidak sengaja memeluk tubuh Yeona , Yeona agak terkejut. Mereka terlalu dekat sehingga jarak wajah mereka hanya tiga inci.
Beberapa saat mereka begitu sehingga Riki tersedar dan merampas gambar tersebut dari Yeona.
Riki mula melangkah untuk turun dari situ namun langkahnya terhenti dengan soalan dari Yeona.
“ Awak suka saya kan? ”. Soal Yeona lagi kerana dia begitu tertanya-tanya dan perlukan jawapan.
“ Ya , suka sangat-sangat.. ”. Jawab Riki kemudian melangkah pergi dari situ. Jawapan dari Riki buat pipi Yeona merah.
❤️
— tbc.
— vote.
— comment.
![](https://img.wattpad.com/cover/298469124-288-k15034.jpg)
YOU ARE READING
[ C ] Polaroid Love | Ni-ki.
Fanfiction" Awak ambil gambar saya senyap-senyap ya?! ". - Han Yeona. " Ah , sebenarnya... ". - Nishimura Riki. Bermulalah kisah Riki yang suka mengambil gambar polaroid , dan Yeona yang salah faham terhadap Riki. 2nd ENHYPEN fanfic.