✧ 18 ✧

34 9 0
                                    

“ APA kau cakap tadi? ”. Soal Riki , Riki membongkokkan sedikit tubuhnya untuk mendekatkan wajahnya pada Yeona.

“ Bwo? ”. Yeona menyoal Riki dengan wajah kosong.

Riki ketawa kecil kerana wajah Yeona kelihatan comel ketika ini.

“ Tadi kau cakap apa tadi? aku tak berapa dengar.. ”. Soal Riki sekali lagi dengan nada lembut.

“ Saya cakap... awak.. kacak? ”. Yeona cuba mengingati semula.

Riki tersenyum lebar mendengar kata-kata dari Yeona , tak sangka gadis yang dia suka memujinya begitu.

“ Jinjayo? ”. Soal Riki sambil merenung Yeona dihadapannya , Senyuman masih tak lekang dari bibir Riki.

Yeona tiba-tiba terpaku , dia menghapuskan jarak antara mereka dan mendaratkan bibirnya pada bibir Riki selama tiga saat. Riki agak terkejut , Setelah itu Yeona cepat-cepat melepaskan ciuman kerana sedar dengan perbuatannya.

“ Mian! ”. Yeona menunduk malu dengan tangan digenggam.

Riki masih terkejut , tangannya naik menyentuh bibirnya sendiri kerana tidak percaya.

“ Mianhae.. , ah! macam mana ni? ”. Yeona masih menunduk.

“ Apa maksud ciuman tadi tu? ”. Soal Riki kerana dia mahu tahu perasaan Yeona.

“ Ah , tak tahu.. mungkin saya suka awak? ”. Yeona menjawab dengan muka merah , dia terlalu malu.

Terus Riki merangkul tubuh Yeona setelah mendengar jawapan dari Yeona.

Kemudian mengangkat wajah Yeona dari terus menunduk dan menyoal lagi pada Yeona.

“ Betul? ”. Riki mahu kepastian dan Yeona menganggukkan kepalanya untuk menjawab soalan tersebut.

Riki menjerit suka lalu mendaratkan ciuman pada bibir Yeona , mata Yeona membulat kerana ciuman kini lebih lama.

“ terima kasih kerana sudi balas cinta aku.. ”. Ujar Riki dengan wajah bahagia.

“ Maaf sebab lambat balas cinta awak.. ”. Jawab Yeona dengan cebikkan.

“ Gwenchanayo~ ”. Riki menarik Yeona ke dalam pelukannya dengan senyuman lebar.

❤️

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Polaroid Love | Ni-ki.Where stories live. Discover now