YEONA melangkah turun dari bas setelah tiba di kawasan taman perumahan nya , dia berjalan sambil melihat Riki yang sudah berjalan jauh dihadapan. Mungkin perumahan Riki berdekatan sini juga.
Yeona melangkah laju sehingga dia berada di sebelah Riki , Riki terkejut dengan kehadiran Yeona di sebelahnya.
“ Riki–ah , saya nak minta maaf sebab tiba-tiba marah awak sebelum ni? ”. Ujar Yeona tiba-tiba.
Kening Riki terangkat dengan apa yang Yeona katakan.
“ Bwo? , kau tak salah kenapa nak minta maaf?.. memang salah aku sebab ambil gambar tanpa izin kau.. ”. Bicara Riki sambil memandang Yeona di sebelahnya.
“ Tapi salah saya juga kan sebab marah tiba-tiba dan tak tanya elok-elok? ”. Yeona mengukir senyuman manis.
“ Ah , tapi bukan salah kau saja.. aku juga salah.. ”. Riki mula menunduk malu dan hanya memandang jalan.
“ Riki–ah , ”. Panggil Yeona lagi setelah beberapa saat mereka berdiam.
“ Eo? ”. Riki memandang Yeona disebelahnya , Riki menahan senyum kerana hatinya berbunga mendengar Yeona memanggil namanya dengan nada comel begitu.
“ Kenapa awak ambil gambar saya hari tu eh? ”. Yeona memandang tepat pada mata Riki.
“ Sebab... ”. Riki berfikir lama untuk memberitahu jawapan pada Yeona.
“ Sebab apa? ”.
“ Sebab kau cantik! ”. Jawapan itu terlepas dari mulut Riki , dia terkejut kerana Yeona asyik menyoal.
Akhirnya Riki termalu sendiri kerana jawapan nya tadi , Riki memang tidak berani memandang wajah Yeona ketika ini.
Yeona ketawa kecil dengan jawapan dari Riki , melihat Riki malu lagi buat Yeona geli hati.
“ Comel lah awak ni malu-malu.. pertama kali tau saya tengok lelaki yang tinggi lampai tapi malu-malu.. ”. Yeona ketawa lagi.
Riki hanya tersenyum kekok kerana dipuji oleh Yeona.
♥️
— tbc.
— vote.
— comment.
![](https://img.wattpad.com/cover/298469124-288-k15034.jpg)
YOU ARE READING
[ C ] Polaroid Love | Ni-ki.
Hayran Kurgu" Awak ambil gambar saya senyap-senyap ya?! ". - Han Yeona. " Ah , sebenarnya... ". - Nishimura Riki. Bermulalah kisah Riki yang suka mengambil gambar polaroid , dan Yeona yang salah faham terhadap Riki. 2nd ENHYPEN fanfic.