Paluan kompang memenuhi ruangan dewan hotel yg tersergam indah. Juntaian bunga2 sakura memenuhi setiap ruang siling dewan. Pelamin berona merah jambu tersergam indah di pentas. Setiap meja dan setiap sudut ruangan dewan di penuhi bunga azalea segar berwarna merah jambu. Setiap tetamu yang melangkah hadir ke majlis itu pasti dapat meneka pengantin tentu sukakan warna merah jambu. Apa tidaknya setiap ruang dlm dewan tersebut di hiasi hiasan berwarna merah jambu. Pelamin bunga doorgift malahan ahli kompang juga memakai baju melayu bertemakan merah jambu.
Di pelamin kelihatan Azalea tersenyum malu sambil mengerling suaminya. Mereka baru sahaja di ijabkabulkan pada jam 2.00 petang tadi.Azalea kelihatan sangat cantik dgn gaun ala2 cinderella yg berona pink lembut. Sebahagian rambutnya di sanggul manakala yg lain dibiarkan melepasi bahunya. Tiara yg menghiasi rambutnya menampakkan Azalea persis puteri raja.Pengantin lelaki pula mengenakan sut berwarna krim yg menambahkan lagi ketampanan lelaki tersebut.
"Kini tibalah masa utk majlis menjemput kedua mempelai kita untuk acara memotong kek" juruacara menjalankan tugasnya.Azalea melangkah perlahan- lahan ke anak tangga pertama dibantu suaminya. Senyuman manisnya menunjukkan betapa dia bhgia pada hari persandingannya. Saat dia melangkah anak tangga pertama terserlah kasut merah jambu pekat yg ditempah khas dan dibuat istimewa oleh pereka fesyen terkenal Jimmy choo utk majlis perkahwinannya. Setiap mata yg hadir di dewan tersebut memandang dgn sangat kagum kecantikan Azalea. Di anak tangga terakhir pentas tersebut, tiba2
"KEDEBUK!!" Adoii!!" Azalea mengerang kesakitan.Dia mendapati dirinya sudah berada d atas lantai. Tuk semester ni dah 18 kli dia terjatuh dr katil "Oi, cik Lea!! Engkau ni tidur ke bertinju kat atas katil tu?"suara Linda yg agak serak sudah mula membuat telinga Azalea bingit. "HA tulah anak dara membuta ptg2 camni" tambah Linda."alaa engkau ni potong jln betullah. Aku baru je mimpi kahwin ndgn lelaki hensem,tinggi,macho ala2 Lee Min Ho.Engkau mmg jeles kat aku kan?"
"Elekk setakat mimpi mat jenin engkau tu Lea, dah berdarah2 tau telinga aku aku asyik dgr mimpi yg sama je sejak kita form 3. Hah ni dah masuk kolej pun tk insaf2 lagi awak ya Lea?"Azalea mencebikkan mulutnya sambil meniru mimik muka Linda."eh..eh..perempuan ni, ko ingat aku tak nampak ya apa yg engkau buat.dah aku nak ke cafe. Nak ikut tak?"tanya Linda." Jap..aku nk cuci muka dlu"Azalea mula melangkah ke bilik air. "Jangan lupa berus gigi skli!busuklah!"Jerit Linda. Azalea sempat melemparkan bantal busuk nya yg berwarna merah jambu dan berbentuk hati kearah Linda. Mujur linda adalah penjaga gawang pasukan futsal wanita kolejnya. Dgn mudah dia menepis bntl tersebut."huih! Nasib baik tak kna..klau tak bole melecur kulit aku kna air liur basi engkau".
Begitulah rutin harian Azalea dan Linda. Tidak pernah lekang dek gurauan.Azalea mula mengenali Linda semenjak di bangku sekolah lagi. Mereka bersekolah di sekolah yang sama.Pada awal perkenalan mereka, Azalea dan Linda sering bergaduh. Disebabkan personaliti mrk yg berbeza, mereka sering bercakaran seperti anjing dan kucing. Azalea dgn gaya"girly" nya.manakala Linda dgn gayanya yg agak lasak. Namun mereka mpnyi persamaan. Kedua2 mereka merupakan pelajar harapan sekolah dan mereka juga pernah mengharumkan nama sekolah mlli pertandingan bhs peringkat kebangsaan. Mereka mula rapat semasa berada di tingkatan 2.
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Jambu
RomanceBetulkah cinta yg diimpikan akan membawa kebahagiaan? Azalea si gadis merah jambu keliru untuk memilih impian atau pun realiti.