Bab 3

1.5K 69 2
                                    

Pagi yang indah dengan langit yang biru dan awan yang putih. Berbentuk seperti gula-gula kapas itu membuat Nabella terasa tenang. Indah sungguh ciptaan Allah swt.

Dia tersenyum sambil memandang ke arah langit yang cerah itu. Seperti biasa dimana-mana dia pergi mesti dia memakai pelitup muka.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar awan dan langit yang indah itu. Sedang leka Nabella mengambil gambar tatkala ada seseorang yang melangar bahunya.

"Encik!" Nabella berjalan perlahan dan memandang Arif itu dengan pandangan sinis.

"Maaf-"

Dia berjalan menghampiri Arif yang memakai topeng muka. Dirinya tidak tahu siapakah pemilik suara itu kerana Arif memakai topeng muka. Jikalau dia tahu siapakah lelaki di sebalik topeng muka itu semestinya suara dia tidak selemah lembut begitu.

"Maaf saya yang pergi berdiri tengah alam. Nasib baik Encik langar saya kalau tidak saya tak perasan yang saya berdiri dekat tempat parking kereta" Arif jadi hairan. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Walaupon Arif tahu bahawa wanita itu menutup wajahnya dengan topeng muka, Arif tetap dapat mengecam suara itu.

Sepatutnya dirinya yang meminta maaf terlebih dahulu bukan Nabella. Nabella menganggukan kepalanya tanda mengundur diri terlebih dahulu. Dia berjalan dengan ceria sambil tersenyum.

Yea memang salah lelaki misteri itu tetapi tanpa lelaki tadi dia mungkin sudah dilangar oleh kereta yang mencari tempat meletakan kenderaan yang kosong. Nabella berjalan perlahan kehadapan.

"Eh cik....Sepatutnya saya yang minta maaf!" Pekik Arif  sambil mencengkak pingangnya.

"Dalam hidup ni...tak kira siapa yang salah perlu meminta maaf terlebih dahulu. Sebagai manusia kita perlu sentiasa memaafkan manusia lain suapaya hati kita sentiasa tenang" Nabella Natasya tetap membuka langkahnya berjalan kehadapan. Dirinya harap lelaki misteri itu dapat mendegar kata-katanya.

Arif tersenyum apabila dengar ayat Nabella  itu. Sungguh mulia hatinya. Pagi-pagi sudah dapat kata-kata motivasi daripada Nabella. Sudah lama dia tidak dengar Nabella bertutur lembut begitu dengan dirinya.

Arif memandang dirinya yang sedang berjalan dengan pantas untuk pergi ke kafe. Zus Coffee.
Dirinya hanya dapat melihat Nabella dari jauh sahaja. Bila lah saatnya akan tiba bahawa Nabella akan kembali semula kepangkuan dirinya. Dia rindu. Sanggat rindu.

"I hope we can meet again...Nabella Natasya"

.

.

.

.

.

"Lama dah ke sampai?" Tanya Nabella sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. Lina sudah memuncungkan mulutnya kerana Nabella sudah lambat 30 minit. Nabella membuka topeng mukanya kerana takut Lina tidak mengenali dirinya saat memakai topeng muka.

"Ye! Lama...sangat! Kau pergi mana? Sesat ke Nabella Natasya?" Nabella hanya tersenyum manis di saat Lina meneruskan bebelanya. Kalau menjawap perkacapanya memang hari ni Nabella kenyang makan penampar Lina sahaja.

"Esh dahlah tu bebel! Aku bukan sengaja tadi tengok awan cantik sangat, aku pun ambilah gambar..." Lina menganggukan kepalanya sambil menjeling Nabella.

Habis mula sudah dirinya ingin mencari kesalahan Nabella. Dirinya ada salah kata ke?Mungkin dia sedang uzur ? perempuan kalau sedang bendera jepun memang suka ubah-ubah emosi!

"Yelah langit dengan awan kau je cantik! Aku ni tak cantik sebab tu taknak ambil gambar dengan aku kan!" Nabella baru sahaja ingin membuka mulutnya untuk membantah percakapan Lina tetapi tidak sempat Lina terus menekup mulut Nabella dengan tanganya.

Sempurnakan Cinta Kita | OGWhere stories live. Discover now