Selepas habis pengajian diploma di Universiti XYZ, Hakim bertekad untuk sambung ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan kimia di sebuah universiti di Johor dan antara universiti yang tersohor.
Semasa melihat keputusan UPU, dia melihat universiti mana dia dapat.
"Tahniah Hakim XXX! Anda dapat ditempatkan di Universiti UUU dalam kursus kejuruteraan kimia! Sila tekan setuju untuk teruskan lengkapkan dokumen."
Hakim terkesima, senyumannya terlakar, meloncat kegembiraan.
"AYAH, HAKIM DAPAT MASUK UNI UUU! KOS AKIM MINAT!"
Ayah Hakim yang sedang hisap rokok di depan rumah, terkejut dan berasa bangga.
"Ya Allah! Tahniah dik! Ayah suka sangat! Bukan senang nak dapat UUU tu. Malam ni ajak mama gi makan kat Melaka jom."
Ayah Hakim yang terlebih excited, terus call isterinya, kawan-kawannya dan memaklumkan kepada mereka tentang Hakim masuk ke UUU. Betapa bangganya Ayah Hakim kepada dia sebab dialah antara anak harapan dalam bidang akademik. Hakim terus
"Mok! Ya Allah! Aku dapat masuk UUU weyh! ARGHH!!"
Norman balas,"Wah tahniah lah! Top Uni tu! Bangga aku dapat member cam kau. Pasni kau lanje aku makan lah ye HAHAHA"
"Lah cibainya perangai! Patut ko belanja aku tau! HAHAHA" kata Hakim.
Hakim terus tanya kawan-kawannya yang lain tentang keputusan UPU. Ada yang di Shah Alam, Pahang dan juga di Penang. Hakim berasa sedih sebab kali ini masing-masing sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi bersama seperti di diploma dulu.
Hakim tidak terlepas berhubung dengan rakan rumahnya dulu. Ramai yang mengucapkan tahniah dan ada yang berbangga dengan dia sebab kebarangkalian nak masuk ke universiti tersohor itu bukanlah senang.
"Tahniah Kim! Aku sumpah bangga dengan kau. Kau nak tahu, betapa susah nak capai requirements nak masuk situ? Aku sendiri tak mampu nak masuk situ tapi kau.. fuhh mantap lah! Aku bangga sangat-sangat! Pasni kalau ada kat situ boleh lah jumpa, aku dengan UUU dekat je, dalam 10-15 minit gitu." kata Hafiz.
"Thanks Hafiz! Aku sendiri macam terkejut, aku ingat aku tak layak masuk situ sebab pointer aku sekadar biasa-biasa je, tak macam kawan-kawan aku yang lain." Balas Hakim.
"Kira oklah tu dapat masuk. Goodluck dengan kehidupan baru semasa degree ni, apa-apa roger je aku. Aku tolong kau ok?" Hafiz kata.
Hakim membalas ok dan mengucapkan terima kasih. Usai sahaja chat dengan Hafiz, Hakim terus print beberapa dokumen yang perlu disiapkan untuk hantar. Hakim masih lagi teruja dengan apa yang berlaku dan hampir berasa seperti di dalam mimpi. Dia berharap dia dapat mulakan perjalanan hidup baru di sana dengan lebih baik dan skill baru yang boleh dipelajari.
YOU ARE READING
Terima Kasih, Leftenan Muda!
General FictionIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia salah satu kejuruteraan yang mempunyai ilmu fizik dan kimia yang mendalam. Hakim, pelajar tahun 2 dalam jurusan ini, berpisah dengan rakan-rakannya selepas tamat pengajian diploma dan berhasrat untuk menyambung...