POV HAKIM
Semester 2, setelah berlalunya semester 1 di atas talian dan sangat-sangat stress bagi aku, berbekalkan pointer yang hanya cukup-cukup makan, aku bercadang untuk duduk di kolej kediaman. Aku rasa sangat stress apabila belajar di rumah. Dengan nak masaknya, nak kemas rumah, abang aku kurang membantu, kekadang tolong tu ala kadar je hasilnya. Penatnya bila aku duduk rumah tambah dengan buat kerja, assignment, nak study lagi, jadi aku tekad lah nak balik ke kolej kediaman.
Perjalanan daripada kampungku ke UUU agak tidak lama, lebih kurang 2 jam setengah. Keluarga aku yang memang nak hantar sebab mereka sangat-sangat teruja nak tengok UUU. Yelah, mereka sangat bangga dan teruja dapat masuk UUU yang tersohor lagi-lagi ayah aku.
"Adik, nanti bukak Maps ye? Ayah tak tahu jalan nanti" kata ayah aku.
Aku mengiyakan sambal mendengar lagu. Lagu yang di dalam playlist adalah Taylor Swift dan juga lagu-lagu classic seperti Fly me to the moon, just the two of us, total eclipse of the heart dan lain-lain lah. Taste agak pelik bagi sesetengah orang tapi aku suka lagu classic, sedap dengan melodi, lirik dan juga kurang lucah.
Setibanya di sebuah tol, aku berhenti di R&R untuk buang air. Aku scan mysejahtera dan aku lihat whatsapp, ramai yang chat aku. Mungkin mereka reply status aku yang masih lagi dalam perjalanan ke UUU. Aku melepaskan hajat aku dulu baru aku check lah apa yang diorang reply. Setelah habis, aku terus cuci tangan dan check phone. Ahli kelab aku ramai yang bertanya bila nak sampai dan duduk di mana? Pada masa yang sama, kawan-kawan diploma aku yang masuk ke UUU pun bertanya kenapa masuk? Aku menjawab satu demi satu soalan. Tidak ketinggalan juga Hafiz, Afiq dan Rahim tanya kepada aku.
Hafiz Uni XYZ
Hafiz: Eh ko dapat balik ke Kim?
Hakim: Aah aku dapatlah balik sebab ada tugasan untuk ahli kelab
Hafiz: Oh, aku kat area sini, nanti ko nak suruh aku datang, panggil jelah. Kita online kan? Huhu
Hakim: Aah tapi aku ada lab so maybe tu jelah yang physical
Hafiz: Oh untunglah... aku semua simulator je. Entah bilalah nak habis pandemik ni.
Hakim: Takpe doa2 cepatlah habis. Kesian gak uni XYZ x bagi pekeliling baru bagi student macam korang balik
Hafiz: Tulah... ok nak apa-apa roger weyh. Aku tolong mana yang boleh nanti.
Hakim: Ok bye Fiz! Assalam
Hafiz: Wassalam
Aku terus memasang Maps dan lagu di YT Music. Sambil aku member arahan kepada ayah aku untuk masuk ke laluan tol mengikut maps, aku melihat jalan di sekitar Kawasan UUU.
"Wah dik, ayah kau boleh sesat ni banyak sangat jalan." Mama kata.
"Tulah, mama check kan jalan nanti, kalau salah jalan jalan je sebab sini area kampung ayah kan, ayah mesti tahu,"kataku. Aku sebenarnya tak yakin pun dengan ayah aku sebab confirm sesat. Jalan kat sini banyak dan banyak gate boleh masuk. Setelah membuat RTK test, aku terus menuju ke pejabat dan mohon untuk duduk di kolej. Pada masa yang sama, aku berjumpa dengan Timbalan Presiden Kelab Kolej, Raykal.
"Eh, awak kan Hakim yang nak balik kolej tu?" tanya Raykal.
"Aah saya Hakim. Hehe bertemu jugak akhirnya." Balas aku.
"Aah, aku tahu kau mixed year kat sini, so janganlah panggil aku abang. Aku hempuk kau karang. Jom aku tolong kau daftar." Raykal bawa aku ke pejabat kolej dan menolong aku untuk mendaftar bilik.
Aku dapat bilik single dan mengikut prosedur sebenar, hanya tahun ketiga dan tahun akhir sahaja yang boleh tapi aku ikut jelah apa yang Raykal suruh. Lagipun, aku jadi ahli rakan biro untuk program dia nanti, dan dia dah maklumkan kat aku yang aku ada banyak kerja sebagai teknikal pada sebelum, semasa dan selepas program. Aku pun setuju untuk join program ini supaya aku dapat tahu bagaimana pelajar UUU ni berjaya dan pandai-pandai belaka.
YOU ARE READING
Terima Kasih, Leftenan Muda!
General FictionIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia salah satu kejuruteraan yang mempunyai ilmu fizik dan kimia yang mendalam. Hakim, pelajar tahun 2 dalam jurusan ini, berpisah dengan rakan-rakannya selepas tamat pengajian diploma dan berhasrat untuk menyambung...