POV Hakim
"Hey Kim. Aku ambil kau kat bilik. Kejap lagi kita ke Dewan HOT sebab nak kemas-kemas untuk program nanti" kata Raykal. Raykal bercadang untuk ambil aku dan sekali jalan dengan dia ke dewan HOT. Di kereta, aku nampak Amir dan Fitri turut serta ke Dewan HOT. Sejujurnya, aku rasa janggal sebab masih lagi tak rapat dengan mereka. Duduk satu blok pun tak berborak ya. Teruknya sosial skill aku.
"Kim, nanti kau tolong handle bahagian teknikal untuk hybrid program. Kau handle microphone, camera, laptop, live session dan lain-lain" tambah Raykal. Aku sendiri rasa mual dah dengan teknikal ni sebab daripada dulu lagi sejak sekolah menengah, aku asyik handle teknikal je. Takpelah kerja mudah, malas nak fikir macam jawatankuasa lain.
Sampai saja di Dewan HOT, kami semua terus menuju ke dewan HOT. Di dalam dewan, ada beberapa orang yang merupakan ahli rakan biro program dan masing-masing sedang melaksanakan tugas. Aku memang kagum lah juga dengan mereka ni sebab tekun buat kerja. Aku rasa macam 'rendah' diri sangat sebab masing-masing sangat bagus buat kerja.
"Ok Kim, ko pergi check microphone kat stor sana. Bawa PA Sistem dan testing ya nanti." Arahan diberi dan Raykal terus ke tempat lain untuk berbincang tentang protokol. Aku terus menuju ke stor dan mengambil apa yang diarahkan. Sumpahlah berdebu stor ni, dengan habuk dan bau yang agak kepam. Fuhh mantap.
"Hey Kim, nak aku tolong apa-apa tak?" Amir tegur dari belakang. Terkejut juga aku sebab tadi dia ada dengan Raykal.
"Hmm tolong boleh angkatkan PA sistem tu. Aku tak berapa kuat sangat nak angkat dua-dua PA sistem tu." Merayuku.
Muka Amir sangat gembira. Aku berasa pelik dengan Amir ni. Suka sangat bila aku minta tolong.
Setelah habis semua PA sistem diangkat, kini aku mencuba mikrofon dan speaker untuk tahu keadaan dua-dua barang ini. Aku memberi Raykal mikrofon untuk dia cuba sendiri. Usai sahaja segala teknika, aku duduk di hujung dewan sambil lihat gelagat masing-masing mempersiap kerja dan tugas diberi.
"Hakim! Tolong kejap tengok live session ni, nanti kita nak cuba kat Streamyard, takut pulak ada lag!" kata Raykal.
Mungkin belum masa lagi aku nak rehat sebab rehearsal akan dilakukan 3 hari lagi, program bermula minggu depan. Bertabah, Hakim!
POV Raykal
"Hakim, nanti tolong kitorang boleh? Sorry tau banyak susahkan kau tapi tulah lagi ramai tolong, senang sikit kerja" pintaku.
Yalah tak ramai yang balik untuk ahli kelab kolej ni dan ramai yang masih mahu duduk di rumah. Beberapa saja yang mahu balik ke kolej, jadinya, akan ada program dilakukan secara hibrid. Aku perhatikan kawan-kawan aku semua buat kerja dan tiada satu pun yang mengular.
Aku perasan Amir asyik mendekati Hakim. Agak curiga dan annoying sebab nampak sangat nak Hakim.
Jealous? Yelah! Siapa tak jealous bila orang yang kau suka tiba-tiba kene rapat dengan orang yang kau sendiri benci? Amir tu tak perlulah nampak try hard sangat.
Usai sahaja persiapan di Dewan HOT, aku bawa Amir dan Hakim pergi keluar makan.
"Harap-harap taklah wifi kampus buat hal masa live session, wifi ni kekadang macam biskut" kataku sambil makan nasi padprik ayam.
"Selalunya macam tulah, tapi sebab tak ramai orang kat kolej ni, wifi ok je kut." Kata Amir.
Aku melihat Hakim syok melahap makanan yang dia pesan. Nasi Goreng Kampung Ayam. Air yang dipesannya, teh tarik. Aku perasan setiap kali makan Bersama dia, pesanannya sama sahaja.
"Kim, nak tanya, kau single ke?" tanya aku selamba.
Nasi yang dimakan Hakim tersembur kat depan aku. Terbatuk-batuk dia sampai habis airnya dia minum. Bodoh juga aku ni pergi tanya soalan macam ni masa tengah makan. Tapi aku nak tahu juga status dia sebab aku nak dia. Aku membersihkan diriku dan lap meja yang berterabur dengan nasi.
YOU ARE READING
Terima Kasih, Leftenan Muda!
General FictionIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia salah satu kejuruteraan yang mempunyai ilmu fizik dan kimia yang mendalam. Hakim, pelajar tahun 2 dalam jurusan ini, berpisah dengan rakan-rakannya selepas tamat pengajian diploma dan berhasrat untuk menyambung...