Bab 2: Bahasa Komputer

79 2 0
                                    

POV Hafiz

"Hafiz, nanti ko tolong siapkan coding untuk kerja ni. Aku dah buat part aku. Nanti check kan kalau ada error lagi-lagi graph yang result tu," kata Hazir kepadaku.

Dah 4 semester lebih kurang aku hadap untuk belajar degree elektronik ini. Disebabkan pointer aku kurang memuaskan masa diploma, aku hanya dapat kursus yang agak terhad untuk sambung degree. Berbekalkan pointer 2.94 sahaja, aku Cuma dapat sambung degree di Uni XYZ dalam kursus elektronik. Aku rasa agak menyesal sebab ramai rakan serumah aku dulu mendapat pointer tinggi dan ada yang sambung di UUU, UXXM dan ada yang dah bekerja di syarikat industri yang terkenal. Aku rasa sangat hambar pada mulanya, sebab nak bandingkan diri aku dengan mereka, aku dulu banyak main, dan aku banyak lalai.

"Ok baiklah. Nanti aku check." Kataku.

Elektronik memerlukan banyak simulator dan itu sahajalah harapan pelajar degree elektronik sekarang untuk memahami bagaimana dan cara nak belajar. Ikutkan fizikal adalah lebih baik kerana pemasangan mikrocip, lain-lain memerlukan penelitian supaya tidak salah pasang. Alangkah indah kalau dapat buat makmal fizikal dan berjumpa dengan semua rakanku semula.

Setelah aku semak semua coding dan graph, dan betulkan beberapa part kawan aku buat, aku hantar kat mereka skrip aku dan meminta mereka untuk double check. Aku terus ke katil dan bermain telefon. Girlfriend aku, Nani, chat kat aku dan bertanya, "U tengah buat apa? Dah habis dah kerja?"

"Bolehlah. Ni baru nak rehat. Camne dengan kerja? Ok? Tadi dapat panggilan untuk ke mana?" balasku. Aku bertanya dia sebab waktu sekarang adalah tugas dia untuk menjawab panggilan sekiranya berlaku kecemasan.

"Aah. Ada ular tadi kat area kampung. Biasalah kat Daerah CDE area pedalaman memang macam tu. Besar tau," kata Nani.

"U tangkap ke? Atau pegawai lain buat? Jangan susahkan diri lah kalau u tak boleh. U kan tengah sakit gigi," balasku.

"Hmm tau je eh I tengah sakit ni. I dah pergi check cuma tulah, nak tak nak, I kene buang jugak gigi bongsu ni," balas Nani.

Nani merupakan ahli pegawai uniform PAM setelah mendapat pertauliahan. Dia terus ke cawangan Daerah CDE dan berkhidmat di situ. Semasa waktu pandemik, dia banyak uruskan bahagian keselamatan dan membantu beberapa pegawai lain dalam menguruskan tugas-tugas seperti Sekatan Jalan Raya (SJR), mengambil pesakit covid dan lain-lain. Macam mana aku kenal dengan dia? Aku bertemu dia sejak pertauliahan semasa di Uni XYZ. Kami hanya berborak biasa pada mulanya, akan tetapi, setelah aku lama berborak, aku rasa cinta kat dia. Aku confess kat dia pada waktu malam dua bulan selepas aku berkenalan dengan dia.

"Takpelah. Ikut je apa Dr kata. Daripada U sendiri tahan sakit pastu nangis, nanti macam mana nak buat tugas?" balasku.

"Yelah I tau tapi I takut. Nak buang bukan tak sakit tau." Kata Nani.

Aku baru teringat yang Hakim sebelum ini pernah buang gigi bongsunya di sebuah klinik gigi. Pada minggu pertama dia ok saja tapi minggu seterusnya, lehernya membengkak. Dia beritahu bahawa semasa membuat MRI Scan, dr pakar di KPJ kata sepatutnya giginya tak perlu dibuang dan ok sahaja. Akan tetapi, klinik gigi itu sendiri menyarankan untuk buang.

"Nanti I tanya Hakim lah macam mana proses buang gigi tu. Dia ada pengalaman. Harap-harap U ok jelah. Nanti I call u balik," balasku.

Aku mengucapkan selamat tinggal dan I love you sebelum menghabiskan perbualan. Terusku buka laptop semula dan bermain game. Aku akan cuba tanya Hakim tentang apa yang perlu dilakukan sementara menunggu Nani buang gigi bongsu.

__________________________________________________________


Terima Kasih, Leftenan Muda!Where stories live. Discover now