CNY ~ SPECIAL ~

102 15 14
                                        

"Gong Xi Gong Xi Gong Xi." Nyanyi Hendery.

"Gong Xi Gong Xi, cepatlah buat kerja tu." Marah Xiaojun.

"Kau ni kenapa? Asyik marah je. Apa yang kau tak puas hati lagi hah???! . Meh cakap sini, meh." Jawab Hendery sambil membuat gaya Wushu.

"Kau tu bila nak buat kerja? Asyik nyanyi je." Marah Xiaojun.

"Aku buat lah ni. Kau kenapa haaa? Period ke?" Marah Hendery balik.

"Woi keldai, kau buat kerja apa???? Aku suruh gantung tanglung bukan memancing!!!!" Marah Xiaojun balik.

"Aku tengah gantung lah ni." Jawab Hendery.

"MANA???" Marah Xiaojun.

"ON THE WAY." Sahut Hendery.

"Lahhh ingatkan dah gantung." Kun yang dari tadi melihat pergaduhan mereka berdua pun mencelah.

"Dah lah daripada bising-bising baik tolong kami susun buah limau ni. Eppp jangan makan." Renjun menepuk tangan Chenle yang ingin mengupas buah limau. Ni dah 3 biji dia makan.

"Hahahahahaha." Gelak Yangyang. Yangyang membantu Kun membuat kek bulan.

"Tahun ni minta-mintalah duit angpao penuh." Doa Hendery.

"Hai semuaaaa, Gong Xi Fa Caiiiiii." Ceria Lucas.

Lucas, Ten, Winwin, The8 dan Jun ikut serta tapi online je lah mampu.

"Ten ge, terima kasih post duit. Susah-susah je. Hehe. Kosong-kosong semua." Jawab Hendery.

"Tak susah, tinggal send je." jawab santai Ten.

"Hmmm ye lah. Kaya dah sekarang ni mana ingat member dah." Jawab Kun.

"Aku kat sini, jangan cari pasal. Kejap lagi aku terbang pergi sana siap kau." Jawab Ten.

"Dah lah tu. Tadi Hend dengan Xiao ge, sekarang Ten dengan Kun ge pula." Chenle memutarkan mata dia.

"Gaduh face to face, virtual namanya." Sambung Winwin.

"Yangyang mana?" Tanya Lucas.

"Siniiiiii." Yangyang muncul dengan baju baru yang dikirim Ten.

"YA TUHAN HANDSOMENYA ANAK AKUUUUU." Teruja Ten.

"Hmmm, kita di anak tirikan." Jawab Hendery.

"Kau je, aku tak." Jawab Xiaojun.

"Dah lah gaduh, kami tutup dulu ye. Nak call dengan member 17 pula." Jawab Jun.

"Bye bye." The8 melambai-lambai.

"Dah lah kami pun nak tutup nak main mercun. Bye." Dengan selamba Hendery memutuskan panggilan.

Yang tak sempat berkata-kata kerana Hendery,

'Rasanya baru je bermaaf-maafan. Dah buat dosa balik.' Batin Winwin.

'Nasib baik kau jauh Hendery. Kalau dekat, kau yang jadi angpao sedekah kat mana-mana rumah kebajikan.' Geram Ten.

'Kenapa screen gelap? WIFI mati ke?' Pelik Lucas yang baru duduk lepas ambil makanan, tengok-tengok laptop dia gelap.

Sementara di dorm, NCT yang lain pun ikut bermain mercun.

"Hati-hati main tu." Tegur Taeyong.

"Siap pasang lampu pelita. Ni tahun Baru Cina ke Hari Raya?" Tanya Doyoung.

"Tahun Baru Cina kan raya juga." Jawab Chenle.

"Bijakkkk." sambung Johnny.

"HAHAHAHAHHAHAHAHHAHA." jangan tanya siapa gelak.

"Macam tebal je angpao ni." Hendery mendekatkan mata dia dengan angpao dari Ten.

"Marilah bu.... TEN GEGEEEEEEEEE."

Hanya duit jutariah bertebangan disitu.

Sekian.

Happy Chinese New Year!!!!!Surprise 3 sekali bagi haha

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Happy Chinese New Year!!!!!
Surprise 3 sekali bagi haha. Okay, jumpa esok 😘😘😘

Lean Back S2 <Liu Yangyang> ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang