"I wanna tell you that you the flyest Ive ever seen,
I put that fire up under you like a mantel piece."- Nct 127 -
Bang.
Yangyang hilang.
"Weh mana dia?" Tanya salah satu lelaki bertopeng.
"Hehehe, mana ye?" Suara Yangyang muncul.
Baru sahaja mereka mahu mencari, Yangyang menyerang salah seorang bertopeng tadi. Lelaki tersebut pengsan setelah di campak ke pokok. Lelaki bertopeng yang lain bersiap untuk menembak tetapi sayang, Yangyang memusing leher dia. Mati.
Semua yang bersembunyi terkejut.
"Siapa yang jahat sebenarnya ni?" Keliru Mark.
Yangyang kembali berdiri kaku.
"Yang." Kun keluar dari persembunyian.
"Woi Kun." Tegur Johnny.
Yangyang memandang Kun tajam. Yangyang berlari ke arah hutan.
"YANGGGGG." Kun mengejar.
"WOIIII." Taeyong, Johnny, Yuta dan Jaehyun mengejar Kun dan Yangyang.
Mingyu dan Jungwoo menghalang yang lain daripada ikut kejar.
Dari jauh, muncul cahaya laju menuju tempat mereka. Rupanya kereta yang Sowon pandu.
Yuju dengan laju keluar dari kereta. Mereka yang baru keluar tergamam melihat dua lelaki bertopeng.
"Apa jadi? Mana yang lain? Mana Yangyang?" Tanya Yuju.
Mingyu bercerita. Semua yang baru sampai terkejut.
Terdengar bunyi kecoh di dalam hutan. Tanpa ragu Yuju berlari ke arah suara tersebut.
"YUJU." Mingyu mengejar.
Mereka berdua tergamam melihat Yangyang sedang mencekik Kun. Johnny dan Jaehyun cuba melepaskan cengkaman Yangyang. Yuta dan Taeyong menahan Yangyang.
Kun berusaha mengawal pernafasan.
Tiss.
Air mata Yangyang jatuh atas muka Kun. Kun membuka mata, melihat Yangyang dengan muka datar tapi mengeluarkan air mata, tanda sedang berlawan untuk diri sendiri. Kun tersenyum. Tangan Kun mengusap pipi Yangyang.
"Tidak mengapa." Lama-lama Kun lemah. Tangan Kun jatuh dari muka Yangyang. Kun pengsan.
Yangyang melonggar cengkaman, seperti tiba-tiba tersedar. Yangyang mengamuk minta dilepaskan dari pegangan Yuta dan Taeyong. Yuta memukul tengkuk Yangyang, membuat dia pengsan. Pengsan je, tak mati.
Akhirnya, mereka semua terduduk lemah, penat menahan dan melawan tenaga Yangyang.
Bunyi siren polis, bergegas menuju kawasan tersebut.
-
Hospital.
"Macam mana keadaan Kun? Yangyang?" Tanya Taeyong.
"Dia okay, cuma belum sedar. Tapi Yangyang, kes dia agak susah. Dia normal tapi errr macam mana eh?" Bingung Doktor Kim.
"Bagitahu sahajalah." Hendery memegang koler baju Doktor Kim, nak nampak macam pelakon dalam drama.
"Hend." Xiaojun memujuk Hendery sambil menahan nangis. Hendery melepaskan Doktor Kim.
"Dia normal tapi diri dia bukan dia."
-
"Hantu? Setan? Mengarutlah." Jawab Inspektor Yujim.
"Habis tu? Jin?" Geram Yuju.
"Bila boleh lawat?" Tanya Taeil.
"Lepas mereka dipindahkan ke wad biasa, baru boleh lawat." Jawab Doktor Choi.
Doktor Choi menerima panggilan dari Doktor Kim, kawan baik Doktor Choi sendiri. Sebab kes yang melibatkan Yangyang, hanya Doktor Choi yang dapat tangani. Sebab malam jalan raya lenggang, Doktor Choi bawa kereta macam orang gila.
Kun baru sedar dari pengsan.
"YANGYANG!!" Dengan panik, Kun bangun.
"Woi, bertenang." Yuta membaringkan Kun semula.
"Mana Yangyang?" Tanya Kun.
"Dekat bilik vip sebelah. Bilik tu dikawal ketat. Takut dia lari lagi. Jangan risau ada hyung dekat situ. Kau berehatlah dulu. Jangan fikir bukan-bukan. Ten tadi Johnny dah selesaikan." Jawab Yuta santai. Yuta berbaring dekat kerusi yang dia baring tadi. Hanya Yuta yang berada dalam bilik rawat Kun.
Di bilik Yangyang.
"Kita nak minta bantuan siapa?" Tanya Taeyong.
"Orang yang pakar menghalau hantu?" Jawab Taeil.
"Boleh percaya ke orang macam tu?" Tanya ragu Doyoung.
"Kau pernah tengok The Conjuring tak? Dia nak halau panggil siapa? Tukang paip?" Geram Johnny.
"Aku tanyakan nak marah dah kenapa?" Balas Doyoung.
"Dah korang masih ragu. Kun dah kena, lepas ni siapa pula? Kau?? Aku???" Johnny mula menaikkan suara.
"BOLEH CAKAP ELOK-ELOKKAN??" Doyoung mula bangun dari kerusi yang dia duduk.
"Dah lah tu, ni hospital. Bertenanglah sikit." Taeyong cuba meleraikan pergaduhan.
Johnny bangun, mahu keluar dari bilik Yangyang. Yuju yang berada di pintu, menghalang Johnny.
"Datang balik lepas dah tenang." Yuju memberi laluan pada Johnny untuk keluar dari bilik Yangyang. Johnny hanya mengangguk.
"Haih." Taeyong mengeluh.
Ting. Ting.
"Soo Man seonsaengnim." Taeyong terkejut selepas melihat mesej.
"Kenapa?" Tanya Taeil.
"Dia datang sini."
Hai semua, saje nak bagitahu, mantap kan hati dan pemikiran okay? Jangan mental lagi 😭😭😭😭 ni baru permulaan 😂😂😂😂, okay thank you sebab sudi baca 😘 annyeong 👋👋👋
YOU ARE READING
Lean Back S2 <Liu Yangyang> ✔️
Fanfic"Yangyang pergi, semua akan berakhir." "Tuhan, tolong pulangkan Yangyang semula." Setelah sihat dari kemalangan yang berlaku di Season 1, Yangyang ingat semua sudah selesai. Tapi dugaan demi dugaan datang dalam hidup Yangyang sehingga melibatkan Way...