"Yangyang pergi, semua akan berakhir."
"Tuhan, tolong pulangkan Yangyang semula."
Setelah sihat dari kemalangan yang berlaku di Season 1, Yangyang ingat semua sudah selesai. Tapi dugaan demi dugaan datang dalam hidup Yangyang sehingga melibatkan Way...
"Yuna?." Inspektor Yujim memandang Yuju dengan penuh berharap.
Yuju menghembus nafas berserah.
-
Mereka berdua berjalan perlahan menuju bilik Detektif Minho. Inspektor Yujim berjalan menggunakan tingkat akibat cedera di kaki. Yuju membantu Inspektor Yujim berjalan.
"Kita tidak dibenarkan masuk. Minho oppa sangat kritikal. Doktor kata Minho oppa cedera parah di kepala." Yuju membantu Inspektor Yujim berdiri.
Mereka hanya melihat disebalik kaca.
Tiba-tiba Detektif Minho membuka mata. Dia memandang ke arah mereka berdua.
"Yu-yuna. Pa-panggil doktor cepat. Minho dah sedar. Ppalli." Gesa Inspektor Yujim. Yuju terus berlari mencari doktor.
Detektif Minho hanya mampu memandang sayu Inspektor Yujim dengan senyuman. Air mata Detektif Minho menitik.
Detektif Minho membuat gerakan mulut, mujur Inspektor Yujim faham walaupun tidak mendengar suara.
"Pa.bo. ja.ngan. na.ngis."
Inspektor Yujim menahan air mata.
"Pabo, lagi kau halang, lagi aku nak buat." Inspektor Yujim cuba menahan air mata.
"Pang.gil. a.ku. hyung. pa.bo."
"Jinjja?" Inspektor Yujim hanya mampu tersenyum.
"Se.la.mat.kan. Yang.yang. dan. yang. lain."
"Ha.ti - ha.ti."
"Ann.yeong."
Tittttttttttttttttt.
Inspektor Yujim jatuh terduduk.
"Arasseo hyung. Annyeong"
Rest well.
-
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Johnny sudah keluar dari wad satu hari selepas Seventeen datang melawat. Mereka semua tidak dapat datang ke pemakaman Detektif Minho bagi mengelakkan perhatian daripada media. Itu yang terbaik buat mereka.
Keluarga Yangyang? Mereka tidak dibenarkan berada berdekatan dengan Yangyang, akibat faktor keselamatan keluarga mereka. Jadi masalah ini, biar mereka selesaikan terlebih dahulu.
Yangyang masih termenung sendiri. Setiap kali So Ju datang, mesti Yangyang akan mengamuk. Ia menyebabkan proses yang So Ju perlu lakukan ke atas seseorang yang kena rasuk, agar sukar. Jadi So Ju kata dia tunggu masa yang sesuai.
Kun mengelap badan Yangyang menggunakan kain. Yangyang tidak mengamuk jika dia di mandikan, atau di beri makanan atau minuman. Cuma jika So Ju ada, dia akan bertindak aggressif.
Kali ni, Jaemin, Renjun dan Jeno datang menemani Kun. Xiaojun dan Hendery tidak dapat hadir akibat jadual mereka. Kebetulan Taeyong dan Doyoung tiada jadual, jadi mereka berdua tolong tengokkan Xiaojun dan Hendery.
Jaemin sedang mengupas epal. Renjun memegang tangan kanan Yangyang.
Sejuk.
Jadi Renjun menggenggam tangan Yangyang bertujuan menghangatkan tangan Yangyang. Jeno hanya memerhati mereka.
"Rindu Yangyang." Jeno tiba-tiba membuka bicara.
Semua berhenti dari sebarang pergerakan.
Kun terduduk di atas katil Yangyang berdekatan kaki Yangyang. Kun menutup muka dia. Menangis
"Hyung, mianhae. Jeno tak bermaksud nak mengguriskan hati hyung. Mianhae." Jeno gelabah pergi ke Kun. Memeluk Kun.
Tiba-tiba tangan kiri Yangyang yang berdekatan dengan Kun, meraih baju Kun.
Kun menoleh terkejut, serta yang lain juga. Pandangan Yangyang tetap kosong tapi seolah Yangyang yang sebenar masih ada bersama mereka.
Kun mengambil tangan kiri Yangyang, mendekatkan ke muka. Kun berdoa.
"Tuhan tolong pulangkan Yangyang semula."
Kun sambung menangis. Sekurang-kurangnya Yangyang memberi interaksi kepada mereka walaupun hanya tidak seberapa. Yang lain, sama-sama menahan air mata.
-
Situasi Yangyang.
"Itu suara Kun ge menangis."
"Gege jangan menangis. Yangyang di sini."
"Walaupun jauh dari gege, tapi Yangyang tetap rasa gege di sisi Yangyang.
Yangyang mengeluh.
"Kalau Yangyang pergi, semua akan berakhir."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tidak berniat untuk membuat suasana sedih. Tapi tak pelah. Kalau dia perlu pergi, biarkan dia pergi. Mantapkan hati kawan2.