- Sungai Han -
Mereka berdua mula menikmati aiskrim masing-masing sambil melihat Sungai Han yang luas terbentang.
"Jisung-ah". Panggil Jieun
Jisung terus melihat Jieun yang berada di sebelahnya.
"Apa pendapat awak bila berkawan dengan orang yang sakit?" Tanya Jieun
"Kenapa?" Tanya Jisung
"Alah, jawab jelah". Desak Jieun
Jisung terus menutup matanya lalu memikir sedalam-dalamnya.
"Aku akan rasa marah". Balas Jisung
"Why?" Tanya Jieun
"Sebab, kenapa dalam banyak-banyak manusia kat dunia ni. Kenapa mesti orang yang aku sayang." Kata Jisung
Jieun hanya meng'ouh'kan sahaja lalu sambung makan aiskrim dia.
"Tapi, dalam masa yang sama. Aku akan berjuang bertahan untuk bersama dengan dia". Kata Jisung
Jieun yang mendengar pun turut terasa terharu campur tersentuh dengan ucapan tulus di mulut Jisung.
"Dah jom balik." Ajak Jisung
Jieun mengangguk lalu mereka pun balik ke rumah masing-masing.
(Jieun P.O.V )
Jieun memakan sebiji pil lalu minum air biasa dengan rakusnya. Perbualan di Sungai Han tadi, membuatkan dia sentiasa terngiang-ngiang.
"Betul ke, Jisung?" Tanya Jieun keseorangan
"Betul, awak akan ada sampai bila-bila?" Tanya Jieun keseorangan lagi.
Dia terus memikir sampai tidur dihanyut mimpi.
![](https://img.wattpad.com/cover/298314768-288-k529872.jpg)