Ep 1

23 10 1
                                    

Saem Kai masuk ke dalam kelas Dream B-1 sambil mengiringi seorang pelajar lelaki.

"Silent Class. Harini, kita ada pelajar baru. Dipersilakan, memperkenalkan diri". Kata Saem Kai.

"Anneonghaseyo, Park Jisung imnida". Kata Jisung

Semua pelajar di kelas itu mula terpegun dengan kekacakan Park Jisung.

"Baiklah Jisung. Kamu boleh duduk kat belakang, sebelah Jieun.  Jieun-ah!!, Tolong angkat tangan". Kata Saem Kai

"Tapi Saem, Dia pelajar baru. Kenalah duduk depan". Kata Yuna

"Jisung ok je kan, duduk belakang? Tanya Saem Kai

"Saya lebih suka duduk kat belakang Saem." Balas Jisung dengan sopan

"Dia ok je Yuna. Dah, Jisung pergi tempat kamu. Kelas bermula sekarang". Kata Saem Kai

Jisung mengangguk lalu berjalan ke belakang dan duduk di tempat dia.

"Hi Jieun". Sapa Jisung dengan mesra

Jieun hanya memandang Jisung sekilas lalu pandang ke depan semula.

"Dinginnya". Kata JIsung dengan perlahan.




















< Waktu Rehat >

Jisung baru sahaja ingin ke kantin tapi berhenti apabila dia melihat, Jieun tidak pergi rehat malah melentokkan kepalanya ke meja.

"Kau tak pergi rehat ke?" Tanya Jisung

"Tak". Balas Jieun sepatah

"Kenapa? Nanti perut masuk angin". Kata Jisung dengan prihatin

"Suka hati aku lah. Perut aku bukan perut kau. Jangan ganggu aku boleh". Kata Jieun dengan kasar

Jisung sedikit tersentak apabila Jieun cakap kasar dengannya. Dia mengangguk paham lalu berjalan keluar kelas.

Jieun melihat Jisung yang mula menghilang dari kelas lalu sambung tidur semula.




















[ Skip Rehat]

Jieun terbangun dari tidurnya kerana keadaan bising di kelasnya.

Matanya terus tertangkap apabila melihat ada sebungkus sandwich dan sekotak susu pisang di mejanya.

"Siapa pula yang bagi ni". Tanya Jieun di dalam hati

Matanya sekali lagi tertangkap apabila melihat sehelai sticky note  elok tertampal di kotak susu itu.

"Makan jangan tak makan. 

Nanti masuk angin susah".  ^-^

                                                                                                     PJS




Jieun senyum segaris ketika membaca isi ayat di sticky note itu. Dia terus memandang Jisung yang berada disebelahnya lalu menghadiahkan senyuman yang manis.

Jieun terus mengambil sticky note miliknya lalu menulis sesuatu. Selelsai sahaja, Dia terus menampal sticky note itu di meja Jisung

Jisung hanya baca sekilas lalu menyimpan sticky note itu di poket bajunya.


〚C〛 𝕊𝕒𝕔𝕣𝕚𝕗𝕚𝕔𝕖 || ℙ𝕁𝕊Where stories live. Discover now