< Subjek P.E >
"Kau x nak main ke?" Tanya Jisung
"Taknaklah. Lagipun, aku pms". Balas Jieun
"Ouh yeke. Oklah, aku pergi sambung main. Bye". Kata Jisung lalu masuk kembali ke kumpulannya.
" Aku memang nak main, tapi belum tiba masanya lagi".
Kata Jieun di dalam hati.
Dia hanya mampu melihat pelajar lain main dari jauh sahaja.
< Waktu Balik >
"Ok, kelas. Saya nak kamu cari sendiri partner kamu. Sebab, memerlukan dua orang dan wajib siapkan minggu depan.". Kata Saem Taeyong dengan tegas
"Baik saem". Balas seluruh pelajar di kelas itu
"Ok. Bersurai". Kata Saem Taeyong lalu berjalan keluar dari kelas.
Semua pelajar mula berkerumun di depan meja Jisung.
"Jisung, awak buat keje dengan saya eh". Kata Yuna
"Eh, mana boleh. Jisung buat keje dengan saya lah ". Kata Nayeon pula
Maka bermula pertengkaran diantara pelajar-pelajar perempuan itu.
Jisung menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu memikir jalan penyelesaian.
"Aku buat dengan Jieun lah". Kata JIsung
Jieun terus memandang muka JIsung dengan muka tidak percaya. Jisung yang melihat muka Jieun, mula memberikan kode untuk setuju.
"Haah. Jisung memang buat keje dengan aku". Kata JIeun
Pelajar perempuan yang berkerumun di meja, mula membuat muka tidak bersalah lalu pergi membuat hal sendiri.
(Dalam perjalanan balik)
"Tq". Kata JIsung
Jieun hanya mengangguk lalu menyepak batu-batu kecil di tepi jalan.
Dia dengan JIsung balik bersama atas cadangan Jisung.
"Kau nak makan aiskrim?" Tanya Jisung
Jieun berfikir sejenak lalu mengangguk setuju.
Mereka berdua pun pergi ke kedai runcit untuk membeli aiskrim. Selesai sahaja, mereka terus berjalan pergi sungai Han.