JAM 0343 am 01022022

5 0 0
                                    


Lama aku menyepi dari ruangan ini. Mungkin aku sibuk uruskan hal hidup yang masih aku tak pasti apa tujuan sebenar. Aku kini seorang perempuan yang hampir cecah 30-an. Seorang perempuan yang masih terus tanya apa sebenarnya tujuan hidup yang aku mahu. Masa aku mula kan tulisan di sini, masa itu aku seperti orang yang hilang arah. Masa itu aku rasa kosong rasa seperti ditikam tapi aku tidak mati.

Kini aku sudah punya kerjaya tetap. Aku sudah punya seorang yang dulunya dia seorang sahabat biasa, dia teman tapi mesra. Tapi kini, dia nyawa. Dia orang yang aku bergantung harap. Aku punya keluarga yang sentiasa sokong aku dalam apa jua keadaan. Aku punya wang untuk aku penuhi setiap yang aku mahu. Aku punya masa untuk diri aku sendiri jika aku mahu. 

Tapi setiap hari aku masih rasa sama. Aku masih rasa macam aku tiada apa apa. Kerjaya aku yang dulu nya bukan cita cita aku. Kini sudah jadi tanggungjawab aku setiap masa. Penat mana kaki aku tapi aku tetap jalan. Sebab misi aku cuma satu, aku berkerja untuk orang yang aku sayang. Setiap bulan aku akan utamakan orang yang aku sayang. Selebih nya baru aku anggap itu sebagai self reward.

Bila aku mula tekan setiap huruf ni makin banyak pulak cerita dan idea yang aku dapat. Ini cara aku luahkan apa aku rasa tanpa aku tahu kau siapa.

Jika kau baca dan kau rasa jalan hidup kita sama. KAU SALAH ! Sebab jalan cerita hidup setiap orang itu sangat berbeza. Aku doakan kamu semua dipermudahkan segala urusan walaupun kisah hidup aku atau kamu itu sangat RUMIT.

RUMITWhere stories live. Discover now