Dia tanya aku?

3 0 0
                                    


JAM 0405 am , tapi aku masih belum lelap kan mata. Aku penat tapi tak aku tak rasa mahu tidur. Jangan tanya kenapa. Aku tak ada jawapan. Dia tanya aku buat apa sambil dia sedang main his fav game. Dia ada depan aku. Tapi masing masing sibuk hal sendiri. 

Meh sini aku nak cerita.....

Dulu aku dia duduk asing sebab dia tak berkerja sama negeri dgn aku. Dalam 291km jarak kami. Nak sampai ke dia lebih kurang 6 atau 7 jam jugak aku atas jalan. Tapi dulu hampir setiap bulan kami susun atur jadual masing masing sebab nak jumpa.

Eh sebelum ada yang tanya, aku bgthu dlu. Aku dah kahwin okayyyy. Jan 2022 baru ni genap 2 tahun usia perkahwinan aku. Alhamdulillah, kami bahagia. Setiap hari macam orang baru bercinta. Pasti ke ? Kau nak tahu, cuba kahwin dulu.

Dia kan, kau lebih kenal orang yang kau sayang bila kau jalani setiap hari dengan dia. Kau nak tidur dia ada. Kau bangun tidur pun dia tetap ada. Dan percaya, kau akan kenal siapa dia. Tapi satu aku nak cakap, apa jua keadaan apa jua yang jadi kau jangan pernah sesal. Cuba perbetulkan setiap keadaan yang kau anggap itu dugaan.

Bila ada satu hal yang buat korg jadi serabut. Sama ada kau atau dia, salah sorang kena jadi air. Faham apa aku maksud kan ? Kalau dia api, kau jadi lah air. Kau cuba tenang kan keadaan. Jangan kau pun sama jadi api. Nanti semua nya tak kan ada penyelesaian.

RUMIT kan hidup ?

RUMITWhere stories live. Discover now