𝙎𝘼𝘼𝙏 𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼 𝙈𝙀𝙉𝘼𝙉𝙏𝙄 | 3

16 2 0
                                    

"Umi..." Pintu yang dikuak perlahan oleh Hasya terhenti seketika saat matanya menangkap katil uminya yang kosong. Berkerut dahinya melihat uminya yang tiba-tiba saja hilang. Mindanya hanya terdetik seseorang sahaja. Baru sahaja gadis itu ingin mendail nombor  seseorang, telefonnya mendering diminta untuk diangkat. 

"Aku ada di taman dengan umi. Aku bawak umi jalan-jalan." Terus lelaki itu menamatkan panggilannya. Hasya hanya mendecit kegeraman saat Arzen menamatkan panggilan mereka tanpa dirinya sempat untuk membalas. Seketika selepas itu bibirnya tersenyum saat kertas dinding utama di telefonnya memacarkan cahaya di mana terhiasnya gambar dirinya bersama umi dan Arzen yang masih tersenyum.

Kakinya laju menuruni anak tangga memandangkan wad uminya hanya tingkat satu saja. Cafe kegemarannya menjadi tempat persinggahannya. Bibirnya hanya terukir senyuman saat penjual di cafe itu menegurnya seperti selalu. Dua bekas sandwich dan dua gelas air matcha diambil dan dibawa ke tempat yang berhampiran di taman permainan di mana Arzen dan umi sedang melayani seorang kanak-kanak.

"Umi..." Hana yang sedang berborak dengan kanak-kanak yang mungkin dalam lingkungan lima tahun itu terhenti berborak saat suara Hasya sedang memanggilnya. Dia hanya mengukirkan senyumannya di bibir pucat saat matanya menerpa dengan wajah cantik milik anaknya. Meskipun anaknya hanya mengenakan tudung sarung namun auranya masih menampakkan arwah suaminya, Amar. Ditambah pula wajah Hasya juga mirip dengan Amar.

"Hasya ada belikan air coklat panas kegemaran umi dengan sandwich. Umi belum makan, kan?"

"Nah, untuk awak. Saya belanja." Arzen hanya menyambut saja huluran beg kertas yang diisi dengan makanan dan juga air kegemarannya. Belum apa-apa lengan baju lelaki itu ditarik oleh Hasya sambil kaki gadis itu menuju ke tempat duduk yang berhampiran di bawah pokok yang rendang. Sekali lagi ada perasaan aneh yang menyelinap masuk ke dalam jiwanya. Arzen hanya menatap sisi wajah Hasya yang masih sibuk menyedut. Nampak betul budak itu dalam kehausan.

"Kau belum makan lagi hari ini?" Hasya hanya menggeleng kepalanya saja sambil mulutnya sibuk menyedut air matchanya. 

"Macam mana dengan pembedahan hari ini? It's okay?" Senyap. Soalan itu seolah dibawa angin bersama. Melihat Hasya yang masih termenung jauh meskipun mulutnya masih sibuk menyedut air membuatkan Arzen tahu minda gadis itu sedang diselubungi oleh pelbagai perkara. 

"Taknak cerita dengan aku?" Akhirnya, Hasya mengalihkan pandangannya ke arah Arzen bersama air matanya yang bertakung. Sesekali dia menyapu kasar air yang menuruni di pipinya.  Hasya hanya ketawa saja saat melihat Arzen memasangkan wajah serius di hadapannya. Nafas dalam cuba digali oleh gadis itu saat telefon di dalam poket kot doktornya mendering meminta untuk diangkat. Terus dia menekan ikon telefon yang berwarna hijau untuk menjawab panggilan si pemanggil. 

Saat ini, dia hanya berpura kukuh.

"Saya ada di taman. Lagi lima minit saya sampai. Panggilkan Dr.Khair sekali." 

"Awak baliklah dulu dengan umi. Rasanya umi dah boleh discharge hari ini. Saya balik lambat sebab ada kes kecemasan." Terus gadis itu berlari ke arah pintu masuk hospital. Sempat dia mengalihkan pandangannya ke arah kedudukan Arzen yang sudah jauh lebih kurang 10 meter darinya. Arzen mengerut dahinya saat melihat Hasya yang sedang berhenti berlari di tengah jalan.

"Jangan tunggu saya tau! Saranghae!" Arzen hanya menyembunyikan senyumannya saat Hasya menyempat menjerit sesuatu untuknya meskipun gadis itu sedang mengejar masa. Terus Arzen menolak kerusi roda milik Hana ke arah bangunan hospital dan lakukan apa yang perlu lakukan. 

"Macam mana dengan keadaan pesakit?" Dengan tercungap-cungap terus gadis itu mengapai stetoskop miliknya dan meletakkan di dada pesakit untuk mendapatkan nadi pesakit tersebut. Melihat bahagian perut pesakit yang dilumuri darah membuatkan minda gadis itu tertanya-tanya.

𝑺𝑨𝑨𝑻 𝑪𝑰𝑵𝑻𝑨 𝑴𝑬𝑵𝑨𝑵𝑻𝑰 (𝑶𝑮 | 𝑺𝑳𝑶𝑾 𝑼𝑷𝑫𝑨𝑻𝑬) (NEW VERSION)Where stories live. Discover now