𝙎𝘼𝘼𝙏 𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼 𝙈𝙀𝙉𝘼𝙉𝙏𝙄 | 𝙋𝙧𝙤𝙡𝙤𝙜

113 7 6
                                    

"Kita berpisah..." Lelaki itu hanya memandang dengan keadaan terkedu setelah apa yang dikatakan oleh sang isterinya. Permintaan yang... Agak gila jika dia lakukan. Nafasnya ditarik sedalam yang mampu. Sedaya upaya untuk menenangkan fikiran isterinya. Perlahan-lahan kakinya Langkah untuk mendekati. Malangnya, gadis di hadapannya memilih untuk menjauh.

Mungkin menjauh itu lebih baik?

"Apa yang membuatkan Hasya fikir untuk berpisah?" Lembut Arzen menyoal sambil memandang tepat pada anak mata gadis itu. Ahli keluarga mereka hanya mampu diam. Namun, ada yang sedang berasa kemenangan dalam diam.

"Hasya..."

"Ceraikan jelah kalau itu yang dia nak sangat. Lagipun, dialah punca abang kamu mati. Kamu tak sedar lagi ke Arzen?!" Arzen hanya memilih untuk diam. Dia tahu isterinya takkan lakukan apa-apa sahaja tanpa sebab. Matanya masih menatap anak mata Hasya. Tangannya cuba mengapai tangan gadis itu malangnya ditolak dengan lembut.

Tuhan, ujian apa yang Engkau sedang menguji aku?

"Hasya... Tak menyesal dengan keputusan ini? Dah fikir masak-masak?" Hasya hanya diam. Kepalanya Kembali menunduk saat mata helang milik Puan Maria menikam kea rah anak matanya dengan tajam. Dadanya terasa sesak. Tangannya terasa mengigil sedikit. Dia takut akan memori lama. Nafasnya terasa pendek saat ini. Dunianya terasa berputar 360 darjah. Tuhan, lagi sekalikah dia perlu menghadapi realiti yang sama?

"Hasya?" Samar-samar suara Arzen bercampur dengan suara yang sering menghantuinya.

"Kau tu yang bunuh anak aku!"

"Kau tu mana layak jadi doktor!"

"Doktor jenis apa kalau jenis penakut? Dahlah lembap!"

"Ar... Arzen..." Makin kuat Hasya memegang kepalanya saat dirinya seolah dihentam tanpa henti oleh suara kecil itu. Ahli keluarganya seolah tiada kewujudan saat itu. Arzen makin kuat memeluk gadis itu. Lagi sakit melihat gadis itu sudah pun lemah dalam pelukannya.

"Hasya, tolong bangun..." Mulut gadis itu masih lagi merintih biarpun matanya ditutup dengan rapat. Arzen terlebih dahulu meletakkan gadis itu di atas katil yang berada di bilik tamu. Mujurlah bilik tetamu sudah kosong. Makin deras air mata lelaki itu mengalir saat melihat wajah pucat milik isterinya.

"Tolong jangan sakit sebab aku..."

"Dan, tolong jangan minta apa yang aku tak suka..." Bibir pucat milik Hasya hanya menghadiahkan segaris senyuman kepada sang suami. Tipulah jikalau dirinya berkata ingin berpisah tetapi keadaan yang memintanya sebegitu.

"Kita berpisah demi kebahagiaan orang lain... Boleh?" Suara lembut yang menerpa ke kokleanya mampu mengejungkan dirinya. Apatah lagi permintaan yang dikatakan oleh gadis itu. Aryan hanya diam sahaja sambil memandang wajah milik Hasya. Berpisah demi keadaan? Kuatkah dirinya?


 Berpisah demi keadaan? Kuatkah dirinya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝑺𝑨𝑨𝑻 𝑪𝑰𝑵𝑻𝑨 𝑴𝑬𝑵𝑨𝑵𝑻𝑰 (𝑶𝑮 | 𝑺𝑳𝑶𝑾 𝑼𝑷𝑫𝑨𝑻𝑬) (NEW VERSION)Where stories live. Discover now