Sako adalah nama seorang lelaki dari suku kaum Bateq (Orang Asli) yang tinggal di sekitar kawasan Pos Lebir, Kelantan. Seluruh kaum orang asli secara amnya hidup berpindah randah. Cara kehidupan yang demikian sudah diamalkan sejak turun temurun dan akan kekal sampai bila-bila sekiranya mereka sendiri tidak bersedia untuk menerima perubahan.
Keluarga kecil Sako terdiri dari bapanya Pak Sungkap, ibunya Sumirah, 2 kakaknya Sakuti dan Selawar dan adik lelakinya yang masih kecil Sakar. Pak Sako adalah kepala suku yang memimpin lebih dari 50 keluarga pada satu-satu masa. Selain dari ibunya, Pak Sako juga mempunyai 7 ibu tiri yang mana masing-masing mempunyai anak-anak mereka sendiri. Kalau dihitung kesemuanya maka keluarga sebenar Pak Sako merangkumi lebih kurang 35 anggota lelaki dan perempuan. Namun begitu disebabkan ibunya isteri yang kedua dan Pak Sako pula merupakan anak lelaki Pak Sungkap yang sulung, maka tampuk pemimpin kepala suku akan tetap diwarisi olehnya. Sekiranya Sako mati, barulah pangkat itu akan jatuh kepada adiknya, Sakar atau anak laki-laki Pak Sungkap dari mana-mana isterinya yang lain. Pangkat sebagai kepala suku tidak akan sesekali diserahkan kepada anak perempuan.
Kehidupan suku kaum Bateq dibawah pimpinan Pak Sako berjalan penuh harmoni dan aman. Pak Sako menjalankan tugasnya dengan baik dan penuh tanggungjawab. Segala permasalahan dan persengketaan antara keluarga dapat diselesaikan dengan adil dan bijak. Tidak hairanlah Pak Sako disanjung tinggi dan dihormati oleh kesemua lapisan suku kaum tersebut. Kira-kira terdapat lebih dari 50 keluarga dibawah jagaan Pak Sako. Maka dengan anggota keluarga suku yang akan terus meningkat, contoh sebagai seorang ketua, Pak Sako harus bijak memilih kawasan untuk kehidupan seharian kaumnya seperti membina permukiman sebelum berpindah ke kawasan seterusnya. Kebijakkan kepala suku dalam menjamin makanan, tempat tinggal dan kebajikan kaum sukunya, merupakan kunci kemakmuran dan kesejahtera an suku tersebut. Selain kehidupan yang harmoni dan teratur, persefahaman diantara keluarga suku juga dapat dipupuk dengan kebijakkan pemerintahan kepala suku.
Sako adalah seorang pemuda yang berusia dalam linkungan awal 20an. Dari kecil lagi Sako memang amat arif tentang kehidupan dihutan dan peradaban suku Bateq yang diajarkan oleh bapanya. Selain berburu, Sako juga amat mahir dalam seni pertukangan kayu dan penguasaan dalam ilmu ghaib. Sebagai salah satu mahluk tuhan yang hidupnya jauh didalam hutan tebal, ilmu tentang mahluk halus atau mahluk yang tidak nyata adalah kemestian/kewajipan bagi seorang suku Bateq.
Dahulunya, ketika Sako masih berusia belasan tahun dia diharuskan untuk menjalani ujian kedewasaan/kematangan sebelum dia diangkat sebagai seorang yang cukup dewasa. Ujian itu merupakan syarat wajib bagi setiap anak lelaki yang menginjak usia balighnya sebelum diangkat sebagai lelaki dewasa. Ujian itu merangkumi skil pemburuan, seni bina/pertukangan dan ilmu kebatinan/ghaib. Diakhir ujian seni ilmu ghaib, anak lelaki yang sedang menjalani ujian tersebut akan diarahkan mengasingkan diri selama sebulan sebelum kembali kedalam suku. Mereka ini diharuskan mengembara seorang diri kedalam hutan tanpa ditemani sesiapa pun. Berkat ilmu yang mereka pelajari, akhirnya mereka harus mencari jalan pulang ke kampung halaman setelah tamat tempoh. Tidak dinafikan ada juga antara mereka yang menempuh ujian akhir itu tidak pulang atau disahkan hilang oleh kepala suku. Tiada yang tahu apa yang terjadi kepada mereka yang hilang itu. Namun oleh kerana adat yang mereka amalkan turun-temurun lamanya, maka mereka percaya bahawa anak lelaki suku yang hilang itu masih berada di alam ghaib dan akan hidup selamanya dialam itu sehingga mereka berjaya untuk pulang ke dunia nyata.
Sebelum Sako memulakan ujian pengasingannya, ibunya Sari sangat risaukan akan anaknya itu. Namun pun begitu, Pak Sungkap tetap yakin anaknya yang sulung itu akan berjaya menempuh ujian terakhir ini. Segala ilmu mengenai alam ghaib telah pun diturun kepada Sako. Dia yakin sepenuhnya, Sako akan pulang apabila tempoh sebulannya berakhir nanti. Dahulu Pak Sako pernah kehilangan seorang abang. Ujian akhir yang ditempuhi oleh abang Pak Sako bernama Sakai berakhir tragis apabila dia disahkan hilang di alam ghaib. Oleh sebab itulah Pak Sako sebagai gantian anak sulong dinobatkan sebagai kepala suku yang baru setelah kehilangan abang sulungnya diumumkan sendiri oleh ayah Pak Sako, Penghulu Sungkap. Berita menyedihkan itu diterima dengan pahit sehingga giliran Pak Sako sendiri yang menjalani ujian tersebut. Namun begitu berbeza dengan nasib abangnya, Pak Sako berjaya kembali kepada sukunya apabila ujiannya tamat. Kelegaan terpancar pada raut Penghulu Sungkap kerana anak lelaki bongsunya berjaya melepasi rintangan akhir itu. Majlis besar-besaran dibuat sempena tamatnya ujian dan Pak Sako diisytiharkan pengganti Pak Sungkap sesudah itu. Ketika itu Pak Sako baru menginjak umur 19tahun.
YOU ARE READING
MISTIKAL SEKS
ParanormalNovel kali ini menghimpunkan kisah-kisah mistikal yang berlaku di alam ghaib. Penulis sebenar sudah lama berhajat untuk explore hubungan intim dari alam, dimensi dan dunia khayalan. Setiap babak cerita tiada kaitan dengan dengan babak yang lain. E...