꧁Special Chapter 1꧂

17 2 9
                                    

◈━◈━◈━◈━◈
Valentine's
Special
◈━◈━◈━◈━◈

Pada hari yang cerah, di mana tarikh hari ini adalah 14 Februari iaitu hari Valentine atau boleh disebut hari kekasih. Hari Valentine adalah hari kekasih di mana para gadis akan memberikan coklat atau kad ucapan kepada Sang pujaan hati mereka dan rasa kasih sayang kepada mereka. Dan itu yang terjadi kepada toyad gadis iaitu Ruru, Gina dan Alia dalam membuat coklat untuk diberikan kepada Sang pujaan hati.

Di rumah Ruru,

Ruru sedang mundar-mandir kelihatan panik dan terfikir akan sesuatu lalu gadis bertudung merah iaitu Gina berkata

Gina:Ruru, kenapa kelihatan panik sekali?

Ruru yang sedari dari tadi mundar-mandir berhenti lalu menatap kedua sahabatnya lalu memegang bahu mereka berdua lalu dia berkata

Ruru:Kalian lupa kalau hari ni adalah hari valentine?!

Dua sahabatnya itu mencernakan apa yang dikatakan oleh Ruru lalu mata mereka melebar luas kerana hampir lupa kalau hati ni adalah hari Valentine. Maka terjadilah kepanikan antara mereka bertiga lalu gadis berambut coklat iaitu Alia berkata

Alia:Okay, kita tiada masa untuk panik kira harus cari bahan untuk buat coklat sebelum mereka sampai kesini

Gina dan Ruru angguk setuju lalu dengan cepat mereka bertiga bersiap ke super maker untuk membeli bahan-bahan membuat coklat. Mereka berharap sang pujaan hati mereka tidak datang saat mereka lagi menyiapkan coklat

Dengan boel dan yang lain,

Seperti hari biasa di mana boel sedang membantu Tok aba menguruskan kedainya. Walaupun hari ni adalah hari Valentine tapi pelanggan di kedai tok aba tidak pernah berkurang.

Sedang mereka membantu Tok aba, Gopal berkata

Gopal:Hari ni hari Valentine, kalian berdua sudah ada hadiah buat sang pujaan hati kalian

Gopal melirik kerana Taufan dan Gempa yang seketika memberhentikan mengelap meja dan muka merah seperti tomato. Mereka berdua hanya senyap sehingga Fang berkata

Fang:Abang aku juga lagi panik sekarang
Yaya:Panik kenapa?
Fang:Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Kak Gina tapi dia rasa takut

Taufan dan Gempa kelihatan gugup untuk menjawab lalu hali sebagai selaku dia menjawab

Hali:Mereka berdua mahu luahkan perasaan mereka, mereka sudah berbincang semalam tapi mereka masih rasa ragu-ragu untuk luahkan

Yang lain angguk lalu mereka semua menawarkan bantuan untuk membantu mereka dalam luahkan perasaan mereka kepada sang pujaan hati. Begitu juga dengan Fang yang mahu membantu abangnya Kaizo dalam meluahkan perasaannya kepada Gina.

Manakala dengan tiga gadis itu, sampai sahaj mereka di rumah mereka terus ke dapur untuk membuat coklat. Meski mereka harus berkongsi tapi itu tidak halang mereka untuk membuat coklat kerana mereka boleh membantu antara satu sama lain lalu mereka memulakan membuat coklat

Ding Dong!

Sedang tiga gadis itu membuat coklat, loceng pintu rumah berbunyi lalu Alia ke depan untuk membuka pintu

Boel/Bofu Fanfic:Mysterious Of Haunted House Where stories live. Discover now