꧁Special Chapter 2꧂

10 2 5
                                    

◈━◈━◈━◈━◈
Holiday Special
◈━◈━◈━◈━◈

Musim panas yang berlaku pada tanggal 1 Mei pada setiap tahun dimana cuaca sangat serta percutian yang bagus untuk bercuti ke pantai bersama keluarga untuk luangkan masa bersama dan itu yang diharapkan oleh tiga gadis ini berserta superhero bumi iaitu boel,bofu dan kawan-kawannya.

Di stesen TAPOPS,

Alia,Gina dan Ruru lagi menyelesaikan tugas mereka yang diberikan oleh laksamana tarung tentang misi mereka yang lepas manakala boel,bofu dan yang lain lagi menjalankan misi.

Sedang tiga gadis itu membuat tugasan,alia dan ruru mengeluh lalu mereka berdua meletakkan kepala mereka di atas meja.gina yang melihat telatah mereka hanya mampu menggelengkan kepalanya “kalian berdua kenapa? Kelihatan letih sekali” tanya gina.

Ruru yang hampir terlelap menatap gina dengan keadaan mamai “kami bosan kak gina,kenapa kita tidak dapat cuti sedangkan ianya sudah mula musim panas” jawab ruru dan mendapat anggukkan daripada alia.

Gina hanya mampu ber sweatdrop apabila mendengar jawapan mereka.kelihatan sekali mereka berdua mahu melarikan diri daripada tugasan sedangkan dua insan itu hanya memberikan senyuman canggung beserta muka tidak bersalah.

“Lebih cepat kita selesaikan tugas kita lebih cepat kita dapat cuti.musim cuti berlaku selama sebulan jadi masih sempat untuk merasakan cuti musim panas” jawab gina

Yang dikata oleh gina ada benar juga,cuti musim panas adalah sebulan tapi kalau mereka siapkan tugasan mereka dengan cepat maka mereka dengan cepat mereka dapat cuti.Ruru dan Alia angkat kembali kepala mereka dari meja lalu mereka melanjutkan tugas mereka dengan penuh semangat dan cepat manakala gina hanya terkekeh apabila melihat reaksi mereka dan lanjut tugasnya kembali.

20 minit kemudian,mereka bertiga sudah selesai menyiapkan tugas mereka lalu Alia dan Ruru meletakkan kembali kepala mereka di meja

“Akhirnya selesai juga” kata alia dan mendapat anggukkan daripada ruru “terasa seperti mahu patah tulang tangan kerana tugas yang menimbung seperti bukit” sambung ruru.

“Kalian ini ada-ada saja” kata gina sambil menggelengkan kepalanya

Alia dan ruru hanya ketawa canggung sehingga jam yang dipakai oleh alia berbunyi dan menunjukkan hologram kokoci

“Kalian bertiga,datang ke dek utama sekarang ada sesuatu perkara yang kami ingin sampaikan” kata hologram kokoci dan mendapat anggukkan daripada ketiga gadis itu “baik komander” jawab 3 gadis.

Lalu mereka bertiga ke dek utama dimana mereka dapat melihat boel,bofu dan yang lain termasuk kapten kaizo juga berada di situ dan komander kokoci,laksamana tarung berdiri di hadapan mereka

“Kenapa komander memanggil kami ke sini?” tanya gina langsung straight to the point.

Komander kokoci dan laksamana tarung menatap sesama sendiri dan angguk kepala mereka dan kembali menatap yang lain. “Baiklah seperti yang kamu tahu musim panas sudah tiba jadi saya dan laksamana sudah berbincang untuk memberikan kalian cuti musim panas termasuk kapten kaizo selama satu bulan” kata kokoci sambil tersenyum kearah anggotanya.

Yang lain memproses dengan apa yang dikatakan oleh kokoci sebelum mereka bersorak gembira. “Kerana kalian telah menyelesaikan banyak misi sebelum musim panas jadi kalian berhak mendapat cuti dan pergilah luangkan masa bersama keluarga kamu semua” lanjut laksamana tarung.

Boel/Bofu Fanfic:Mysterious Of Haunted House Where stories live. Discover now