꧁Chapter 4꧂

13 2 11
                                    

Flashback,

Di sebuah taman,terdapat dua anak kecil sedang bermain dengan riang dan gelak ketawa yang datang daripada mereka sehingga anak kecil berambut coklat berhenti dan menatap temannya itu “ruru,ruru mahu kan janji denganku kalau kita tidak akan pernah berpisah?” tanya anak kecil berambut coklat itu.

Temannya itu mengedip matanya dan menatap temannya “sudah tentu,kita akan jadi kawan baik selama-lamanya” kata temannya itu yang bernama ruru tapi makin lama memori itu makin pudar dan mula menjadi putih keseluruhannya.

End of flashback.

Ruru terbangun daripada tidurnya dengan nafas yang berat dan cuba untuk mengatur nafasnya dan tenangkan dirinya.dia lihat sekeliling kalau dia masih berada di biliknya “jadi  itu hanya mimpi? Kenapa ianya kelihatan seperti nyata” batin ruru yang masih mengatur nafas.dia menutup mata dan cuba untuk terlelap kembali.

Dengan boel dan yang lain,mereka semua berada di ruang tamu sambil memikirkan cara untuk keluar dari rumah itu. Alia menatap gina dan “kak gina dan abang kaizo buat apa disini? Bukan kalian masih ada kerja?” tanya alia kepada gina.

“Waktu itu kakak ke kedai tok aba selepas seharian kerja dan secara tidak sengaja kakak terdengar kalau pak cik kumar lagi cerita tentang rumah hantu itu jadi kerana kakak terasa tertarik kakak tanya pak cik kumar dan poof kami disini untuk merungkaikan misteri di sebalik rumah ini” jelas gina dengan panjang lebar dan dapat anggukkan daripada lia dan yang lain faham akan penjelasan itu.

Keadaan tiba-tiba jadi sunyi tanpa ada satu yang membuka mulut untuk berbual sehingga “jadi…kita mahu buat apa sekarang? Kita belum ketemu fang dan yang lain?” tanya blaze

Mereka diam sejenak untuk memikirkan cara sehingga alia merasakan ada sesuatu yang menarik bajunya dari belakang.dia menoleh ke arah belakang tapi tiada sesiapa disana dan gempar yang menyadarinya “kenapa lia?” tanya gempa

Alia menatap gempa sebelum dia menoleh kebelakang sekali lagi “tiada apa cuma…aku rasa ada sesuatu yang menarik bajuku dari belakang” jelas alia manakala yang lain mula merasa seram sejuk kecuali kaizo.mereka merasa aneh erana di ruang tamu itu hanya ada mereka sahaja.

“Aneh,sedangkan hanya kita sahaja yang ada di ruang tamu tidak mungkin ada orang lain” kata gina sambil melihat sekeliling. “Betul dan tidak mungkin ada seseorang menarik baju aia dengan begitu sahaja” jawab kaizo.

Alia menjadi semakin seram sejuk apabila yang dikatakan oleh kaizo dan memeluk lengan gempa kerana merasa takut. Sedangkan pelaku yang menarik baju alia adalah leepy “kalau betul kalau alia adalah kawan baik ruru dari kecil,aku harus pastikan dahulu” batin leepy lalu melempar botol ke arah alia lalu menghilangkan diri.

Alia yang mendengar sesuatu di belakangnya lalu dia menoleh dan melihat sebuah botol berada di belakangnya dan mempunyai surat di dalamnya “kalian lihat,ada botol berisi surat” kata alia sambil menunjukkan botol yang berisi surat kepada yang lain. “Surat apa itu?” tanya taufan sembari menatap botol yang dipegang oleh alia.alia mengangkat bahunya tanda tidak tahu lalu dia membuka botol itu dan mengambil surat itu dan membacanya dengan kuat supaya yang lain dapat mendengarnya.

“Mempunyai teman dari kecil itu sangatlah seronok kerana hanya dia saja yang mengetahui tentang diri kita sendiri tapi terkadang perpisahan yang tidak dijangka juga dapat membuat persahabatan kita hancur.aku berharap yang kau akan sedar” jelas alia sembari membaca isi surat itu dan kelihatan bingung.apa yang dimaksudkan oleh ‘teman kecil’.

“Teman kecil? Kau ada teman kecil sebelum ni?” tanya hali kepada alia yang masih kelihatan bingung. “Aku tidak ingat kalau aku mempunyai teman kecil tapi…aku merasakan aku ingat akan sesuatu” jawab alia

Boel/Bofu Fanfic:Mysterious Of Haunted House Where stories live. Discover now