BAB 2 🌷

1K 99 0
                                    

KAYLA PELIK melihat atas meja makan di rumah mereka penuh dengan lauk-pauk yang jarang dimasak oleh ibunya.

"Ibu mimpi apa masak lauk banyak-banyak macam ni?" Kayla melihat tingkah laku ibunya yang masih mengemaskan pinggan mangkuk.

"Kawan-kawan ibu nak datang rumah kejap lagi. Mereka dah lama tak merasa masakan dari air tangan ibu sebab tu ibu masak lebih."

"Bekal Kayla ibu dah sediakan, sebelum pergi kerja ambil dekat atas meja." Kayla hanya menurut perintah tanpa banyak kata.

Dia melihat jam yang tergantung pada dinding ruang tamu. Sudah tiba masanya untuk dia bertolak ke Syarikat Furniture'KB iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh arwah ayahnya, Tengku Muhammad Faroq Benjamin.

"Kayla minta diri dulu, dah lambat ni. Takut jalan jem." Kayla menghulur tangan untuk menyalam ibunya sebelum bertolak ke tempat kerja.

"Elok-elok bawak motor tu. Jangan nak bawak celah kereta orang lain." Puan Archer kenal sangat perangai anak bongsunya yang seorang ni.

"Baik ibu sayang!"

"Tengah hari nanti balik rumah, makan sekali dengan kawan ibu." Kayla hanya mengangkat ibu jarinya ke arah Puan Archer.

Deruman enjin motor superbike kedengaran dari dalam rumah. Semakin lama, semakin jauh menandakan anak daranya sudah bertolak ke syarikat arwah suaminya.

"Semoga urusan anak aku dipermudahkan." Wanita berwajah awet muda itu sentiasa mendoakan anak-anaknya.

Enjin motor dimatikan, helmet full face masih tidak ditanggalkan. Dia terus masuk ke dalam ruangan syarikat tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

"Eh! Maaf cik, orang sebarangan tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Cik keluar sekarang!" Marah security guard yang menjaga pintu masuk.

Kayla naik berang kerana dia seperti dimalukan hadapan khalayak ramai. Helmet full face ditanggalkan daripada kepala.

Wajah ketat ditayang sehingga membuatkan yang lain naik gerun melihat.

Familiar. Tapi siapa ya?

Soalan itu bermain-main di dalam fikiran pekerja-pekerja bawahan.

"Ma-maaf tengku! Saya terlupa harini tengku lapor diri di syarikat ayah tengku ni." Security guard merasa perit pada anak tekaknya, nak telan air liur pun rasa kesat.

"Kau masuk pejabat aku sekarang!" Jerkah Kayla

Kayla terus memasuki lift dan menuju ke bilik pejabat milik arwah ayahnya. Helmet digenggam kemas pada tangan.

Ikutkan hati rasa nak hentak saja helmet ni dekat kepala security guard tadi. Nasib baik orang ramai melihat.

Dia meletakkan helmet kesayangan di rak yang telah disediakan khas.

Tidak lama kemudian, pintu bilik pejabat diketuk dari luar.

"Masuk!"

Security guard yang telah memalukan dirinya tadi rupanya. Bibir gadis itu tersenyum sinis.

"Kau tahu tak apa risiko yang kau perlu hadap sekarang ni?"

Lelaki itu mengangguk dalam ketakutan. Dia yang mencari nahas, dia juga yang perlu tanggung semua risiko.

"Amaran pertama, aku akan gantung kerja kau selama 3 bulan dan gaji akan dipotong serta merta. Amaran terakhir, nyawa anak bini kau dalam tangan aku. Faham?"

Security guard itu menganggukkan kepala lagi. Betul-betul nyawa di hujung tanduk sekarang ni.

"Keluar!"

Mrs. Kayla Bianca [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now