BAB 11 🌷

1.2K 61 4
                                    

PAGI-PAGI LAGI mereka sudah sampai di kedai makan Opah Strawberry & Jams. Ini semua idea Kayla yang terlampau mengidamkan buah strawberry.

"Wah! Banyaknya pilihan makanan, nak makan apa ni abang?" Kayla masih ralit membelek buku menu.

"Kita cuba nasi lemak dia, lepas tu sayang ambil la beberapa dessert." Kayla angguk setuju. Mereka membuat pesanan makanan.

Tiba-tiba ada seorang perempuan datang menegur mereka. Tapi lebih tepat, menegur Syazwan.

"Eh! Ku Syazwan Marwan?"

Pasangan suami isteri itu menoleh serentak. Kayla memandang perempuan itu atas bawah. Maaf, bukan saingannya.

"St-Stella Ashira?" Perempuan itu angguk kepala dengan laju.

"You datang sini dengan siapa?" Kayla mengerut dahi, dia buta agaknya kewujudan aku dekat sini.

"Ehem! Hai, saya Kayla isteri kepada Ku Syazwan Marwan." Mereka berjabat tangan walaupun perempuan itu seperti terpaksa.

"Ouh, Wan tak bagitahu I pula dia ada pengganti baru." Kayla sudah memandang tajam ke biji mata milik suaminya.

"By the way, nama I Stella Ashira. Kawan Syazwan sejak sekolah menengah." Gadis itu mengangguk faham.

"You datang sini dengan siapa, Stella?" Soal Syazwan yang sudah tidak tentu arah.

"I ada meeting dekat sini, datang dengan PA I je." Stella menjeling sedikit Kayla yang sedang mencicip air.

"Tak apa lah Wan, I minta diri dulu. I harap you tak salah pilih peneman hidup lagi." Sinis perempuan itu berkata.

"Tak apa, aku pandai jaga suami aku. Kau jangan risau dan paling penting aku tak sama langsung dengan bekas-bekas kekasih 'bff' kau ni."

Kayla membalas pandangan perempuan di hadapannya seperti mahu telan.

"Wa-Wan I gerak dulu. Bye!"

Perempuan itu berlari anak keluar dari kedai tersebut. Tak lama kemudian makanan yang dipesan sudah sampai.

Meja mereka terus sunyi dan suram. Masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja.

Selesai makan, Syazwan bawak semula ke tempat Kayla pengsan semalam iaitu Boh Tea Centre.

Belum sempat Syazwan mencapai tangan si isteri, gadis itu sudah berjalan seorang diri.

"Mati aku nak menjawab." Keluh lelaki itu. Dia pun tidak sangka dengan kedatangan rakannya.

"Sayang, tunggu abang." Dia berlari anak mengejar langkah Kayla yang semakin menjauh.

"Sayang marah abang ke?" Mereka sudah berada di tengah-tengah ladang teh itu.

"Buat apa sayang nak marah hanya disebabkan perempuan yang bukan saingan sayang tu?" Drastik Kayla membalas.

"Habistu, sayang cemburu?" Dahi Kayla berkerut.

"Buat apa sayang nak cemburu, dia tu kawan abang dari sekolah menengah je. Lain la sayang, sayang ni memang dah jadi isteri abang yang sah."

Syazwan tersenyum mendengar balasan dari isterinya. Berbunga-bunga hati dengar semua jawapan yang keluar dari mulut Kayla.

"Tapi, tipu lah kalau sayang kata tak ada sikit pun perasaan cemburu tu. Sayang pun ada perasaan juga." Gadis itu merenung ke bawah.

"Alololo! Mungkin dulu, Stella tu agak penting dalam hidup abang. Tapi sekarang, ada yang lebih penting dari semuanya."

Pipi Kayla memerah, sedikit blushing dengan kata-kata si suami.

"Tapi betul ke sekarang perempuan tu dah tak penting dalam hidup abang?" Kayla hanya mahukan kepastian.

"Ye sayang, lagi pun Stella tu dah ada life sendiri. Abang dah tak perlu ambil berat pasal dia." Gadis itu mengangguk faham.

"If one day Stella nak minta tolong abang, abang akan tolong ke?"

"Kalau betul-betul serius, abang akan tolong tapi kalau hanya pekara remeh abang buat tak tahu."

Kayla tersenyum nipis, tidak tahu perasaannya bagaimana sekarang.

"Sudah, jangan fikir bukan-bukan. Sekarang sayang lebih penting dalam hidup abang. Walaupun sayang minta tolong benda remeh, abang tetap akan datang seperti superman."

Gadis itu tergelak mendengar seloroh dari suaminya. Ada-ada sahaja. Tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat mereka.

"Gelak lah sepuas-puasnya, end up kau akan menangis juga." Lelaki itu tersenyum sinis dan berlalu pergi.

"Sayang harap, abang tak hancurkan kepercayaan yang sayang dah beri. Kalau abang tak guna peluang tu sebaik-baiknya, sayang tak teragak-agak."

"Tak teragak-agak apa? Cakap bagi habis la budak kecik."

"Tak teragak-agak nak bertukar jadi singa. Wargh!" Kayla mengejar suaminya yang sudah lari jauh darinya.

"Nak lari mana?!"

Mereka membuat aksi kejar-mengejar dan dilihat oleh semua pelancong yang datang ke situ.

Setelah puas mengambil gambar sebagai kenangan, mereka pergi ke destinasi seterusnya iaitu Lavender Garden.

"Wah! Banyaknya bunga." Jerit Kayla dengan teruja, tangannya digenggam kemas oleh Syazwan.

"Abang, Kayla nak aiskrim tu." Dia menunjuk sebuah kedai kecil yang berada dalam Lavender Garden tersebut.

"Puas dapat airkrim?" Kayla mengangguk, mulutnya sudah comot.

Suaminya yang memerhatikan tingkah laku si isteri, ketawa kecil melihat gadis itu seperti kanak-kanak.

"Kenapa comot sangat ni, sayang?" Ibu jarinya mengelap aiskrim di tepi bibir miliknya.

Baru sahaja Kayla ingin memberi tisu, terbuntang matanya melihat lelaki itu menjilat bekas aiskrim pada jari.

"Ish! Kotor lah abang." Syazwan mengerutkan dahi.

"Bekas suami sendiri, bukan bekas perempuan lain." Terhenti aktiviti Kayla yang sedang menjilat aiskrim.

"Kenapa, awak teringin nak jilat bekas aiskrim perempuan lain ke? Pergi lah cari, tinggalkan je saya kat sini."

Setelah berkata Kayla memberi jelingan maut, dia sambung semula menjilat aiskrim.

Lelaki itu menepuk dahi, ini sudah salah faham. Masak lah dia nak memujuk.

Kayla berjalan tanpa menunggu suaminya. Hatinya masih sakit dengan kata-kata lelaki itu, walaupun hanya sekadar gurauan.

"Sayang, jangan jalan sorang-sorang. Bahaya!"

Tangan gadis itu digenggam erat. Kayla tidak bantah, hanya mengikut langkah suaminya.

"Nak ambil gambar dekat sini?"

Kayla tidak memberi respon, dia hanya memeluk tubuh sambil memuncungkan bibir.

Lelaki itu geram dan memicit kedua-dua pipi Kayla. Sempat dia mencium sehingga membuatkan gadis itu rimas.

"Ish! Apa abang ni, rimas lah." Kayla menolak wajah suaminya jauh sedikit.

"Geram tahu tak dengan budak ni, melawan je kerja dia."

"Abang yang mula dulu, sayang yang kena."

"Ye, abang minta maaf. Abang tak akan cakap lagi macam tu."

"Janji?"

"Janji sayang." Dia menyatukan jari kelingkingnya dan gadis itu.

Lelaki itu kembali mengajak untuk tangkap gambar sama-sama. Boleh tunjuk dekat anak-anak nanti.

————————
To be continued 🌷

Mrs. Kayla Bianca [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now